Ini entry sambungan dari kami ke Taman Wetland Putrajaya haritu.
Plan asal, lepas setel meronda di Taman Wetland tu, nak pergi ke Goat2Go yang ada dalam MAEPS.
Tapi nak dijadikan cerita, punyalah ramai orang! Dari luar pun dah boleh nampak tempat tu sangat crowded.
Jadi kami buat keputusan untuk cancel saja niat nak ke Goat2Go tu, lain kali je lah.
Perut pun dah lapar, makanya moleklah pergi makan je.
Masa on our way ke Goat2Go tu, ada ternampak kedai Nasi Kandar Melayu Apollo.
Kedai dia konsep macam kedai fastfood, kena order kat kaunter, dapat makanan dalam bungkus, boleh dine in, lepas tu kena kemas meja sendiri.
Aku lapar sangat agaknya, sampai sekeping gambar pun tak snap dalam kedai tu. Cis.
Tapi untuk penampakan pemahaman lebih jelas apa aku cakap pasal konsep kedai tu, bolehlah tengok di blog Supermeng Malaya ni.
Lepas makan, anak-anak sibuk nak balik hotel dah. Masing-masing dah penat agaknya berlari sakan kat Taman Wetland tu, perut pun dah kenyang.
Jadi why not kan?
Jomlah.
Tapi, ternampak pulak ada satu tasik yang sangat serene mata melihatnya.
Teringin pulak nak bergambar kat sana, dah kata tengah playing tourist kan?
Hahaha
Tengah panas lit lit turun bergambar tepi tasik tu.
Bukan senang kan nak bergambar kat sini, entah bila nak repeat.
Banyak jugak snap gambar, buat kenangan kan.
Adik ayu masa ni dah ada dah bibit-bibit letih.
Kalau ikut agak kan kasar, kejap lagi dia mesti nak buat perangai ni.
Malas pulak nak pilih mana gambar yang elok dengan zaimi ni, letak je lah semua.
Kih kih..
Ayu dah mengamuk, taknak dah bergambar dengan ayah dia.
Panas lagi pun masa tu.
Jadi memang dah rasa nak bertolak balik sangat dah masa tu.
Tiba-tiba zaimi terasa nak singgah tengok taman belakang Spa dalam MAEPS tu pulak.
Aku memang kata ikut lah, rasa nak pergi, jom.
Tapi, ayu ni rasanya tak dapat nak behave dah ni.
Dia dah mengantuk.
Fikir secara pantas, maka kami pun turunlah jugak, saja nak jenguk rupa taman tu kan.
Adik ayu masa ni, seperti yang aku jangka, dah tak nak bagi kerjasama langsung.
Dia dah taknak jalan, asyik jerit 'nak utong'.
Zaimi la yang kena dukung..huhu
Hal ayu 1 la kan, yang kedua nya, taman ni sangat kelihatan abandoned.
Tak berjaga, tak bersapu dan nampak sangat tak ada orang peduli.
Mungkin sebab PKP.
Jadi, tak adalah nak jalan jauh-jauh.
Ayu pun memang taknak jalan langsung.
Maka, adalah lagi baik kami balik je lah ke hotel.
Boleh dikatakan, petang hari kedua kami bercuti di Putrajaya ni, yang best hanyalah makan nasi kandar.
Misi nak ke Goat2Go fail, nak round taman ni pun fail.
Lain kalilah repeat..Insyaallah.
😁
28 Comments
Kalau sudah penat sangat hendak jalan pun mood marah-marah.
ReplyDeleteHehe tapi gigih juga jalan-jalan.
tu lah, last sekali semua balik tidur je hahaha
DeleteNmpk menarik G2G tu..petting zoo..jln2 tepi tasik & dlm taman, ambil angin petang...
ReplyDeletekan, nampak menarik kan, tapi ramai sangat masa tu..huhu
Deletelawa jugak tasik tu..kalau ada kerusi ke apa lagi cantik kot. Buat macam taman tasek taiping tu.
ReplyDeleteitulah..hehe..
DeleteSayangkan, tempatnya punyalah cantik tapi tak terselenggara..harap2 lepas ni adalah pihak berwajib yg ambil tahu.
ReplyDeletePutrajaya mmg banyak tempat menarik utk explore, akk masa kerja kt putraja selalu gak round2 ambil angin, skrg payah sikit..tol mahal, hehe
kan kak, banyak taman2.. tapi taman kat maeps ni memang nampak terbiar sikit masa tu..huhu
Deletesyok.. jadi tempat bawak anak beriadah, jalan2
ReplyDeletesekali sekala :D
DeleteSelamat beriadah
ReplyDeleteterima kasih wak :)
DeleteCantik view kat taman tu
ReplyDeleteCantik kan ;)
Deleteselalu pergi putrajaya tapi tak perasan pulak area sini
ReplyDeletehehe sebab ini kat MAEPS agaknya ;)
DeleteDulu, kalau anak dah mula nak tantrum, kami terus balik. Kalau tak nanti, mak dia yang tantrum.. hahaha..
ReplyDeletebetul2, memang last sekali mak dia yang ngamuk haha
Deleteseronoknya aktiviti bersama family.. sampai kepenatan budak2 ye tapi best nye dpt ambil gambar byk2
ReplyDeleteBetul mamapp, sampai terlentok2 diorang tidur haha
DeleteBanyak persinggahan ni. Kadang cuaca pun buat kita rasa macam malas nak berjalan jalan kan. Takpe, repeat next time.
ReplyDeletebetul jugak tu, panas sangat masa tu, malas budak2 nak jalan..
DeleteNampak seronok anak-anak kak kan hehe
ReplyDeleteseronok pun ada, mengamuk pun ada hehe
Deletekenapa taman tu terbiar padahal cantik kan.. boleh buat activity jogging and cantik utk photoshoot
ReplyDeleteKan? Itulah yang akak duk pikiaq
Deleteyeayy..jalan2 lg hehee..anak2 mesti org pertama yg happy..
ReplyDeletesangat happy diorang masa tu hehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.