Sesi Perkongsian Yang Menyeramkan!

 Rabu lepas, aku berpeluang untuk menjadi speaker 1 program dalaman kelolaan jabatan aku ni.

Kiranya macam satu sesi perkongsian tentang macam mana nak guna Google Classroom, walaupun ramai dah pernah try guna untuk semester lepas yang semua kelas secara mengejutnya harus dilakukan secara atas talian (online), tapi memang sekadar guna. Dan ada juga yang memang tak pernah lagi create class di Google Classroom tu.

Kiranya aku ni diberi kepercayaan untuk ajar dan demo rakan-rakan sejabatan tentang Google Classroom ni dengan lebih detail.

Walaupun aku sebenarnya baru je belajar jugak, belum tahap sifu lagi 😂

Tapi dah orang recce, orang pujuk..

Ku terima je lah dengan redha..huhuk



Kenapa menyeramkan?
Weh kalau student aku tak seram, ini audience nya doktor doktor phD, pensyarah kanan..
😂

Walaupun kawan-kawan, tapi I is seram okeh!

Tapi overall program berjalan lancar, aku first speaker.
Dapatlah berkongsi dalam sejam setengah sebelum pass kepada penceramah kedua.


Sepertimana aku selalu loqlaq dengan student, dengan colleagues ni pun aku loqlaq jugak ahaha
Tak suka la serius2 sangat, kita santai2 bergelak ketawa sambil bincang apa yang patut, tak faham aku assist, dan semua pun follow je arahan untuk cuba bina kelas 'dummy' masa tu, lega lah sikit..

Hilang seram.
Gediklah nak seram2 syazni oi!




Kita ikut isu semasa, tengah top pasal pakai saree dan jadi isu negara, maka kita pakai baju kain saree ahahah.
Ok gurau.


Semua kena patuh SOP, demi keselamatan kita.
Inilah sebahagian dari rakan-rakan sejabatan aku.
Yang lelaki semua dah taken.
Especially yang baju biru gelap duduk sebelah aku tu.
Ahahah


Harapnya bermanfaat lah perkongsian yang tak seberapa dari kami berdua.
Kami pun masih banyak lagi kena explore, insyaallah boleh bantu sikit2 kawan semua ya!



Dan thank you pada yang buat poster program, walaupun program dalaman untuk jabatan kita je, ada jugak poster.

I is love 💕

Salam Jumaat semua, semoga mendapat keberkatan 😃

Post a Comment

24 Comments

  1. pernah buat GC masa PKP dulu tp respon cuma drp kelas2 depan je. Kelas hujung tu pakai ghaib terus dari radar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..apa2 pun berbalik pada pelajar tu balik kan cikgu

      Delete
  2. asal namanya berdiri di depan..tak kisahlah depan kawan baik pun ammi gigil

    ReplyDelete
  3. Tahniah..bila santai2, lbh rileks..

    ReplyDelete
  4. waaaa igtkan masa jadi speaker tu ada kejadian aneh dan seram.. hahah .. congrats Kak Syaz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak atie, tiba2 internet disconnect, dan tv tu terpadam sendiri..seram tau! ahaha

      Delete
  5. Bagus kelas macam ni Mrs. A pun tak reti sangat tengok anak guna adalah sekali 2 try and error hiks!
    Mrs. A pun kalau di depan selalu gigil walaupun kengkawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mrs A, saya pun baru2 je belajar nak guna, sebab memang sebelum PKP, tak pernah guna langsung hahaa

      Delete
  6. Replies
    1. Thanks, credit to my colleague yang buat tu :D

      Delete
  7. pengalaman berharga tu boleh jadi speaker program hihi cantik poster diorang buat.

    ReplyDelete
  8. hahaa pengalaman berharga tu..lps ni mesti dijemput lg hehehee

    ReplyDelete
  9. Mahu tak seram kena ajar orang hebat hebat ni kan. Syukur semua berjalan dengan lancar. Tahniah!

    ReplyDelete
  10. Pengalaman pertama bagi kursus mcm nak pengsan. Ke laut perginya. Dapat feedback dari peserta mmg down. Kena kutuk kaw kaw. Mujur suami kata lagi tak pengsan dah satu pencapaian yg baik utk first attempt.So lepas tulah makcik kena bagi syarahan sampai pencen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul kan, tak pitam tu pun dah bagus sebenarnya, jantung berdegup punyalah kencang haha

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.