Minggu ni dah masuk minggu kedua semester baru untuk UiTM.
Plan asal pihak atasan, pelajar akan balik ke kampus walaupun lecture masih secara ODL.
Pada yang tertanya-tanya, ODL bermaksud Online Distance Learning.
Jadi bila tiba-tiba kes Covid-19 meningkat mendadak haritu, memang pelajar ramai yang stay rumah.
Bila di rumah, memang faham, ada kekangan line internet dan sebagainya.
Kami yang duduk office ni pun, mana yang pakai wifi kampus, adamasa lag dan putus-putus jugak.
Itu masalah line, ada juga masalah ruang untuk bagi lecture.
Kami mostly bilik kongsi (jangan tanya kenapa pensyarah, pensyarah kanan bla bla bla kena kongsi bilik, malas nak jawab sebab buat sakit hati je)
Bila dah kongsi, tiba2 dalam jadual kau sama pulak dengan roommate, dah berlawan la bersyarah depan komputer, mesti pening student dengar dua lecture dalam 1 masa 😂
Buat masa ni roommate aku duduk tempat lain, nasib baik.
Jadi walaupun tak dapat buat live di google meet, masih boleh record lecture (cakap sorang-sorang tanpa student) di google meet tu. Amanlah sikit bila sorang-sorang kat office.
Dah isu merakam ni, tadi baik punya rakam, lepas download recording tu, rupa-rupanya ada video je, mulut mute. Padahal dah check masa nak record tu, tak off mic pun.
Sabau je la, rugi air liur!
Ulanglah balik..huhu..
Yang kurang best mengajar masa ODL ni, memang tang cakap sorang-sorang. Tak nampak students, tak feel!
Walau buat live, tetap tak best sebab diorang bukan nak menyahut sepanjang masa. Ye lah, diorang nak dengar lecture, bukan menyampuk. Bukan salah diorang.
Dan, paling sengal adalah gerak geri bahasa tubuh masa tengah record.
Tengok gambar atas, aku dah upload kat youtube semua, baru perasan aku baikkk punya garu-garu kepala.
Huwaaaa!
Nasib tak korek hidung!
Dan ODL memang memerlukan extra effort dari pensyarah dan jugak students. Kena lebih communicate kalau tak faham, dan kalau nak memastikan pelajar benar-benar faham.
The struggle is real.
Dengan gadget, line internet, ruang, skills..
Ya skill, bukan semua orang mahir everything, kena banyakkan belajar dan jangan sombong untuk bertanya.
Bertanya ya, bukan suruh orang buatkan setiap masa sebab alasan tak reti. Itu mengundang babab! Haha!
Dan pada ibubapa yang ada anak-anak yang ODL, especially student U, fahamilah mereka.
Kalau boleh, minta dan simpan jadual kelas mereka.
Pensyarah memang disarankan buat kelas pada waktu kelas dalam slot jadual mereka sahaja, kecuali kelas ganti.
Jadi, kalau boleh, pada waktu ada slot kelas dalam jadual mereka, jangan panggil suruh buai adik, balikkan ikan, angkat kain, mandikan nenek, pergi kedai dan sebagainya.
Ini adalah jawapan-jawapan yang student bagi pada kami bila diorang tak dapat commit kelas yang ada dalam slot.
Kesian juga diorang, sebab tu kami cuba make it short kami punya lecture, dan top up kan dengan cara pembelajaran yang lain macam suruh buat crossword, article extract etc..
Eh panjang pulak mengomel!
Kah kah kah!
Ok lah, selamat beristirehat dan stay safe semua 😃
43 Comments
Memang banyak kekangannya kerja-kerja secara online ni. Sabar sajalah semampunya.
ReplyDeletebetul2, kena banyak belajar bersabar ;)
Deletehaha..kdg2 tak sedar..terpaksalah lepas ni kena control...
ReplyDeletekena sentiasa semat dalam otak hihi
DeleteSepertinya di masa pandemi saat ini, sistem pembelajaran obline paling tepat, kak.
ReplyDeleteTerutama untuk anak TK dan SD yang mereka belum paham betul penerapan protokol kesehatan yang baik.
benar tu Himawan, sama2 lah kita beradaptasi :)
DeleteItulah dugaan musim pandemik ni.. kami lagilah hands on mmg x jalan kalau ODL.. student pun jujur je bgtau x paham kalau online.. x sabar rasanya nk habiskan sem ni
ReplyDeletebetul tu kakmim, dan tak sabar nak habis covid ni kan huhu
Deletemak and ayah hari tu sibuk panggil adik makan, sampai macam buat suara keras sebab adik tak nyahut... rupanya tgah class online.
ReplyDeletehuhuhu.. kadang2 ada pensyarah akan panggil2 student waktu online, minta dia jawab dan selesaikan masalah, mungkin sebab tu adiknya fokus betul tu hehe
Deletewahh saya suka lecturer macam ni hehehe memahami student..
ReplyDeletesaya pun kalau ada kelas, tutup pintu siap2 gtau awal dekat family tgh kelas supaya takdela tiba2 suruh itu ini, mau tgh present ke waktu tu, tak ke malu haha..
hehe.. betul tu, untuk ODL semua pihak kena ada mutual understanding :)
DeleteOh saya pun baru tau UiTM branch sana Pensyarah share bilik memang kurang selesa la kalau bagi lecture ada lecture lain.
ReplyDeleteNasib students ni tau kerenah saya kena ready nanti tiba-tiba nama kena panggil jawab soalan atau bagi komen, jadi kena stand in attention. Saya Googlemeet tak on video, cuma present share slides sambil lecture dan letak animation supaya diorang tak boring. Juga nak elakkan dari lagging. Pastu students tahu biasa saya tak share full slides, hanya basic concept je kalau diorang minta lecture notes (jenis lecturer tak layan bagi lecture notes semua) supaya tak jadi student malas nak attend lecture.
bagus juga macam tu, ada variasi style lecturer, student pun faham kan ;)
Deleteharini buat live, nasib baik smooth je. Betul saya pun memang tak letak seluruh isi notes tu, takut diorang terlelap pun ye jugak hahaha
Anak akak yg study kt Unishams dapat sim kad free..data free hehe
ReplyDeletewah bagusnya!
Deleteantara masalah lain, rumah diorang pun ada yang tak ada liputan internet..kesian
hahaha ODL ingtkan OTL ., ;P
ReplyDeleteahahahah! ok tetiba teringat balik post wak lat tu hihihi
DeleteCabaran betul. Memang bosan seorang-seorang depan komputer.
ReplyDeletebosan lenguh semua ada huhu
DeleteAntara cabaran covid.
ReplyDeletesangat2 mencabar PC..huhu
DeleteDulu masa duduk rumah family kalau tengah live streaming game datang la pulak orang menyembang pastu cakap kuat2 dan ada ketika duk mengumpat, memang seksa buat live kalau ada gangguan ��
ReplyDeletehahahah faham2! kalau meeting office ramai2, kadang macam2 bunyi ada, anak2 bising la apa la hehe
DeleteHahaha kan
DeleteOkay tang garu garu lawak..tergelak kite hahahaha ^_^
ReplyDeletehahaha tiba2 lak masa tu uban nak keluar agaknya :P
DeleteTulah! Dapat rasa apa yang Syaz rasakan tu. Xde feel bila ODL nie.
ReplyDeleteMoga keadaan covid 19 di Malaysia dapat dikawal dgn cepat. Tak seronok WFH hehehe 😊
tak seronok kan, sebab manusia sifatnya bukan begini hihi..
Deletebetul2 amin to that! ;)
Fuhh sangat mencabar tugas lecturer ni nak mengajar ODL. Paling tak best bila lag tu lah. Jenuh betul kan. Setuju! ODL ni memang memerlukan extra effort kedua dua pihak. Semoga cepat berakhir covid dan mudah nak belajar dalam kelas seperti biasa.
ReplyDeletebetul fizah, tak sabar nak kembali ke keadaan asal :)
DeleteYa Allah penat ckp rupanya mute ? then kena record balik la.. letih nyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteiyaaa..speechless jap masa tu hahaha
DeleteBila ber ODL ni. Paling penting line internet. Bila line tak ok, tersekat atau terputus. Kacau jiwa sungguh.
ReplyDeleteAlahai sian pulak part video. Mic g mute. Walaupun rasa mcm tak off. Hehe
betul tu rubi, geram je masa, rasa nak berjoget atas meja hahaha
Deletetak merasa kelas online ni sebab da takde lecture..tapi merasa jugak training online guna zoom..
ReplyDeletehehe sekarang semua atas talian je kan :)
DeleteMemang susah sikit kak. Class online ni. Saya hari tu tak faham terus tanya dlm online teams. Cuma tak best tak berdepan dgn lecturer. Direct dengan lecturer mudah faham
ReplyDeletebetul tu, kadang bila tanya pun thru online2 ni, boleh timbulkan kekeliruan
DeleteYaaaa agreed! kadang ada parents tak faham keadaan anak 🥺
ReplyDeletetak semua, tapi ada.. bertabahlah anak2 murid semua :)
Deletekengkadang kat rumah ni pun sama walaupun anak ammi rasanya takde online class cuma ada online homework je..tapi tetaplah nak panggil mintak tolong masak nasi, isi air, lap habuk kat rak tv hahaahha
ReplyDeleteahahhah asalkan suara ammi tak interframe masa cikgu dia live, takpe rasanya hehehe
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.