Pada yang sudah tahu melalui socmed aku yang lain, sejak last aku update blog ni pada 2017 macam tu lebih kurang, sekarang aku dah ada 3 orang anak. Alhamdulillah, dah ada anak perempuan sorang.
Dah 2 tahun dah pulak umurnya. Dah becok. Mengalahkan nenek aku dah ☺️
Anak sulung pun dah masuk darjah 1 sebenarnya tahun 2020 ni, anak nombor dua pulak ikut jejak langkah abang dia, masuk tadika yang sama di Kuala Pilah tu.
Tapi itulah, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Rupa-rupanya, tahun 2020 yang rata-rata semua orang bayangkan akan menjadi tahun yang hebat, bertukar menjadi tahun yang menyedihkan.
Covid-19, PKP, MCO.. masuk hari ni, aku sendiri dah lost count berapa hari dah sebenarnya aku kat rumah.
Work from home.
Social distancing.
Online distance learning.
Pergh.
Tak pernah terfikir dek akal akan hadapi semua ni.
Ha tengoklah, menulis pun tak fokus. Asal nak cerita pasal anak dah bertambah je.
Hopefully aku akan selalu menulis di sini.
Selain facebook dan instagram, harapnya blog ni pun akan jadi sebagai 1 medium diary buat anak-anak aku bila diorang dah besar nanti.
At least, diorang dapat gambaran tentang aku muda-muda dulu macam mana kah!
Oh ya anak perempuan aku namanya Ayu. ;)
0 Comments
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.