Search This Blog

Friday, October 23, 2020

Tiba-tiba dah besar


Zaimi tangkap gambar ni masa jemput adam balik hari isnin haritu.
Sayu pulak bila tengok gambar ni, sebab nampak adam macam dah besar. Dah abang-abang sangat nampaknya dia.

Dia dah tak minta nak duduk atas riba, kalau kita duduk duduk pun dia dah tak datang mereseh-reseh.
Dia dah tak harap kita mandikan, cebokkan.
Makan minum dah boleh buat sendiri.
Dah boleh tolong kemas-kemas rumah, boleh tolong buang sampah ke luar, boleh tolong jaga adik-adik..
Beg sekolah kemas sendiri ikut jadual, barang-barang peribadi pun dah boleh urus sendiri.
Dah pandai bergaya, dah tau malu..
Dah tak boleh didukung.. tak terangkat dibuatnya kalau cuba-cuba nak angkat dia.


Rindu masa dia baby, anak sulung.. 
Semua yang aku reti buat dalam urusan libatkan anak, mesti belajar dengan dia.

Allah.. cepatnya masa berlalu.
Namun siapalah aku untuk melambatkannya.
Aku bersyukur adam kau anugerahkan kesihatan dan akal.

Cuma adakala rasa syahdu, teringat dia sewaktu baby dulu..
Semoga membesar jadi anak yang baik, dan berguna pada bangsa dan agama.

😁


*sorok sorok nangis

 

30 comments:

  1. Moga membesar dengan baik adik. Allah sayang :)

    ReplyDelete
  2. amiin..tak lama lg jd anak teruna..harap2 dia tak malu kalau ibubapa peluk cium dia depan kawan2..ada budak lelaki tak nak, sebab segan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni kalau peluk dia lebih2 depan adik2 pun tau malu ni..huhuhu

      Delete
  3. Walaupun dah besar masih lagi harum wangi saki baki zaman baby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! ada kat ubun2 dengan tengkuk dia lagi bau tu..hihihihi

      Delete
  4. Asyik baca pasal anak orang je, bila lah nak ada sendiri. Hihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, didoakan AI akan ada rezeki anak sendiri juga tak lama lagi ;)

      Delete
  5. Alhamdulillah. semoga anak kak membesar dengan sihat dan sentiasa berada dibawah lindunganNya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn ya rabbal alamin, terima kasih atas doa yang baik baik :)

      Delete
  6. Betul Syaz.. Anak pertama memang mengajar kita macam-macam. Sebab anak pertama la , kita dapat jaga anak kedua, ketiga dan seterusnya dengan lebih baik. Adik2 patut ucap terima kasih kat abang/kakak sulung nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu kak diana, masa lepas beranak anak ketiga, memang dah jadi bertambah cekap untuk multitask sebab dah belajar banyak masa dengan adam :)

      Delete
  7. Anak laki ni sekejap je dapat manja-manja nak cuddle cuddle banding dengan anak perempuan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dah macho macho.. tapi ada can mak peluk je tak lepas hahaha

      Delete
  8. rasa mcm kejap ja masa berlalu kan.. now dah besar dah boleh berdikari

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu atie, dah boleh menolong kita jugak..alhamdulillah

      Delete
  9. Betul Syaz, bila rasa cepat sangat anak membesar terus sayu.
    Cepat sungguh masa berlalu. Semoga mereka terus dilindungiNya selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan LZ, nak diorang besar dan nak diorang kecik dalam masa yang sama, complicated betul perasaan seorang emak..huhuhu

      Delete
  10. Tanpa sedar cepatnya masa berlalu dan cepat membesar masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan saya pun semakin tua..apatah lagi ibubapa kita...T_T

      Delete
  11. Semoga cepat besar dan sukses dalam hidup...

    ReplyDelete
  12. sekejap je kan masa berlalu...moga Adam membesar jadi anak yang soleh..ameen

    ReplyDelete
  13. pernah cakap kat kyra "janganlah cepat sangat besar anak ammi ni"...husband ammi marah. Dia kata kang Allah makbulkan doa awak camna? awak jangan main-main doa ibu ni ye. Terus ammi stop cakap camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kita tak doakan dia tak membesar, cuma berdoa agar masa terasa lambat sedikit, mungkin dengan cara penuhkan aktiviti dan bonding dengan anak2 :)

      Delete
  14. Mesti rasa macam... Eh ceoatnya besar. Slow down la sikit. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi semoga dia membesar dengan baik hendaknya...aminn

      Delete
  15. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya capai cita-cita yang diimpikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn ya rabbal alamin, terima kasih atas doanya cik TK ;)

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me