Search This Blog

Saturday, August 29, 2020

Siapa Paling Layak Jadi Model?

 Ini kisah Sabtu lepas, masa menginap dekat Shaftbury Stellar Hotel Putrajaya tu.

Ya masih berkisarkan kisah di Putrajaya, akan ada entry berkaitan lagi ahahaha 😜

Pagi pertama tu sementara bersiap-siap nak pergi sambung jalan-jalan, sajalah suruh budak-budak tu pose.

Sekali sekala omak nak feeling feeling jadi fashion photographer.

Dan sekali sekala nak tengok anak-anak jadi model 😂


Ok, siapa paling 'selling the outfit?'

Adam, Amir atau Ayu?

Ahahah



Sebab memang dah plan nak pergi jalan-jalan kan, saja belikan budak-budak ni baju baru.
Beli kat Shopee je, harga memang berpatutan sangat-sangat!



Kemeja batik abang-abang tu less than rm30 sehelai, jeans memang dah lama ada, boleh pakai lagi, dan jeans memang evergreen kan.

Adik ayu punya overall jeans tu RM20++ je, tshirt dalam tu RM10.



Tips kalau nak barang beli dari shopee cepat sampai, filter siap2 seller - 'local'.
Dan pilih lah seller yang ada review penghantaran pantas.
Semua baju baru budak-budak ni aku order hari selasa, by khamis semua dah sampai.
Sempat basuh lagi sebelum officially pakai hari sabtu tu *wink



Baju batik budak tu memang sangat best kain dia, sangat lembut dan tak mudah kedut.
Overall jeans ayu pun sama, kain sangat elok.

Walaupun tak ada jenama, asal anak-anak selesa pakai, aku ok je.
Zaimi pun tak rekomen aku beli baju anak-anak ni yang mahal sangat.
Dahlah di luar kemampuan kadang-kadang tu, tapi paling utama, diorang ni cepat sangat membesar, sekejap je pakainya.

Baju adam takpa, amir boleh pakai. Baju ayu lah, banyak baju dia dah tak muat.
Nak simpan pun, rasanya ayu tu bongsu dah tu 😅




Adik ayu memang suka sangat lah kalau orang suruh dia pose.
Kalau mood dia baik, dia ikut je apa yang kita suruh dia gayakan.


Adam memang tak suka kita suruh dia pose.
Dapat satu ni pun, jenuh.
Tengoklah muka, masam je haha

Amir?
Kali ni dia taknak bergambar sorang.


Sebabnya, masa suruh bergambar ramai-ramai tu pun dia dah bising.
Nak main UNO punya pasal.


Mainlah sekejap sementara zaimi bersiap.
Excited nak main sebab aku baru je ajar diorang cara main yang sebenar, tu yang kejap-kejap nak main.


Main nya adalah dalam 40% je dari masa main tu, selebihnya gaduh.
Kah kah kah!

Sekian entry mak perasan.


18 comments:

  1. Hahahhaa alaaa baru nak tengok amir posing sorang2.

    ReplyDelete
  2. Semua supermodel kak. Hihi. pakaian yang akak beli utk anak mmg sangat cantik. Plus, blog header akak nampak sangat cantik, colourful dan fresh. terbaik kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  3. halah.. halah.. comelnya mereka berposing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood baik, nak lah posing.. mood tak baik, berdiri pun tak nak hahaha

      Delete
  4. Boleh jadi model kanak2 ni ada bakat

    ReplyDelete
  5. Ada bakat model memasing eh. Amir first kot kak. Ada gaya model tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe amir memang suka bergaya, perasan dia tu hahaha

      Delete
  6. Suka gaya Adam walaupun tk senyum, mmg supermodel jrg senyum..hehe..gaya serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! tapi dia tak suka bergambar sebenarnya, memang mengeluh kalau nak ambik gambar, paling2 dia buat gaya macam ultraman atau angkat tangan je hahaha

      Delete
  7. sis atie bias adik ayuuu! maaf ye abg2 semua .... hehehehe

    jemput baca novel me tulis sendiri from my own imagination :)

    https://zieyaweasley.blogspot.com/search/label/novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      wah bagus atie, akak mampu tulis blog je walau selalu berangan nak tulis novel gak haha

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me