Pages

Search This Blog

Thursday, July 30, 2020

Mama Chop Papa Grill Gong Badak | Throwback Thursday | 17 Januari 2008

Belek-belek album lama dalam hard disk, terjumpa gambar-gambar masa makan malam dengan kawan-kawan serumah dan beberapa yang lain.
Lama dah gambar ni, 2008 punya cerita.

Masa ni masih lagi bergelar pelajar di Universiti Malaysia Terengganu, tahun akhir masa ni.
Masa ni zaman bergewe dengan zaimi hahah..
Jadi memang rare sangat dapat makan sama-sama dengan kawan-kawan lain macam ni.
Mungkin sebab tu bergambar sakan.


Zaman ni, kalau nak tangkap gambar, kena bawa kamera tau! Hahah..
Kamera telefon ada, tapi saiz VGA je kan masa tu.

Dan, lepas tangkap gambar, kenalah pindahkan ke laptop.
Lepas tu decide la nak upload dekat Friendster ke, apa ke.

Dulu akaun friendster, tak ada sistem tag macam Facebook, kenalah masing-masing upload di akaun Friendster masing-masing.

Kiranya, lepas tangkap gambar, ambil masa lah jugak baru gambar tu ada kat internet, sebab tak boleh terus upload immediately macam zaman sekarang.
Zaman sekarang, siap boleh upload video masa makan tu jam jam tu jugak kan hahah





Zaman muda kami dulu tak pandai nak make up atau pakai contact lense ke apa macam gadis muda zaman sekarang. Handbag pun tak ada, bawak macam tu je beg duit masing-masing, paling-paling ada pouch untuk handphone masing-masing.

Tudung memang bawal je lah masa ni, dan warna mostly putih atau hitam, jarang sangat yang pakai tudung corak, atau pun warna lain.


Zaman masih clueless, apa akan jadi pada kami lepas habis belajar.
Rindu pulak 😊

Dalam gambar tu sekarang, ada PTD, Research Officer, Pensyarah UiTM, Pensyarah UIA, Cikgu, Owner Butik, dan phD candidate.

Sumpah, tak pernah terfikir benda tu semua masa ni.
Masa ni, kelas pun kadang-kadang terskip 😂

Nakal jugak bila dikenang kembali haha..

What a good old day.. 💓

Eh, tak ada pun gambar makanan grill grill chop chop nya, nampak sangat masa makan tak main kamera.. baik tak 😜

16 comments:

  1. kenangan mengusik jiwa kan? teringin nak reunion dgn classmates masa di UM dulu..

    ReplyDelete
  2. Dahulu tidak obses ambil gambar makanan.
    Simpan lagi ya gambar lama.

    ReplyDelete
  3. oo..semua pakai tudung bawal...best kan zaman belajar..

    ReplyDelete
  4. Wah nampak lama gambar tu! Sekarang hidup makin mencabar atau dulu lagi mencabar ?

    ReplyDelete
  5. Best bila kenangan lalu tersimpan baik

    ReplyDelete
  6. Terimbau zaman belajar dulu ya kak. Hebat semua sudah berjaya kini. Teringat pula ketika zaman friendster tgh top. huhu.

    ReplyDelete
  7. kisah lama begini sangat indah untuk dikenang kembali

    ReplyDelete
  8. seronoknya ada gambar lama2..mesti senyum2 je tgk gambar masa tu kan ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen, dengan komen anda, saya rasa gembira kerana saya tau coretan saya dibaca~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.