Apa cerita Syazni bersalin?

Dear Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi, anak sulung emak yang mucuk.
Entry ni untuk Adam.


Mana nak mula ye?
Hmm.. Kalau diikutkan, Expected Due Date (EDD) aku adalah pada 20 April 2013.
Tapi nak dijadikan cerita, aku ada GDM pulak masa mengandung ni. Makanya, masa check up dekat Hospital Putrajaya 14 Mac tu, doktor dah bagi arahan suruh masuk ward untuk induced pada 4 April, sebab 5 April genap kandungan aku 38 minggu. Katanya, baby GDM kena keluar pada 38 minggu tu jugak untuk elak sebarang komplikasi lain, samada pada baby, atau pada aku.

Masa mula-mula dapat arahan kena warded tu, aku boleh gelak-gelak lagi, siap duk cakap nanti anak aku ni birthday dia tak surprise sebab dah tau la apa la.. Tapi, makin dekat hari, makin cuak beb!

Aku start cuti 1 April, sebab nak siapkan marking dulu 1 kod *gigih tak? haha*
Zaimi keje lagi masa tu, so aku duduk rumah kemas-kemas apa yang patut sambil pujuk hati sendiri mengenang apalah rasanya induced tu nanti.. Dan segala kronologinya bermula pada 3 April..jeng jeng jeng..

Malam 3 April tu, lepas kemas2 beg semua, kami pun berangkat ke Semenyih, kiranya senangla esoknya nak pergi menyerah diri kat hospital kan? haha.. Malam tu, mata tak berapa nak lelap. Kepala ligat teringat cerita-ceriti orang lain bersalin. Ingat sakit. Ingat mati. Semua ada. Aku pandang je muka Zaimi malam tu. Kejap-kejap air mata meleleh.. Duk mengenang, andai ni malam last aku baring sebelah dia.. Sedih kah dia nanti? Ecewah..haha..

Tah pukul berapa baru mata terlelap.. Esoknya bangun, perasaan lagilah bercampur baur, tapi makan tetap lalu..haha

Then dalam pukul 11 macam tu, siap-siap nak ke hospital, sebab dapat arahan tu kena check in pukul 12 tengahari.. Maka bermulalah sesi salam menyalam dengan mak dan abah.. Mintak ampun atas semua salah silap.. serius syahdu sungguh moment itu ye kawan-kawan..huhu.. terasa banyak sungguh dosa aku dengan dorang berdua.. memang masa naik kereta tu mata dah bengkak la..

Sampai kat hospital dalam pukul 12 macam tu, lepas carik parking yang payah nak jumpa tu, terus ke unit hasil tu nak check in.. zaimi yang berurusan kat kaunter, aku duduk tunggu kat kerusi.. dup dap dup dap.. rupanya wad penuh..kah kah kah.. ada 6 orang lagi tengah beratur nak masuk wad bersalin sebelum aku *gila ramai yang tengah tunggu untuk menyerah diri rupanya*

Orang kaunter tu suruh balik dulu pulak.. kalau ada wad kosong dia akan call.. ceh! Penatnya nervous.. Dia kata kalau tak harini, esok. Aduss..

Dah angkut lah balik beg masuk kereta. Lepas tu decide nak gi jenjalan dulu lah..macam malu je nak balik rumah sebab dah nanges2 tadi..hahahah!

So, decide nak ke Mines.. Kiranya dating last la sebelum warded..
Sempat la round2 Mines tu, makan sizzling apa semua bagai.. tak dapat jugak call dari hospital..
Last sekali decide balik je lah rumah.. nak jalan lama-lama pun, dengan perut sarat tu tak larat jugak beb.. Memang nak tergelak pun ada bila sampai kat rumah balik.. tadi beria nanges.. hihik..

Kat rumah, sempat la aku tido dulu seround.. dalam pukul 5.30, hospital call zaimi. katanya bilik dah ada. sila check in. gulp! kelam kabut bersiap, sempat jugak bedal air kelapa yang mak aku pergi beli bila aku tak jadi masuk wad kononnya tu.. lepas tu salam-salam balik, then bertolak.

Dalam kereta zaimi pegang tangan aku.. sayu kot.. berdebar-debar!
Nampak je bangunan hospital tu balik, aku cakap kat zaimi, "This is it". Poyo tak? haha..

Lepas urus apa semua bagai, maka menuju lah ke  katil aku.. Aku dapat katil 6, wad 2B. Pheww.. sampai-sampai je, dapat baju pink. Kena salin. Perasaan masa dapat baju pink tu seronok tau! sebab kalau patient lain yang bukan nak bersalin, baju hijau. hee..

Lepas tukar semua, dalam pukul 7 macam tu nurse datang, orientasi semua, then dia pasang alat CTG kat badan. CTG tu alat untuk monitor jantung baby katanya.. Lepas siap pasang semua, kitorang tanya kat nurse tu, bila nak induce nya? Nurse tu kata esok lepas subuh baru masuk pil.. Malam ni CTG dengan tenangkan fikiran je.. gitu..

Makanya, malam tu rilek-rilek lagi salam dengan zaimi sebelum dia balik..

Tapi tak tenang jugak pun, sebab graf CTG aku tu nurse asik cakap tak cantik je.. Risau aku..
Kenapa tak cantik tah.. dahla aku pun asik bergerak-gerak je.. tak selesa sebab masa tu la asik rasa heartburn.. haih la dugaan.. selagi graf ko tak cantik, selagi tu la dorang tak nak cabut alat tu dari perut..   Dalam pukul 10 macam tu baru sudah.. tu pun asik cakap graf tak cantik lagi.. ish. Lepas tu after 12pm, dah tak boleh makan minum.. untuk induce esok tu.. okay.. redha.. aku dahlah selalu haus tengah malam..

Then dalam pukul 4 pagi, dah ada nurse kejut aku lagi.. nak CTG katanya.. baiklah.. ikutkan aje.. Lepas subuh, dah mandi apa semua, aku dah ready kat katil. Perasaan masa tu masih cool lagi. Debar2 sikit je..haha.. Lepas tu ada doktor datang, suruh pergi satu bilik ni.. huuuu.. seram!

Tak ada orang lain kat bilik tu, aku je. Doktor perempuan tu kecik je orangnya.. dia pun suruh aku baring, katanya nak cek bukaan dan masukkan pil induce. Serius. Buat pertama kalinya dalam hidup, aku akan melalui proses tu. Malu beb, malu! Dahla kalau ikut pengalaman orang, proses seluk-seluk tu sakit.

"Ok, masa saya seluk, puan tarik nafas ye"

Mak oi.. neves! 1, 2, seluk! Eh, tak sakit pun. Eleh.. tak sakit rupanya.. Dengan bangganya aku rasa aku terer lah konon sebab tak rasa sakit sangat masa kena seluk tu.. dan doktor tu kata bukaan aku 0cm. Memang tak terbukak lagi..langsung! Pastu dia seluk lagi, letak pil, then suruh aku rehat kat bilik.. orait.. beres doktor!

Zaimi pun datang masa melawat, borak-borak, CTG, doktor pakar dengan doktor2 lain pun ada melawat semua bla bla bla.. Habis rileklah masa tu.. Takde rasa apa-apa pun lepas dah masuk ubat tu.. Gelak-gelak lagi dengan zaimi..haha.. Lepas tu dalam pukul 3, kena pergi bilik tu balik.. nak cek bukaan katanya.. kalau bukaan kecik, dia nak masuk lagi pil..

Disebabkan pengalaman seluk aku yang pagi tadi tu tip top, maka dengan pantas aku pergi bilik tu.
Kali ni, doktor lelaki cina. Aku pandang jadi dia, runcing je.. aku pikir, tak sakit sangatlah kot, macam tadi jugak.. Cuma seganlah nak kengkeng depan dia kan..

1, 2, seluk!

MAK OI!!!! Inilah yang orang cakap sakit tu rupanya!!
Serius, aku teraduh kuat, meleleh air mata lagi kau!

SAKIT!

"Bukaan 1 cm saje. Kita masuk lagi 1 pil tengok macam mana. Esok pagi kita cek lagi. Kalau tak buka juga, so u have to think about c-sect"

Hoh? 1 cm je?

Lepas tu jenuh tahan perasaan dia seluk lagi sekali untuk letak pil kedua.. homai homai..
Sakitnya tu tak boleh nak describe. huk huk.. :(

Lepas tu dengan laju dan terkengkang-kengkangnya aku balik ke bilik.. muka sendu je.. tapi tahan macho dengan akak sebilik.. konon cool lah tu.. ceh.. padahal tak sabar dah jumpa zaimi, kalau boleh nak balik rumah rasanya.. haha!

Petang tu cek lagi, still 1 cm lagi.. dan hari aku dihabiskan dengan penuh kesenduan dan CTG..huhu..
Dan esoknya, lepas subuh dorang akan cek bukaan lagi, dan kalau bukak tak banyak, masuk pil ketiga pulak. So, malam kedua ni tido dengan perasaan sendu lah ye.. zaimi pun tak sampai hati nak balik rumah tinggalkan aku kat hospital tu. lagipun dia stand by, kot-kot nak terbersalin nanti senang katanya.. malam tu zaimi pun tido kat kerusi kat ruang menunggu.. *sob sob.. terharu dengan pengorbanan suami*

Esoknya, macam semalamnya jugak, lepas mandi semua aku get ready atas katil dah.. Kali ni perasaan tak best. Sebab tau dah sakit seluk tu. Dalam pukul 7 camtu, ada nurse datang suruh pergi bilik yang semalam tu. Ok, pergilah. Tengok2 ada 3-4 orang lain lagi duk menunggu, dorang tengah borak-borak. Aku tak join sangat. Cuak kot. Aku tumpang dengar je lah. Sorang tu anak kedua, kena induce sebab apa tah. Sorang lagi tu anak sulung macam aku gak, sebab GDM gak. Yang sorang lagi tu, anak ke 9. Ye, 9. Aku tak salah taip, 9. Induce sebab dah 43 minggu, tak terberanak gak lagi. Kisahnya.

Lama lah jugak tunggu depan bilik tu, doktor lambat sikit. Tapi kali ni doktor perempuan. Mula-mula sekali aku tengok tang jari dia dulu..haha.. Dalam hati fikir, tak sakit sangat kot, sebab perempuan kan. Aku masuk last sekali lepas dorang semua. Masuk je, macam biasalah kena baring kat katil kecik giler tu.

1,2, seluk!

Ok, tak sakit sangat mula-mula.

"Masih 1 cm puan"

(-_-)"

Jari dia still dia tak keluarkan, sekali tiba-tiba aku rasa sakit yang amat-amat!!
 Sampai aku termenjerit adoi!

"Sabar ye puan, saya VE ni, nak besarkan laluan"

Gila sakit! Kot ye pun bagitau la dulu..boleh aku bersedia mental..huwaaa...
Sakit sampai terkeluar air mata.
Sakit ye, ini bukan cobaan, ini betul2..wuwu..

Lepas tu masuk pulak pil ketiga.. Serius dah rasa tak sabarnya nak beranak masa ni.. tak sanggup dah rasanya seluk-seluk tu :(

 Lepas pil ketiga, mula dah rasa senak2 kat perut, tapi lite lite je.. Boleh gelak-gelak lagi dengan zaimi, borak-borak lagi dengan mak abah.. Tapi petang tu dalam pukul 1, nurse suruh pergi lagi bilik tu. Nak cek lagi..adusss.. lemah rasanya..

Sampai je kat bilik tu, nampak pulak doktor cina lelaki semalam..bertambah lemah rasanya.. Redha je lah dengan sakit kejap lagi..huk.. dia cek, bukaan dah 4cm katanya, dan ada harapan untuk normal. Katanya, kalau ada katil kosong dekat dewan bersalin nanti, dorang akan panggil untuk pecahkan air ketuban dan boleh ready untuk bersalin.

Tak ke berderau darah kau dengar ayat2 tu? Waa!

Terus call zaimi suruh dia jangan pergi mana-mana..huhu..

Dalam pukul 4.30 macam tu, ada doktor lelaki datang, katanya dah ada katil kosong, jadi jomlah pergi pecahkan ketuban.

Gulp!!

Terketar-ketar jari tekan handset call suami.. Tak lama lepas tu, zaimi dah naik. Yes, muka kitorang berdua cuak tahap dewa, dalam hati apatah lagi. Aku peluk dia. Sebak rasanya. Aku nangis. Aku tak tau apa nasib aku nanti. Aku mohon dia ampunkan semua buruk perangai salah silap aku dekat dia. Ye, aku bukanlah isteri tahap bidadari syurga mahupun saidatina isteri para nabi. Aku hanyalah manusia biasa yang penuh dengan kesalan. Amboi!

Then, kami berpimpin tangan ke bilik nak pecah ketuban tu lepas siapkan baju baby nak bawak sekali ke dewan bersalin tu.. Aku masuk, zaimi tunggu kat luar. Doktor cek, bukaan dah 4.5cm katanya.. Lepas tu dia masukkan macam lidi plastik. Yang ni serius tak rasa apa-apa, sedar2 rasa suam je.. Bertambah neves dah..

Keluar, tengok zaimi tengah peluk beg. Muka dia pucat. Cuak kot? Lepas tu nurse suruh aku naik wheelchair, dia nak tolak aku ikut jalan dalam, dan dia suruh zaimi ikut jalan luar. Sepanjang aku kena tolak atas wheelchair tu, aku rasa macam-macam. Dan aku sangat mengingati mati masa tu. Aku asik fikir, adakah ini saat-saat last dalam hidup aku? Macam mana sakitnya nanti? Boleh ke aku hadapi? Ok ke anak aku nanti? Akan ada komplikasi ke? Ye, yang banyaknya memang aku fikir bukan-bukan..huu..

Sampai je, aku disuruh masuk kat 1 bilik ni, dia tak ada pintu, langsir je. Waktu masa tu dalam pukul 5 petang. Dalam bilik tu yang bestnya ada toilet, jadi senanglah nak tukar pakai baju yang dia suruh. Kena pakai baju yang jenis ikat belakang tu. Seksi you..

Dah siap tukar baju, dia suruh baring nak get ready pasang itu ini kat badan aku.. zaimi pun sampai dalam 5.20 macam tu.. Datang pulak sorang doktor lagi nak pasang 1 jarum lagi.. dahlah memang nak carik urat kat tangan aku ni punyalah payah, sampai lebam-lebam sebab 2-3 kali cuba baru dapat masuk jarum.. ni nak nak masukkan jarum kat lengan pulak, sebab nak masuk insulin. Kiranya ada 3 cecair yang masuk dalam badan sepanjang aku nak bersalin tu. Air, insulin, dengan ubat bagi cepat contraction.  Berwayar-wayar.. bertambah neves mak, nok!

Dan, bermulalah era kesakitan..hua hua..

Contraction tu amatlah sakit ye kawan-kawan, rasa dia macam senggugut kuasa 10. Macam perut kau dirabak-rabakkan dari dari dalam. Tiap kali contraction aku mesti akan genggam tangan zaimi.. bila zaimi nak gi solat je aku mesti pesan suruh dia cepat..huhu..

Dan yang paling tak best, masa dah berwayar-wayar tu, dengan contraction nya makin kerap, time tu lah rasa nak terkencing sebab sejuk.. maunya diorang nak bagi aku turun katil dah.. terpaksa lah kencing cara hospital.. tak best! Dan lagi satu yang aku tak suka, bila tengah sakit-sakit tu, kebetulan zaimi keluar pergi solat asar dengan jumpa parents aku kat luar, datang pulak sorang ni, dia kata dia student medic, duk tanya macam-macam, umur berapa lah, berapa lama dah kena GDM lah, bla bla bla.. semua info yang kau boleh dapat dalam fail pesakit aku.. apesal kau tak baca je? Last sekali aku macam termarah dia.

"You baca je lah sendiri dalam fail tu, takde mood la nak jawab"

Maaf lah ye student, tengah berperang dengan maut kot masa tu. Huhu..

Mula-mula rasa nak ambik epidural. Yakin pulak tu, nak guna epidural. Sekali bila pakar epidural tu datang, dia tengok berat aku, aku pulak asma, dia bagitau andai kata aku tak dapat teruskan bersalin secara normal, dan dah amek epidural, maka aku akan masuk ke bilik bedah, dan terpaksa dibius 1 badan. Dengan kondisi berat badan dan penyakit aku tu, ada risiko aku akan diserang asthma masa dalam keadaan bius tu, dan seterusnya boleh mengakibatkan strok, atau mati. Tapi kalau amek epidural, dia kata akan bersalin dengan seronok.

Aku ingat lagi zaimi pandang je muka aku, dan he said no. Tanya option lain, diorang kata injek ubat tahan sakit je lah, morphine ke ape tah, sama macam ubat tahan sakit yang dia suruh aku sedut dalam bentuk gas tu. So kitorang cancel epidural. Dan nak injek ubat biasa tu je. Nurse kata kena tunggu doktor monitor jantung baby dulu. Kalau ok, baru injek. Tuhan je yang tau, betapa realnya sakit nak bersalin yang aku lalui tu..

Maghrib tu zaimi keluar lagi pergi solat kejap, aku punya contraction pun makin kerap. Bila zaimi tak ada tu, aku genggam je besi katil tu. Terketar-ketar. Then dalam pukul 8.40 macam tu, doktor perasan yang jantung anak aku dah mula lemah dalam perut.. bukaan pulak masih 6cm. Tapi harus teran! Tak sempat pun nak injek ubat tahan sakit tu, terus je dorang tegakkan aku, cabut separuh dari katil tu, kira macam aku duduk kat birai katil, dan dia tampung peha aku dengan tempat letak peha tu, dah terbukak macam tu je lah, dan diorang dah kelam kabut gila-gila punya!

Terpinga-pinga jugaklah aku, sebab tak sangka baru 6cm, dah nak kena teran. Sebab awal tadi diorang jangka aku akan bersalin pukul 11 malam. Zaimi pegang bahu aku, bagi kata-kata semangat, nurse pun ajar macam mana nak teran semua, serius pengalaman yang sangat menakutkan, tapi best ;)

Tapi aku kan ada asthma, aku cepat letih. Aku dah lemah lepas beberapa kali teran.. Aku dengar doktor suruh zaimi tunggu kat luar, sebab kepala anak dah keluar, aku pulak lemah, macam nak termasuk balik kepala anak tu, dorang decide untuk vacuum. Siap dengar lagi diorang sebut "cut cut"! Episitomi lettew.. tapi episitomi tu tak rasa apa pun dah time tu. Serius beb.

Aku dah terkulai dah masa dorang nak vacuum tu, aku pandang je langsir bilik aku tu, aku sedih sebab zaimi dah kena tunggu luar.. aku terfikir, andai aku mati ni? Suami aku tak ada kat sebelah? Sobss.. Aku dah tak rasa apa jadi kat 'bawah', aku asyik fikir nasib aku kalau zaimi tak ada masa aku hembuskan nafas terakhir..huhu.. over tak? Tetibe je aku rasa ada benda kat atas perut, sekali anak aku da! Tak berhenti aku sebut Alhamdulillah bila dah nampak makhluk tu atas perut.. Ya Allah, perasaan masa tu Allah je yang tau, lupa sakit segala. Nurse angkat budak tu bawak pergi sebelah aku.

"Puan, anak apa ni?"

"Lelaki.." Jawab aku sambil meleleh air mata.. suka kot! Tapi tak sempat nak pandang muka, nurse dah larikan anak aku, sebab dia dah terpancut kencing! haha! Notty boy.. Lepas tu tetiba terasa sesuatu kat 'bawah', rupanya tengah tarik uri. Anak keluar tak terasa, uri keluar, terasa pulak..huhu.. Masa jahit lagiiiiiiilah terasanya.. Jahit hidup2 kot..

Kiranya anak aku lahir pukul 9.18 malam, 6 April 2013. :D

Syahdu sangat masa dengar zaimi azankan anak aku kat luar.. Gembiranya rasa hati.. Cinta bertahun-tahun antara kami, dah ada hasil hik hik :')

Dan pengalaman menjaga anak selepas tu is a different story pulak.. ada masa nanti cerita..hihi..

Suami aku. Luka tangan beliau aku genggam masa contraction.


Adam Zuhairi Bin Ahmad Zaimi : Day 1

Day 2

Day 45


p/s: it takes me 30 days to finish this entry! Homai.. pengalaman menjaga anak pertama, bukan senang.. tak ada masa pun untuk berlibur berjimba-jimba.. dia dah besar sikit ni baru ok sikit..pheww..

Post a Comment

2 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.