Abah Sound Jiran yang suka keluar rumah hanya dengan pakai spender

Ini bukan cobaan, ini betul-betul!

Sebelah rumah aku ni, ada sekumpulan pelajar Universiti Nottingham Malaysia Campus duduk menyewa..
Ada sesekali aku dengar diorang cakap macam bahasa Cina, ada sesekali macam bahasa Korea..
Aku pun tak pasti diorang ni orang mana, tapi yang pasti diorang ni foreigner lah.

Sebab rakyat Malaysia tak kan buat perangai tak senonoh macam tu kan? :D

Duduk bercampur-campur lelaki dengan perempuan tu satu hal, lepas tu suka pulak keluar rumah pakai spender je.. Err yang lelaki lah, yang perempuan nasib baik tak buat macam tu..haha

gambar hiasan of course!

Bila anjing dia menyalak bising-bising, dia nak gi tenangkan, dia keluar pakai spender, nak amek barang dalam kereta, pakai spender je, nak gi halaman rumah, pakai spender je.. panas sangat kot Malaysia ni? T_T

Masa mula-mula kami nampak tu, terkejut gila kitorang, tak pasal-pasal TERtengok lelaki berspender secara live..haha! 

Tadi dia buat lagi, terus abah aku sound dia..Tapi secara baik-baik lah..
Abah cakap sini Malaysia, tak sopan.. 
Harapnya dia faham bahasa lah (bahasa Inggeris).

Tersipu-sipu dia malu sambil dileteri awek dia..hua hua..


ps: itu macam punya pesen pon ade..haha

Post a Comment

0 Comments