Friday, June 19, 2020

Baju Raya Aidilfitri Famili

Syawal 2020 pun dah nak melabuhkan tirainya, kejap je rasa habis dah raya musim Covid19 ni. 
Raya yang sangat janggal.
Tak ada kunjungan ke rumah saudara-mara.
Tak ada open house.
Tak ada jamuan potluck raya.
Tiba-tiba dah habis raya.

Tiba-tiba terasa nak scroll balik Ig dan FB, tengok balik gambar-gambar raya tahun-tahun lepas. Gambar raya sejak jadi isteri orang, berevolusi jadi emak anak satu, emak anak dua dan terkini emak anak tiga.
Senyum sorang-sorang 😊

Macam-macam perasaan ada, terutama bila tengok perubahan keluarga tahun demi tahun.
Cepat betul masa berlalu.

Jadi, rasa nak abadikan di sini himpunan koleksi gambar raya famili dengan baju raya yang sangat warna-warni di aidilfitri haha..
Untuk tatapan anak-anak suatu hari nanti, mungkin tatapan aku juga nanti di tahun-tahun mendatang.


Sah sah gambar hiasan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kita mulakan dengan yang paling awal, tahun 2012.


Raya pertama selepas bergelar isteri zaimi.
Entah kenapa, tak ada gambar berdua laki bini.
Yang ada gambar dengan mak mertua dan ipar duai ni je ha. πŸ˜…
Mungkin masa tu baru masuk keluarga ni. 
Masih segan-segan, malu-malu.
Nak ajak zaimi bergambar berdua dan suruh diorang ambilkan gambar pun tak tergamak.
Padahal masa sebelum kahwin bukan main banyak gambar berdua *facepalm

Seingat aku, masa ni memang tak terfikir pun nak pakai baju sedondon ke apa ke dengan zaimi.
Tapi, yang aku ingat sampai harini, idea nak bersedondon 1 keluarga ni timbul pada hari yang sama gambar di atas di ambil. Kami pergi beraya ke rumah nenek zaimi, tiba-tiba datang 1 famili sepupu ayah mertua datang pakai sedondon pink. Mak mertua la yang mula terbitkan idea, why not raya haji kita pakai baju sedondon.

Bermula dari situ, every year zaimi akan pastikan kami pakai baju ada tema warna, keluarga kecil kami la maksudnya. Sebab lepas raya haji kami bersedondon dengan famili mertua tu, plan nak sedondon dah selalu tak jadi, mungkin sebab masing-masing pun dah ada suami/isteri dan anak sendiri.


Bonus: Gambar raya haji 2012


Bukan setakat warna senada, kain sekayu uolls hahaha

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Gambar raya 2013:


Pertama kali beraya sebagai parents.
Tema jubah hitam.
Nasib baik jumpa baju melayu kecik untuk adam yang baru berusia 4 bulan masa ni.
Excited punya pasal, siap beli kopiah kecik untuk dia 😊
Yang belah zaimi masa ni warna mustard. nak cari baju untuk adam masa tu punyalah susah huhu.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar Raya 2014:


Tema biru muda. 
Ingat lagi masa ni, beli baju adam dulu.
Sebab takut nanti kalau dah siap baju mak ayah, baju dia tak ada saiz pulak. Jadi lepas pencarian baju raya tu, baju adam yang kena dengan badan dia adalah warna biru muda ni. Maka berbiru mudalah mak dan ayah jugak. Tudung tu aku salah beli, sebab beli online. Punyalah labuh hahah. Jadilah persis ustazah di hari raya πŸ˜…


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar Raya 2015:



Tema light maroon.
Masa ni zaimi ajak beli baju kat Gene Martino. Cari punya cari, adalah baju yang sedondon sama warna dan corak untuk adam dan zaimi. Salesgirl siap tunjukkan baju yang untuk aku sekali. Tapi memandangkan aku masa tu pregnant, tak jadi ambil sekali. Jadi, terus ke Nagoya untuk beli kain yang senada, rancang untuk tempah, sebab boleh tempah bagi besar dan longgar sikit kan.
Masa beli tu, adalah kain kahwin (kain yang lain corak dipasangkan oleh kedai untuk jual) yang seiras. Jadi plan untuk baju, guna kain light maroon, kain pula nak guna yang bercorak. Tapi lepas tempah, dah siap, terbalik pulak πŸ˜‚
Miscommunication dengan tukang jahit. Sebab tu lah baju aku bercorak dalam gambar di atas haha!
Dahlah kembang semangkuk sebab mengandung.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar Raya 2016:


Tema hijau.
Masa ni anak dah dua.
Malas nak fikir pasal kain sama ke tak, sebab baru nak adapt hidup dengan dua anak.
Jadi beli je lah masing-masing asing-asing, asalkan hijau.
Baju amir tu jenis romper, nasib baik ada saiz dan warna yang seakan-akan.
Uniknya baju amir tu, kain sampin dia dijahit siap-siap ahaha


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar Raya 2017:


Tema merah terang.
Masa ni dah semakin adapt dengan kehidupan anak dua. Dah rajin nak bergaya sikit.
Siap beli tudung chiffon biru untuk color blocking hahaha
Zaimi dan anak-anak pulak beli kurta je kat Jakel, anak-anak punya kurta tu yang label Yusuf Iskandar. Walaupun dah 3 tahun berlalu, kurta tu masih elok kain dia. Padahal anak-anak memang selalu sangat pakai pergi tadika. Memang boleh puji la kain dia.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar Raya 2018:


Tema ungu gelap.
Masa ni ayu baru sebulan lebih. Ingat lagi, memang berpantang dalam bulan puasa.
Ada satu hari tu, mak pun keluar sorang-sorang pergi jakel senawang walaupun masa tu belum habis pantang. Hihi
Asalnya sebab abang-abang chicken pox, kami pun belum adapt dengan anak tiga, tak ada plan pun nak beli baju raya. Tapi dah namanya perempuan dalam pantang kan, dah kerjanya scroll handphone, banyak iklan baju raya kan, maka terrr order baju melayu adam dan amir hahah. Cari pulak baju dress untuk baby, ngam, ada pulak warna purple. Tu yang last2 dalam pantang drive ke Jakel Senawang dari Semenyih tu. Nak cari baju mak dan ayahnya pulak hahaha. Beli yang label Nabil Ahmad, dapat samping percuma. Kain memang sedap dan maintain elok sampai harini. Jadi antara baju favourite ayah pakai pergi kerja hari jumaat. Samping abang-abang beli kat pusat pakaian hari hari, 10 hengget je sehelai.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar raya 2019:


Tema mint.
Masa ni baju raya lelaki, semua order online je.
Kebetulan tiga-tiga ada saiz.
Lepas tu, baru cari online jugak baju untuk ayu zafirah.
Tapi tak ada baju kurung ke kebaya ke yang masih available warna mint tu. Last-last jumpa gown ni.
Memang nampak beria sikit la ayu masa hari raya tu, pakai gown kembang macam flower girl hahaha
Mak punya baju pulak ayah belanja beli dekat kedai-kedai pakistan dekat Mydin S2. Kebetulan bunga dia purple.
Tudung Kekaboo, nak bagi match la konon dengan sampin abang-abang dan zaimi. Diorang pun sampin recycle 2018 punya. Pening urus tiga anak masa ni, cair habis make up. Dahlah panas haha

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gambar Raya 2020:



Tema Kuning. Adam yang request nak baju raya warna kuning.
Sebab raya dalam PKP, dah tau pulak tak boleh balik kampung, jadi asalnya kami tak plan untuk baju raya. Tapi zaimi fikir balik, dia suruh je aku order baju raya anak-anak kat Shoppee, dia bagi duit. Kesian pulak anak-anak dia kata, sebab anak-anak yang lelaki tu puasa, sehari pun tak tinggal walaupun ada 2 3 hari berbuka awal.

Maka orderlah kat shoppee, luckily baju saiz ayah pun available.
Baju mak yang warna tu je masih ada saiz, jadilah, asalkan senada. Baju ayu lari terus warna dari kuning. Entahlah, order kungin, dapat oren. Nasib oren! Saiz pun terlebih labuh. Kira ok je lah, mujur tak ke mana-mana, setakat bergambar di rumah dan video call je. Abang-abang dan zaimi pun tak bersamping tahun ni. 

Tapi anak-anak suka sangat warna kuning tu, walaupun tak ke mana, diorang maintain je pakai baju tu sampai ke senja 😁


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dari atas ke bawah entry ni, nampak sangat aku dan kami dah berbeza, sekejap je rasa masa berlalu. Tiba-tiba anak-anak dah besar sikit, dah cerdik sikit.
Sebab tu lah orang putih kata kita kena cherish every moment πŸ’–

Baju raya kalian warna apa 2020 ni?
Tahun depan kami ni sesuai baju warna apa pulak ya?

Selamat Hari Raya!
πŸ˜„

24 comments:

  1. sekejap je dh 3 org anak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak lat, sekejap je rasa tiba2 dah berlima

      Delete
  2. Suka yang mint tu. Memang warna bunga masuk dengan sampin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan jumpa pulak yang kena dengan tema :)

      Delete
  3. walaupun beraya kat rumah shj, x pergi mana mana tetapi baju raya mesti ada. tema tahun ini navy blue.

    ReplyDelete
  4. Dari berdua dan berlima
    Salam Syawal 1441H

    ReplyDelete
  5. sedondon je semua hehee. Tahun ni shida tema campur2 skit lebih kepada takde baju raya ^_^

    done follow blog syaz :)

    ReplyDelete
  6. Kenangan indah tu... gambar akan menjadi seribu memori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, harap beri memori indah untuk anak2 :)

      Delete
  7. Simpan buat kenang-kenangan. Saya tahun ni pakai baju yg tahun lepas ja. Tahun lepas pun pakai sekali ja lepastu terus simpan haha. Tahun ni jimat sikit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai sekali, maksudnya masih elok dan cantik lagi ;)

      Delete
  8. Wah! Graf keluarga semakin menaik...!

    ReplyDelete
  9. MEMORI INDAH SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete
  10. Macam sekejap je masa berlalu. Mak ai kata, sebab makin berusia makin banyak benda nak kena buat dan fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sehari2 pun sekejap je dari pagi ke malam

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot