Jumaat lepas, atas request amir, kami pun apply cuti.
Kenapa kena apply cuti? Sebab 16 Oktober 2020 haritu adalah hari untuk harijadi dia yang ke lima 😀
Sebabnya, masa birthday adam dan ayu, kebetulan masa PKP. Memang cuti dan ada kat rumah kan. Jadi dia nak masa birthday dia tahun ni, semua ada kat rumah jugak hahaha
Ada-ada je amir ni kan
|Entry ini banyak gambar|
Buat sambutan kecik-kecik je kat rumah, tempah kek gambar ultraman, sebab masa birthday adam haritu kan ultraman, dia pun nak ultraman jugakkkk...layanss
Lepas tu, beli Marry Brown je.
Abaikan muka omak yang lupa nak tepek bedak (malas ke apa entahlah), dan pada yang tanya kenapa adam pakai mask dalam rumah, ekceli masa ambil gambar ni, aku pun tak perasan dia pakai mask hahaha!
Sebab memang fokus kat muka amir je.
Dia saja pakai mask with no solid reason.
Dahlah pakai kat dagu.
Sabau je la!
Seperti biasa, bila birthday cake, mesti semua anak-anak teruja.
Mak nya pun sama hihih!
Yang tak teruja nak makan kek kat rumah ni hanyalah zaimi.
Aku main bedal je pilih gambar ultraman tu masa hantar kat baker.
Aku tak tau pun nama ultraman tu.
Tapi adam amir cakap tu ultraman geed.
Kadang-kadang kagum betul dengan diorang ni, ultraman yang kat mata aku sama je semua tu, diorang boleh bezakan.
Siap ada Father of Ultra la apa la hahaha
So inilah rupa kek birthday amir zahari yang ke lima tahun.
Design tu memang aku tak mintak pun, sebab dah bertahun-tahun tempah dengan Onepiece Bakery kat Paroi tu.
Sedap gilerss kek dia!
Jadi agaknya baker tu pun dah faham kek yang selalu aku tempah design macam mana, jadi walaupun tak cakap lebih-lebih, kek yang dihasilkan memang kena lah rupanya dengan citarasa ku hehehe
Dan abamer pun suka!
💓💓💓💓💓
Bayangkan semua ultraman tu nama lain-lain, boleh pulak tu diorang bezakan hahahaha
Ramai kawan-kawan komen kata muka amir copy paste muka aku, betul ke? ahahah
Budak-budak nakal kesayangan mak.
Hari jadi amir ni juga menandakan ulangtahun ke lima perut ku dibelah!
Ini dengan kawan-kawan di tadika amir.
Cikgu tolong tangkapkan gambar.
Amir unik sikit tahun ni, sebab apa?
Dia mati-mati tak bagi kami bagi kek kat tadika.
Dia mati-mati tak bagi kami bagi kek kat tadika.
Dia malu katanya nak ada kek.
Ek eleh sangat kan?
Haha!
Jadi kami pun belanja lontong lah untuk anak-anak sekalian.
Tu yang bergambar depan lontong tu.
Dan, taknak ambil gambar dengan girls.
Nak classmate boys je.
*tepu dahi
Ini pulak cikgu kirim gambar amir edar goodies pada kawan-kawan dia.
Alhamdulillah berkongsi rezeki.
KAwan-kawan amir yang lain, kalau buat sambutan birthday, lagi dasyat-dasyat goodies dengan makanan diorang bagi.
Ada sekali tu, sorang parents ni siap booked clown datang ke tadika dan hiburkan anak-anak.
Dasyat weh!
Jadi kami pun nak beri semula pada anak-anak yang parentsnya baik hati tu.
Itulah sahaja cerita tentang hari jadi amir zahari yang ke lima, semoga terus membesar sihat, kuat, cergas, cerdik dan paling penting kurangkan cengengmu ya amir!
eheheh
PS: Jangan lupa jeling stat counter kat atas kiri tu ya 👀😁
52 Comments
Happy birthday Amir..
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteAlhamdulillah, happy birthday, Amir Zahari yang handsome!
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih ;)
Deletedinding rumah kte sama la syaz :-)
ReplyDeletekaler pastel pun sma.. happy birthday amir :-)
hasil mengecat masa pkp haritu sebenarnya tu hahaha
Deleteterima kasih HS ;)
Hepi besday utk besday boy tu, Amir..semoga jadi anak yg soleh yg membahagiakan ibu ayah ye nak.
ReplyDeleteDulu masa akk ngajar tadika, memang parent sediakan goody bag utk dibagi2 kpd kawan2 kt tadika, pihak tadika pun ada juga sediakan hadiah sekadarnya, seronok sambut besday dorg2 ni. Boleh tumpang makan macam2😁
Betul2 tu kak, ramai ibUbapa yang pemurah kat tadika amir ni 😊
DeleteAah... selalu jeling kt counter kiri tu... haha
ReplyDeletehappy birthday amir!! sama dgn anak sy jgk dlu... xmok bwk kek kat sekolah sbb malu... haha... budak laki ni mmg macam²
Hahaha samalah, alasannya malu jugak 😂
Deletehappy birthday amir, semoga memnbesar menjadi anak yang cerdik dan soleh.
ReplyDeleteTerima kaaih ewan, amin ya rabbal alamin 😊
DeleteHappy Birthday Amir Zahari.
ReplyDeleteNama dia sedap, macam sesuai untuk nama seorang influencer. Haha.
Terima kasih zhi, wah yeke nama dia komersial macam tu? Hahahaha
Deletehepi bestday amir
ReplyDeletehttps://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html
Terima kasih ciknor 😁
DeleteSaya 1304823.
ReplyDeleteHappy Belated Birthday Amir.
Semoga selama nya anak soleh dan penghibur hati kedua ibubapa Amir.
Sipi dah tu hihi, terima kasih.. aminn ya rabbal alamin 😊
DeleteAmboi! Rambut Amor tersikat rapi!
ReplyDeleteNak hensem2 masa birthday katanya hihi
Deletehappy birthday amir zahari ensem boy
ReplyDeleteTerima kasih mamapp 😁
Deletewaaa terus kita jeling counter kat atas tu tau..hahahahha, entah dapat ke tak nak snap tu kangg...
ReplyDeletepibeday dak amir! pakai mask kat dagu tu pesyen agaknya bagi dia..hahahah
Haha tu lah, rasa cool agaknye kekeke..terima kasih sunah 😘
DeleteNasib baik boleh sambut dengan kawan-kawan.
ReplyDeleteJangan risau memang jeling pada pengira pengunjung itu tapi masih tidak sampai-sampai ke nombor itu.
Hihi teruskan menjeling ya 🤗
DeleteHappy birthday Amir Zahari..semoga membesar jd anak yg soleh..
ReplyDeleteTerima kasih.. aminn ya rabbal alamin ❤️
Deletehappy birthday abg amir! and wah wahh ..comel jer si ayu dekat sebelah tu...
ReplyDeleteHehe terima kasih atie 😊
DeleteHappy belated birthday Amir Zahari. Cantiknya nama. Moga membesar dengan sihat, taat kepada ibu dan ayah.
ReplyDeleteTerima kasih.. aminn ya rabbal alamin 😊
DeleteAlhamdulillah sederhana yang indah dan manis.
ReplyDeleteTerima kasih, aminn ya rabbal alamin 😊
DeleteSelamat harijadi adik Amir..sonok la tu dpt kek ultraman hehe...mg jd anak yg soleh..
ReplyDeleteSeronok sangat dia tu 🤗
DeleteTerima kasih, aminn ya rabbal alamin
Pasaipa pulak tak mau bawak kek??hhaha.. Biasala..dalam ramai2 anak mesti ada sorang yang kelaku lain dari lain. Hahha. Dia malu nak kena dengar kawan2 nyanyi lagu happy Birtday To You kot..
ReplyDeleteYaa betul, itulah alasan dia, malu hahahaha
Deleteselamat hari lahir dik... :)
ReplyDeleteTerima kasih uncle :)
DeleteHappy birthday Abamer. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn..
ReplyDeleteterima kasih, aminn ya rabbal alamin :)
DeleteHappy birthday Amir Zahari.
ReplyDeleteterima kasih :) <3
Deletehappy belated birthday Amir, bestnya dapat kek otomen ye :)
ReplyDeleteAah, kejap2 duk ulang makan kek dia tu 😁
DeleteHappy birthday adik Amir
ReplyDeleteMembesarlah dikau dengan jayanya,
Buat ibu dan ayah bangga,
Capai tinggi cita-cita,
Kelak hidupmu bakal bahagia.
:)
Terima kasih cuya, alhamdulillah siap ada pantun lagi untuk amir 😊
Deletehappy birthday amir..pandai demand dah ye.
ReplyDeleteterima kasih ammi :D
DeleteKekanak mmg seronok dan teruja kalau sambut befday ni..Addooi abamir ni pelik2 je xmau bgambo ngn gegirl lah! hahaha..mcm2 dia..tgk si ayu...dr awal smpai ahbis dia plg eksited..senyum je diaa haaa :)
ReplyDeleteHappy Befday Amir..jd Good Boy mak ya!!
tu lah, ada je cengkadak dia hahaha!
DeleteAminn!
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.