Amir Zahari 5th Birthday

 Jumaat lepas, atas request amir, kami pun apply cuti.

Kenapa kena apply cuti? Sebab 16 Oktober 2020 haritu adalah hari untuk harijadi dia yang ke lima 😀

Sebabnya, masa birthday adam dan ayu, kebetulan masa PKP. Memang cuti dan ada kat rumah kan. Jadi dia nak masa birthday dia tahun ni, semua ada kat rumah jugak hahaha

Ada-ada je amir ni kan

|Entry ini banyak gambar|
Buat sambutan kecik-kecik je kat rumah, tempah kek gambar ultraman, sebab masa birthday adam haritu kan ultraman, dia pun nak ultraman jugakkkk...layanss

Lepas tu, beli Marry Brown je.
Abaikan muka omak yang lupa nak tepek bedak (malas ke apa entahlah), dan pada yang tanya kenapa adam pakai mask dalam rumah, ekceli masa ambil gambar ni, aku pun tak perasan dia pakai mask hahaha!

Sebab memang fokus kat muka amir je.
Dia saja pakai mask with no solid reason.
Dahlah pakai kat dagu.
Sabau je la!



Seperti biasa, bila birthday cake, mesti semua anak-anak teruja.
Mak nya pun sama hihih!
Yang tak teruja nak makan kek kat rumah ni hanyalah zaimi.


Aku main bedal je pilih gambar ultraman tu masa hantar kat baker.
Aku tak tau pun nama ultraman tu.
Tapi adam amir cakap tu ultraman geed.
Kadang-kadang kagum betul dengan diorang ni, ultraman yang kat mata aku sama je semua tu, diorang boleh bezakan.
Siap ada Father of Ultra la apa la hahaha



So inilah rupa kek birthday amir zahari yang ke lima tahun.
Design tu memang aku tak mintak pun, sebab dah bertahun-tahun tempah dengan Onepiece Bakery kat Paroi tu.
Sedap gilerss kek dia!
Jadi agaknya baker tu pun dah faham kek yang selalu aku tempah design macam mana, jadi walaupun tak cakap lebih-lebih, kek yang dihasilkan memang kena lah rupanya dengan citarasa ku hehehe


Dan abamer pun suka!
💓💓💓💓💓


Bayangkan semua ultraman tu nama lain-lain, boleh pulak tu diorang bezakan hahahaha



Ramai kawan-kawan komen kata muka amir copy paste muka aku, betul ke? ahahah


Budak-budak nakal kesayangan mak.

Hari jadi amir ni juga menandakan ulangtahun ke lima perut ku dibelah!


Ini dengan kawan-kawan di tadika amir.
Cikgu tolong tangkapkan gambar.

Amir unik sikit tahun  ni, sebab apa?
Dia mati-mati tak bagi kami bagi kek kat tadika.
Dia malu katanya nak ada kek.
Ek eleh sangat kan?
Haha!


Jadi kami pun belanja lontong lah untuk anak-anak sekalian.
Tu yang bergambar depan lontong tu.

Dan, taknak ambil gambar dengan girls.
Nak classmate boys je.
*tepu dahi



Ini pulak cikgu kirim gambar amir edar goodies pada kawan-kawan dia.
Alhamdulillah berkongsi rezeki.

KAwan-kawan amir yang lain, kalau buat sambutan birthday, lagi dasyat-dasyat goodies dengan makanan diorang bagi.

Ada sekali tu, sorang parents ni siap booked clown datang ke tadika dan hiburkan anak-anak.

Dasyat weh!

Jadi kami pun nak beri semula pada anak-anak yang parentsnya baik hati tu.

Itulah sahaja cerita tentang hari jadi amir zahari yang ke lima, semoga terus membesar sihat, kuat, cergas, cerdik dan paling penting kurangkan cengengmu ya amir!
 
eheheh

PS: Jangan lupa jeling stat counter kat atas kiri tu ya 👀😁


Post a Comment

52 Comments

  1. Alhamdulillah, happy birthday, Amir Zahari yang handsome!

    ReplyDelete
  2. dinding rumah kte sama la syaz :-)
    kaler pastel pun sma.. happy birthday amir :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil mengecat masa pkp haritu sebenarnya tu hahaha
      terima kasih HS ;)

      Delete
  3. Hepi besday utk besday boy tu, Amir..semoga jadi anak yg soleh yg membahagiakan ibu ayah ye nak.
    Dulu masa akk ngajar tadika, memang parent sediakan goody bag utk dibagi2 kpd kawan2 kt tadika, pihak tadika pun ada juga sediakan hadiah sekadarnya, seronok sambut besday dorg2 ni. Boleh tumpang makan macam2😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 tu kak, ramai ibUbapa yang pemurah kat tadika amir ni 😊

      Delete
  4. Aah... selalu jeling kt counter kiri tu... haha

    happy birthday amir!! sama dgn anak sy jgk dlu... xmok bwk kek kat sekolah sbb malu... haha... budak laki ni mmg macam²

    ReplyDelete
  5. happy birthday amir, semoga memnbesar menjadi anak yang cerdik dan soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaaih ewan, amin ya rabbal alamin 😊

      Delete
  6. Happy Birthday Amir Zahari.
    Nama dia sedap, macam sesuai untuk nama seorang influencer. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zhi, wah yeke nama dia komersial macam tu? Hahahaha

      Delete
  7. hepi bestday amir

    https://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html

    ReplyDelete
  8. Saya 1304823.
    Happy Belated Birthday Amir.
    Semoga selama nya anak soleh dan penghibur hati kedua ibubapa Amir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sipi dah tu hihi, terima kasih.. aminn ya rabbal alamin 😊

      Delete
  9. Amboi! Rambut Amor tersikat rapi!

    ReplyDelete
  10. happy birthday amir zahari ensem boy

    ReplyDelete
  11. waaa terus kita jeling counter kat atas tu tau..hahahahha, entah dapat ke tak nak snap tu kangg...

    pibeday dak amir! pakai mask kat dagu tu pesyen agaknya bagi dia..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu lah, rasa cool agaknye kekeke..terima kasih sunah 😘

      Delete
  12. Nasib baik boleh sambut dengan kawan-kawan.
    Jangan risau memang jeling pada pengira pengunjung itu tapi masih tidak sampai-sampai ke nombor itu.

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Amir Zahari..semoga membesar jd anak yg soleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. aminn ya rabbal alamin ❤️

      Delete
  14. happy birthday abg amir! and wah wahh ..comel jer si ayu dekat sebelah tu...

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday Amir Zahari. Cantiknya nama. Moga membesar dengan sihat, taat kepada ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah sederhana yang indah dan manis.

    ReplyDelete
  17. Selamat harijadi adik Amir..sonok la tu dpt kek ultraman hehe...mg jd anak yg soleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sangat dia tu 🤗
      Terima kasih, aminn ya rabbal alamin

      Delete
  18. Pasaipa pulak tak mau bawak kek??hhaha.. Biasala..dalam ramai2 anak mesti ada sorang yang kelaku lain dari lain. Hahha. Dia malu nak kena dengar kawan2 nyanyi lagu happy Birtday To You kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul, itulah alasan dia, malu hahahaha

      Delete
  19. Happy birthday Abamer. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn..

    ReplyDelete
  20. Happy birthday Amir Zahari.

    ReplyDelete
  21. happy belated birthday Amir, bestnya dapat kek otomen ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kejap2 duk ulang makan kek dia tu 😁

      Delete
  22. Happy birthday adik Amir


    Membesarlah dikau dengan jayanya,
    Buat ibu dan ayah bangga,
    Capai tinggi cita-cita,
    Kelak hidupmu bakal bahagia.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cuya, alhamdulillah siap ada pantun lagi untuk amir 😊

      Delete
  23. happy birthday amir..pandai demand dah ye.

    ReplyDelete
  24. Kekanak mmg seronok dan teruja kalau sambut befday ni..Addooi abamir ni pelik2 je xmau bgambo ngn gegirl lah! hahaha..mcm2 dia..tgk si ayu...dr awal smpai ahbis dia plg eksited..senyum je diaa haaa :)

    Happy Befday Amir..jd Good Boy mak ya!!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.