Thursday, November 26, 2020

Buka Aib | Throwback Thursday

 Lupa nak cerita pasal ni, hari ni baru teringat.

Beberapa minggu lepas, Facebook ada tayang semula satu gambar aku pada tahun 2011.

Kalau ikut tarikh yang ditayangkan, masa tu aku dah jadi tunang kepada zaimi.


Hadeuhh.
Yihhh!

Macam-macam perkataan yang keluar bila tengok gambar diri sendiri masa ni.
Tentang betapa tembun nya aku.

Betul, bila ingat balik,  semakin dekat tarikh nikah aku dengan zaimi dulu, aku semakin gemuk.
Sampai baju yang aku plan nak pakai masa sanding, tak muat.
Aku terpaksa tukar baju sanding last minit.

ENtahlah, orang lain makin nak kahwin, makin jaga makan, jaga diri.
Aku?

Makin tembun.
Pfft..

Lepas kahwin, aku dinasihatkan untuk turunkan berat badan kalau nak mengandung.
Masa tu lah.

Mungkin itu cuma salah satu faktor kenapa aku lewat lekat masa tu.
Selepas 7 bulan baru lekat.

Ok itu cerita lain.

Tapi nak katanya, aku pernah berada dalam satu fasa yang aku malas nak jaga diri.
Bila ingat semula, aku rasa menyesal sangat.

Sebelum kahwin, dah kembang macam tu.
Kembang kalau kemas tak apa, tengok lah cara aku berpakaian masa tu?

Lepas dapat adam, aku agaknya sebab masih terkial-kial nak adapt dengan life yang baru ada anak, sekali lagi aku abaikan rupa paras aku kalau aku nak keluar rumah.

Ini salah satu contoh, betapa selekehnya aku masa nak pergi majlis bertunang adik ipar aku:



Apalah yang difikir masa tu.
Entah apalah yang zaimi fikir agaknya bila tengok wife dia sangat selekeh dan pakai tak matching.
Yang paling aku tak dapat maafkan diri aku, aku pakai tudung sarung tu berulangkali, dan memang aku akui aku jarang basuh tudung tu.

APA AKU FIKIR MASA TU???
😭😭


Dan yang buat aku tersentak, keluarga bakal biras aku masa tu siap ingat aku adalah seorang makcik mana entah agaknya, dia tanya mana isteri zaimi.

Bila aku diperkenalkan, yang bertanya terus diam, macam tergamam.

Masa tu I tell you, sentap dia sampai ke lubuk hati paling dalam.

Terus recall balik semua senario di mana ada beberapa insiden aku diperli-perli, digelak-gelak oleh beberapa orang, insiden orang macam tak percaya aku emak pada adam..

Dan walau masa tu aku belum pun berumur 30an, ada yang umur 40an panggil aku kakak.

Jadi, aku pun macam tersedar.
Apa dah jadi dengan aku sebenarnya?

Aku pun tengoklah balik gambar-gambar masa zaman belajar.





Ok memang rupa kategori C la kan πŸ˜‚

Tapi nak katanya, aku terfikir balik, yang aku pernah kemas.
Aku pernah pakai elok-elok.

Kenapa lepas ada anak, aku abaikan semua tu?

 KENAPA??
KENAPA MALAS IRON TUDUNG??

Jadi, aku nekad untuk berubah.
Bukan untuk orang lain, bukan untuk zaimi ke apa ke, tapi untuk diri aku sendiri.

Aku kembali beli semula tudung bawal.
Yang bagusnya, masa tu dah ada dah bawal aidijuma, kekaboo..
Bawal yang cantik-cantik dan senang jaga, ada yang kadang tak payah gosok.

Aku pun beli bawal-bawal chiffon, aku belajar cara pakai bawal kat youtube, sebab lepas dah masuk penghujung 20an, aku macam malu pulak nak selimpang saja tudung macam zaman belajar dulu tu.

Jadi, slow-slow aku pastikan aku kemas dan penampilan aku terjaga sikit.
Belajar lah pakai makeup sikit-sikit, nak masuk kelas kan, rupa elok la sikit. 
Hahaha

Dah berapa tahun aku gonjeng je masuk kelas.
Jadi why not kita kemas kemas sikitlah.
Macam aku cakap, muka dahlah C.
Jadi penampilan at least B+ lah huhu..

Rupanya, semua itu tidaklah susah nak buat.
Cuma nak tak nak je.










Entry ni aku harap akan buat aku sentiasa ingat.

TOLONGLAH JANGAN SELEKEH GILAA LAGI SYAZNI OI!

Ok tu je post ingatan untuk diri sendiri yang dah dekat sebulan lebih tak pakai tudung dan pegang berus make up sebab tak pergi mana-mana ni haaa..hadeuhh.


Sekarang pulak semua telefon dah siap ada filter kan, jadi kekadang tu teringin la nak feeling muda, kita on la filter. 
Jadilah gambar belah kiri.
Muka sejati tanpa filter adalah yang kanan.

Ahahah

Slow-slow kena terima hakikat kedut-kedut dah mula datang.
Takpalah, welcome lah kedut oi, asal jangan selekeh macam dulu tu sudohh!


58 comments:

  1. InshaAllah setiap perjalanan hidup kita ada proseskan. Tak selekeh pun sebenarnya. Kalau PC maknakan selekeh tu bila tak mandi sesuka hati, kalau ada hingus tak bersihkan, kuku panjang sampai hitam tak potong.. ha tu selekeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu PC, yang penting kena bersih kan :)

      Delete
  2. lainlah gambar2 bawah dgn yg atas2 tu...mmg sentap bila org cop kita 'tua sebelum waktunya'..berubah utk diri sendiri, kita boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu memang sentap ke lubang jantung paling hujung masa tu..nak nak bakal biras tu lawo pulak..aduss

      Delete
  3. entah kenapa, rasa termotivasi dan berinspirasi sungguh entri ni ek..sama la kita, dulu nak kawen pun makin berisi...entah kenapa lah..tak faham sungguh..tapi sekarang pun makin berisi sebenarnya..adoiii, baeklah akan ku diet sesungguh2!!!

    tapi gambar bawah tu, tak jauh beza lah..filter ngan tak, dedua syantiksssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. adududu kembang jap ahahaha!
      kita tak diet sangat pun, tapi asal rupa semenggah sikit kikiki

      Delete
  4. betullah sekarang dah banyak fesyen tudung, bawal pun dah banyak yg cantik jenis ironless. cuma bergantung pada diri kita je nak bergaya macam mana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, akak macam trauma dengan tudung sarung bila teringat gambar atas tu..huhuk

      Delete
  5. kahkahkah...teringat pulak saya dulu. gi kerja pakai seliparnya...tudung sarung tak matching baju. bedak tak pernah pakai. hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah kesedaran datang sendiri dengan sendirinya.
    Rasanya sebab terjadi cenggitu adalah bila diri dihinggapi penyakit m*l*s itu yang asyik capai tudung sarung jer... #dirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju, jadi memang kena kuatkan azam untuk jentik si malas tu jauh2! hehe

      Delete
  7. Akk pun ada naik berat masa dekat2 nak kawen, dari 47 jadi 49kg. Senang hati dan seronok kot, hihi almaklum nak kawen kan.
    Bila tengok gbar syaz pakai tudung sarung bercorak baju pulak bunga2, teringat pulak makcik2 kt kampung, gitulah stailnya, hihi. Tudung sarung mmg mudah nak pakai tambah2 ada anak kecik kan.

    Org ppuan mmg mudah sangat naik berat badan, tambah2 lepas bersalin. Tapi jgn jadikan alasan utk kita jaga penampilan, kalo bukan utk kita..utk suami kita,betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak zimah, masa tu orang ingat saya makcik mana agaknya, padahal baru 28 umur saya.. aduh memang sedih sampai menangis huhuhuh.. fikirkan mudah masa tu, sebab baru jadi mak kan, tak reti lagi urus masa haha

      betul bab naik berat, pkp ni pun dah menyeramkan saya ni ahahaha

      Delete
  8. Replies
    1. Ok jap lagi saya karok lagu anggun!
      * ku ingin kembali
      Tanpa resah hati dari semua tanyaaaaaaaa

      Delete
  9. kena amik semangat akk ni untuk tampil kemas dan cantik..hehe

    ReplyDelete
  10. untungla tiba2 tgk bini jadi jeliter n cun., ;p

    ReplyDelete
  11. nasi tambah ., nk tau gak camane leh kurus n terus jeliter nih., diet makan apa., sbb ramai je wak tgk susah bebenor nak kurus n ofcoz nk jeliter

    ReplyDelete
  12. hehehhe saya pun ada masanya malas nak jaga penampilan semua. tapi, bila tidak jaga semua tu. kita jadi kurang keyakinan. dan bila tgk, cntiknya dia. dan saya pun ada semangat balik untuk jaga penampilan utk kebahagian sendiriii. dan lebih yakin tambah2 lagi jumpa ramai org di luar sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul apa dila cakap tu, untuk tambah keyakinan jugak sebenarnya :)

      Delete
  13. akak terbalik lah pulak syaz. memula kawin kurus kering. now tembun. adoii.. but insyallah tak selekeh lah . sebab cikgu kan jadi perhatian dgn memurid. kena cecantik je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sebenarnya dah mula rasa segan nak berdepan dengan pelajar masa tu, sebab zaimi mengajar sama tempat dengan saya, tiba2 semangat tu datang hehe

      Delete
  14. Yes, jaga penampilan for diri sendiri... Syukur punya suami terima seadanya... hehe... Muka dah cun melecin.. tinggal terus jaga je.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya teringin nak tau apa dia rasa masa tu.. entah2 dia malu tapi tak cakap ehehhek

      Delete
  15. Bagusnya entri. Berani kongsi diri yang sebenar tanpa selindung. Jujur! Sangat memberi semangat kepada orang lain yang kaang-kadang terlajak, terlupa keadaan diri. Suka baca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih, sebab tu adalah saya juga, jadi nak buat ingatan pada diri sendiri sebenarnya ni hihi

      Delete
  16. Alamak..akak skrg dah teruk penampilan..kena start balik la ni...x leh jadi ni wlau takde suami tapi tetap nak make over utk diri sendiri...tahniah Syaz berjaya cabar diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom SA! eh tapi saya tengok SA ok je, kalau make over mesti lagi malatops!

      Delete
  17. janji encik suami sayang. skrg ni mesti lagi sayang kan...

    ReplyDelete
  18. Pinjamkan sentakmu untukku....
    Semakin ayu...
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. fuhhh..sekarang A++ kak syaz! Perubahan itu hanya kita je yang mampu ubah diri kita sendiri. Bukan orang lain. Proud of you kak, seriously!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. terima kasih pada makcik yang 'menampar' diriku itu 😁

      Delete
  20. Terus terang, akak tak rasa Syaz selekeh, yang pakai tudung sarung dan baju bunga tu. Apa pun, you go, girl! Well done atas perubahan! Clap, clap, clap! Memang takde orang boleh ubah kita, melainkan kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. betul2, kita je yang mampu mengubahnya 😘

      Delete
  21. u looks so differ back then..now nampak lagi awet muda hehehe apa rahsia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, rahsianya adalah sayang diri sendiri lebih dari sebelum ni hihi

      Delete
  22. Dulu dan sekarang nampak sangat beza

    ReplyDelete
  23. Alahai.. mmg bambamlah dulu syaz!! Tapi xpe tu zaman kecelaruan kot.. yg penting skrg dh boleh label kategori A+ dah.. bila semakin bertambah usia perasaan nk jaga penampilan diri tu semakin menebal tau.. i feel u πŸ˜‚πŸ˜‚ kakmim lagi lah thn dpn dh 4 series.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..tak sampai kot A+ sebab gemuk masih bersisa ni ha hahaha.
      Takpe, 4s pun masih vogue juga ;)

      Delete
  24. Haha.. betul sangat. Rasanya ramai perempuan melalui fasa malas nak berhias nih.

    Akak pernah juga jadi mangsa tudung sarung. Tapi tak lama. Bila nampak banyak tudung bawal dan shawl yang belum di pakai , semua tudung sarung akak buang ke tong sampah. Mas tu tudung sarung tu semua orang bagi bukan beli sendiri .Jadi tak la rasa sayang nak buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada juga buang beberapa, yang dah longgar kat dagu sampai kena pin. Lagipun terus dah rupa kat awning dia. Hihi

      Delete
  25. Kita pun pernah melalui zaman malas ni, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun ada masa malas, tapi cuba melawan hiyarghhhh

      Delete
  26. Hehehe.. Sha sejak kerja dan ada anak memang pakai tudung sarung je.. Make up pun lama dah tinggal sejak kahwin.. Dah tak pandai nak pakai tudung bawal..
    Chayook.. Chayook Syaz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang memang sesuai pakai tudung sarung, sweet dan kemas je. Tapi saya antara yang saya rasa tak sesuai..huhu

      Delete
  27. wah....

    aida kagum, syaz. no further komen.

    aida memang sampai skang bertudung bawal.
    itu yg sesuai dgn muka aida ni hah.
    tudung sarung, pernah la pakai.
    time trending dulu. now, back to bawal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, dulu trend kan? Sebab memang ada orang, sangat sesuai dan kemas je dia pakai tudung awning. Tapi saya tak sesuai. Mungkin sebab bahu besar. Bawal lebih molek untuk saya.. shawl pun saya tak reti hahaha

      Delete
  28. shida pulak terbalik..bila nk kawen lg smngat nak jd jelite tau..sampai satu time..tersentap kan sesuatu..pastu terus berubah..sehingga kini masih teruskan niat tu...dah bape tahun dah syaz..Alhamdulillah..sikit2 dapat sesuatu hikmah ^_^

    kenapa ya perempuan, bila sentap baru nk berubah..baru pikir itu ini..hahaa..adoyaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kalau tak, dia rasa selesa dah. hehe.. serius masa tu agaknya kite rasa selesa sangat, laki dah dapat, anak dah ada.. tu yang fikir aku dah 'ok'.. tapi bila tersentak tu, baru teringat nak evaluate balik diri huhu

      Delete
  29. sy pun baru 20an tapi suka pakai tudung sarung hahaha... Btw entri ini sgat memberi inspirasi.. sy antara perempuan yg tidak berapa suka berhias, pakai mekap, skincare semua.. Dia punya malas tu Ya Allah hahaha xD apapun dari kita saja kan.. Semoga terus cantik & menawan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang sesuai je pakai tudung sarung, takde masalah hehehe .. 😘

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot