10 Kebaikan dan Kelemahan Kerja Sama Tempat Dengan Pasangan

Amboi..
Bukan main tajuk entry aku kan?
Hahaha..



Tiba-tiba terfikir tadi pasal hal ni.
Zaimi masuk kerja kat sini tahun 2010, setahun kemudian aku pulak dapat tawaran kerja dekat tempat yang sama.

Well, biasalah kan, tak semua benda indah, tak semua benda pahit.
Jadi, sepanjang tiga tahun kami kerja dekat sini, aku boleh list kan apa yang best dan tak best bila kau kerja sama tempat dengan laki kau. Meh baca!


10 Kebaikan Kerja Sama Tempat Dengan Suami


Jimat minyak kereta! Of course lah kan, dah sama tempat kerja, haruslah pergi naik satu kereta je. Alhamdulillah boleh save sikit dekat situ.

Tak payah penat-penat drive. Sebab laki lah yang kena bawak kereta..kikiki.. Tapi kalau dia mengantuk tahap extreme, aku akan bawak lah. Lagi satu yang best, dah dia yang drive, aku kadang-kadang curik-curik terlelap..hihi

Boleh cium kepala masam anak sepanjang perjalanan ke rumah pengasuh. Dah dia bawak kereta, aku pangkulah adam. Tak payah letak dalam carseat sementara dia kecik ni. Syukur boleh peluk anak lama sikit pagi-pagi.

Boleh sarapan sama-sama. Kick start yang bagus kan? Kau boleh makan dengan kekasih hati kau every morning?

Tak susah hati sangat dia nak curang sebab bila-bila masa kau boleh pergi buat spot check. Plus orang macam tak berani jugak nak mengorat dia sebab aware kau ada berdekatan walaupun bilik lain-lain.

Boleh bergossip hal office. Tak payah nak explain panjang lebar, sebab masing-masing dah faham term yang sepatutnya dalam gossip tu.

Faham kesibukan dan tekanan kerja masing-masing since berada di organisasi yang sama.

Tak payah call @ mesej selalu untuk check up dengan dia. Kalau call pun, guna talian office je. Jimat kredit. 

Boleh terus pergi mengadu nasib dekat dia kalau ada benda yang buat kau sedih ke, geram ke..

Boleh pilih empat klinik panel yang lain-lain sebab 1 staff boleh pilih dua klinik. Ini memang best.



Itu yang best, yang tak best pun lebih kurang je banyaknya!


10 Kelemahan Kerja Sama Tempat Dengan Suami

Annoying gila bila orang tegur baju kau sedondon dengan laki kau. Kalau sorang takpe lagi, kalau 40 orang? Homai homai..

Orang akan tanya aku boleh ke nak duduk sebelah dia dalam meeting, kot-kot aku jeles.. Ya Rabbi.. tempat kerja kot.. professional la sikit kot..

Orang sentiasa sangka kami tau 100% urusan kerja masing-masing, dan kadang-kadang ada sesetengah maklumat tak sampai sebab kami terlupa nak mention pada pasangan @ kadang-kadang ingat dia pun dah diberitahu jugak.

Pantang berada di tempat yang sama, mesti ada mulut yang nak kata kau asyik berkepit 24jam, walhal kau terberada kat tempat yang sama tu pun secara tak sengaja.

Bila kau bukan driver, agak susah nak singgah menyinggah masa balik kerja. Serius.. terutama bila bila dia dah mengantuk bawak kereta jalan jem kat Ulu Bendul tu..huhuu

Bila salah sorang cuti atau takde kat office, semua orang tanya kat sorang lagi. Kadang-kadang manalah aku nak tau dia pergi mana waktu tu.. tak pernah pulak dia bagitau kalau dia nak pergi toilet ke apa..

Ramai ingat kami jumpa dan fall in love di sini, dan ada yang tanya macam mana boleh suka dan sebagainya.. sedangkan kami dah bersama sebelum masuk kerja sini lagi.

Kalau baju dia kedut sikit, orang terus tau akulah yang punya angkara tak gosok elok-elok..haha!

Bilik kami jauh lah jugak, jadi kalau orang nak bagi barang dekat aku, dan masa tu dia berada berdekatan dengan bilik laki aku, dia akan pass benda tu kat laki aku je. Begitu jugalah sebaliknya. Dan kami pulak yang terpaksa mengangkut benda tu pergi bilik pasangan. Ingat kami ni PA ke apa?

Kalau claim ke, hadiah ke.. selalunya dapat 1 je.. walaupun kami adalah dua.



Itulah yang aku terfikir setakat ni..
Kui kui kui..
Korang macam mana?