"Nak peluk boleh?"

Musim-musim PKP ni, ada masanya memang kena duduk bertapa depan meja komputer di tingkat atas untuk menyelesaikan kerja-kerja secara WFH ni.

Selalunya malam lepas anak-anak tidur, atau kadang-kadang bila anak-anak dah leka bermain atau tengok tv dekat bawah, bolehlah mak naik buat kerja.

Tapi malam tadi, tengah leka memandang ke skrin, tiba-tiba terasa macam ada sesuatu yang tolak kerusi, dan terdengar suara halus ketawa kecil.


Budak manja mak sorang ni




Pusing belakang, nampak amir tengah mencangkung. 
Menyoroklah tu kononnya.

"Laa amir nak kejutkan mak ke?", soal aku.

"Taklah, amir saja je. Amir teringat mak", balasnya.

"Hai, kan dah sepanjang siang mak duduk bawah tadi, amir rindu mak lagi ke?"


"Ye la, amir nak peluk mak, sebab tu lah amir naik", terus dia melompat naik atas riba dan peluk aku 💖

Amir ni memang manja sikit. Dari dia kecik, sampailah sekarang, memang terpaling manja walaupun dah ada ayu.

Baran pun ada sikit, kuat merajuk, tapi dialah paling sweet. 

Ada orang pesan, kalau anak minta nak peluk kita, masa peluk tu, biar dia yang lepaskan pelukan kita dulu, jangan kita yang cepat-cepat nak lepaskan pelukan dia.

Jadi, berpeluklah kami sekejap atas kerusi meja komputer mak.

Amir ni kalau berpeluk, boleh tahan lama, manja lah katakan 😂


Selain tu, ada kelebihan jugak kalau memeluk anak-anak ni kan, antaranya:


  • Buat anak rasa selamat dan diterima dalam keluarga
  • Bantu anak bina self-esteem dan keyakinan diri
  • Antara cara memberitahu yang kita memahami apa yang dia rasa
  • Buat anak semakin nak dengar cakap ibubapa 
  • Buat anak-anak happy (Obviously!)
  • Boleh menguatkan imunisasi anak (KLIK)
  • Boleh mengurangkan stress budak-budak
  • Merehatkan otot-otot badan anak
  • Boleh mengajar tentang 'beri & terima'
  • Memberi hubungan yang baik antara kita dan anak 💕

When we hug our children, time stops for that moment. A hug allows us to let go and be completely present at that moment; it allows us to connect to how we are feeling, emotionally and physiologically. And with that awareness, it helps us to empathize with each other a little better.

 Selalunya orang kata anak nombor dua ni memang manja dan sweet sikit, yeke?


Post a Comment

19 Comments

  1. Comelnya boboy. Semoga menjadi anak yg soleh. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Macam-macam perangai anak-anak.kena layan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau kita tak layan, siapa lagi nak layan hehe

      Delete
  3. Hehe manjanya dia. Semoga menjadi anak yg soleh, berjaya di dunia & akhirat. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Cemburunya rasa.. Moga anak2 u membesar dengan baik dan menjadi anak yg soleh dan solehah. Insyaa Allah.

    Jaga diri k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah terima kasih zhi, take care jugak ya

      Delete
  5. bahagia rasanya dpt peluk amir yg manja kan Syaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2, dengan bau dia yang masam tu hehe

      Delete
  6. seronok baca ^_^
    shida teringin nak ada anak..belum ada rezeki..
    selalu dpt peluk dan bermanja dgn anak2 buah je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, Allah akan beri rzeki tu pada masa yang paling tepat dalam hidup kita ;)

      Delete
  7. ingtkn mula2 mak nk cerita psl mistik tadi., hihihi

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.