Alkisah Basikal

Agaknya berkat PKP, anak aku adam dah sangat tepu duduk rumah, segala movie dan kartun dah tengok, segala komik dah baca, segala skill dalam PC game Street Fighter dia dah mahir, akhirnya, setelah dekat 5 tahun basikal yang zaimi untuk dia tu tersadai je tepi sliding door rumah, minggu lepas, dia dah boleh kayuh.

Ya, dia tak berani nak kayuh sebelum ni.
Habis patah tayar kecik yang di tayar belakang tu sebab dia statik je atas basikal tu, lama-lama senget je ke tepi..gedebab jatuh 😂




Alhamdulillah, akhirnya berani jugak.

Tapi bila dah berani, keluar pulak kisah lain.
Hari-hari pulak ajak ayah dia pergi taman sebab nak kayuh. Ha baru kau tau nikmat berkayuh ye anak! Haha!

Jadi petang semalam pun, zaimi bawaklah anak-anak main dekat air pancut dekat taman perumahan ni. Yang si adam mengayuh tak berhenti-henti, yang amir dengan ayu pulak, berlari tak reti penat!





Bila dah nampak adam mengayuh, barulah amir pun terbit rasa nak ada basikal sendiri.
Memang tak belikan lagi amir basikal sebelum ni, sebab risau jadi kes tersadai jugak kan.

Jadi lepas dah berbincang selama beberapa hari jugak sebenarnya, maka semalam jugak kami rasa nak belikan amir basikal.

Zaimi bajet kos mungkin dalam seratus dua, sebab dia kata basikal adam dulu dalam RM180. 

Ok, jom!
Kami pun ke kedai basikal dengan hati yang girang, dalam kepala masing-masing dah bayangkan akan bawak balik basikal baru! Yeehuu!


Siap plan nak belikan untuk ayu sekali, yang kecik dan tayar mati je pun ok dah.

++++++++++++++++++++++++++++++

Zaimi: Basikal ni berapa ya? (Merujuk kepada basikal yang sama saiz dengan basikal adam sekarang)
Orang Kedai: Yang ni RM200++
Aku:



Z: Ok, yang sebelah ni?
O.K: Yang ni baru sampai tadi bang, 400++, kami jual 350 boleh ni.
Aku: 



Z: Ok, kami tengok dulu boleh kan?
O.K: Boleh bang, tak ada masalah.
Aku: Yang kecik kat depan tu berapa ya? (Refer kepada basikal yang saiz dia kecik je, sesuai untuk ayu, tayar getah mati je)
O.K: Oh yang tu RM250 kak.
Aku:


Aku sesungguhnya baru sedar yang mahal jugak basikal sebenarnya.
Last-last balik tak bawak basikal baru, tapi beli benjo je lah untuk anak-anak 😂


Tapi tengok dekat shopee, basikal yang sama sebijik macam yang aku tanya tu, dalam RM70 - RM110 je. Kenapa dekat kedai dia jadi mahal ye? 😓



Tengok review pun bagus je, rasanya patut tak aku beli online je?




Post a Comment

24 Comments

  1. Ada benda yang lagi bagus kalau beli online. Kualiti sama dengan harga lebih murah. Tapi risiko tak nampak depan mata and nak kena tunggu sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, tu yang tengah mempertimbangkan ni hehe

      Delete
  2. Benjo pon benjo lah... hehehehe

    ReplyDelete
  3. benda mainan byk murah online, lgipun bdk bukan guna lama kan. lagi worth juga. tapi if kat sini, rega tu murah, sekali tgk courier charges, dah cam kat kedai juga.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sedang dipertimbangkan begitu jugak ni wak, tapi kena pasang sendiri pulak rupanya huhu

      Delete
  5. Tengok harga murah, check sekali delivery charges

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok, rm7 katanya. tak pasti cepat atau lambat sampai tu huhu

      Delete
  6. TAK ADA APA YG MURAH SYAZ...ANAK2 SYAZ COMEL SEMUA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, zaman sekarang semua tak berapa nak murah barang2 nya kan

      Delete
  7. Beli online je la..Basikal Anak akak pun dah berapa tahun lepas beli kat econsave je pun harga dekat rm200. Sekarang lagi mahal rasanya..

    Kalau beli online murah sikit,.Tapi kena pasang sendiri kot sesetengah part. tak pernah beli pun.agak2 je. hahah..

    Kena campur kos postage jugak tu.kadang2 sama je harga nya bila dah campur pos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, rupanya kat online tu murah sikit sebab kena pasang sendiri hehe

      Delete
  8. Kat online mmg murah Syaz. KakYa lon kalau barang tu berkualiti dan memnag KakYa nak... selalu jugak beli online .. mudha kerja terus sampai depan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, perasaan bila parcel sampai tu, macam ada orang hantar hadiah hehe

      Delete
  9. Kalau beli basikal memang kena survey banyak kedai.. Kalau pergi satu je tak berbaloi kadang harganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nak nak kedai yang masuk mula2 sekali tu rupanya paling mahal :D

      Delete
  10. Basikal beli on9 dia anta seketoi basikl ye..ke dia buka2..kita pag sndri eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang dia pasang siap, tapi kebanyakkan nya kena pasang sendiri huhu

      Delete
  11. Salam kenal. Ada baiknya jugak ye PKP ni, dah pandai kayuh basikal. Tahniah!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.