Search This Blog

Saturday, November 7, 2020

Ikut Hati Mati | Fiksyen

 IKUT HATI MATI


Normalnya, kehidupan ini adalah ibarat peribahasa melayu yang berbunyi ‘Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang’ yang membawa maksud barangsiapa yang mengganggu rumahtangga orang lain pasti akan menerima akibatnya. Sarihah tahu dan mengerti sangat tentang perkara itu. Satu dalam seribu pun belum tentu ada perempuan yang akan menerima dengan lapang dada jika suaminya mahu ‘disunting’ oleh wanita lain.

“Saya dan Borhan berharap betul kak Sarihah boleh pertimbangkan permintaan kami berdua ni”, ujar wanita dihadapannya ketika dengan penuh hemoi bak kata orang utara. Hemoi; tiada langsung rasa malu. Ya, memang Sarihah pelik sekali dengan mereka berdua ini. Tak sangka wujud orang seperti mereka berdua dalam hidupnya ketika ini.

“Maafkan saya Unaysah, Borhan. Perkara yang kalian berdua minta ini bukan kecil punya hal. Saya pun sebenarnya tak tahu yang Borhan sudah ada isteri. Saya betul-betul minta maaf sebab tanpa sengaja, saya menjadi rapat pula berkawan dengan Borhan”, Sarihah memandang dua susuk tubuh di hadapnya itu bersilih ganti. Perasaan bersalah mula menghurung ibarat semut terjumpa titisan air manis di lantai.

Benar, jika dia tahu yang Borhan ini suami orang, dia bukanlah terlalu bodoh untuk meneruskan hubungan di antara mereka. Hatinya ibarat mahu lerai segala urat apabila mendapat panggilan dari Unaysah pagi tadi yang menyatakan dia sudah tahu tentang perhubungan Sarihah dan suaminya Borhan.

Itu yang membawa kepada pertemuan mereka bertiga ketika ini. Kagum juga Sarihah kerana Borhan sangat pandai menyembunyikan status suami orang yang sudah hampir lima ditahun dipegangnya. Langsung Sarihah tidak dapat hidu sejak berhubungan lima enam bulan kebelakangan ini.

‘Kagum pun ada, nak terajang pun ada!’

“Pertimbangkanlah sayang, Unaysah pun dah beri izin”, Borhan bersuara manja memujuk Sarihah menerima lamaran Unaysah dan dirinya agar hubungan mereka diteruskan atas tiket poligami.

Please stop calling me that, your wife is right in front of us!”, Sarihah menjeling dengan riak amarah kepada Borhan. Meluat pula telinga Sarihah mendengar Borhan memanggilnya ‘sayang’ seperti selalu. Borhan tersengih-sengih seperti kerang busuk yang menanti untuk dihumban, juga Sarihah memang ingin sangat menyumbatkan wajah Borhan ke dalam tong sampah ketika ini!

“Jangan risau Kak Sarihah, saya benar-benar izinkan Borhan bernikah dengan akak. Bermadu itu tak salah pun kan?”, pelawa Unaysah lagi seolah-olah memang sudah redha sekali suaminya akan dikongsi bersama.

“Maaf. Saya perlukan masa untuk berfikir dahulu”, bingkas berdiri, Sarihah terus berlalu pergi meninggalkan kedua-dua suami isteri yang meletakkan dia di dalam suasana janggal itu terpinga-pinga.

‘Kalau ini semua mimpi, lekas-lekaslah aku terjaga! Jatuh longkang dalam mimpi pun tak apa!’

Mungkin hijab di langit terbuka seluasnya sewaktu Sarihah melafazkan kata-kata itu di dalam hati, tiba-tiba Sarihah tidak dapat mengawal badannya ketika melangkah longkang yang kecil di hadapan kedai makan yang menjadi tempat pertemuan mereka tadi.

“Arghhhh!”, maka tertunailah hajatnya, terjelepoklah Sarihah di situ.

++++++

Sarihah benar-benar berharap dia segera terjaga dari mimpi, namun bukan itu yang terjadi. Apa yang berlaku padanya tadi benar-benar dihadapi. Menyesal pula meminta agar jatuh longkang ketika melarikan diri dari Unaysah dan Borhan tadi. Sekarang bukan saja sakit kepala dan hati, terseliuh buku lali pun ‘join’ sekaki.

“Jadi you nak I turunkan you dekat mana ni?”, terhenti segala yang bermain di fikiran Sarihah apabila Qayyum bersuara. “Maaflah sebab I tak tahu you tinggal di mana. Kalau you tak keberatan, buka waze menghala ke rumah you, I hantar terus ke sanalah. Sebab kesian pula you nak kena berjalan dengan kaki tergeliat macam tu”, sambung Qayyum lagi sambil memperlahankan kereta yang sedang dipandu.

“Ok. Terima kasih Qayyum sebab sudi hantar I ni. Susahkan you je”, kata Sarihah sambil mula membuka aplikasi Waze di telefon bimbitnya.

“Kebetulan I ada kat sana. Terkejut tiba-tiba you jatuh longkang. Dahlah longkang kecil je pun”, Qayyum ketawa geli hati mengenang peristiwa yang menimpa Sarihah sebentar tadi.

“Sampai hati you kan?”, Sarihah turut ketawa bersama. Memang tidak pelik pun kalau orang lain boleh gelak apabila tengok dia terjatuh tadi. Memang tak berapa nak jelas logiknya di mana sampai boleh tergolek dalam longkang kecil.

‘Itulah mulut minta bukan-bukan sangat!’

“Apa yang jadi sebenarnya?”, soal Qayyum cuba memancing cerita. Sarihah melepaskan keluhan yang panjang mendengarkan soalan dari teman sepejabatnya ini.

“Borhan”, balas Sarihah ringkas dan berharap sangat Qayyum tidak akan bertanya lanjut.

“Borhan ‘brother’ yang kerja dekat ‘kiosk’ nasi ayam penyet bawah pejabat kita tu ke?”, nampaknya harapan Sarihah untuk tidak meneruskan perbualan tentang Borhan tidak kesampaian apabila Qayyum kelihatan berminat benar dengan peristiwa tadi. Sarihah mengangguk perlahan.

"Hebat dapat sambar tokey!", laung Qayyum sambil mengetuk-ngetuk stereng dengan riang.

"Mana ada, dia staf je lah", balas Sarihah.

“Ceritalah kat I. Sebagai tambang I hantar you balik ni”, serentak itu mata Sarihah mencerun merenung Qayyum yang tersengih penuh perasaan ingin tahu.

++++++

Bertalu-talu panggilan telefon dari Borhan dan Unaysah sejak siang tadi. Sarihah tidak terasa mahu menjawab kesemua panggilan itu ketika ini. Tipulah kalau Sarihah kata dia tidak rindukan suara Borhan yang lunak manja ketika berbual dengannya seperti selalu. Sungguh Sarihah tidak tergamak untuk mendengar suara lelaki itu ketika ini kerana sudah jelas dan nyata perbuatan itu tidak baik. Berhubungan mesra dengan suami orang itu dosa!

“Mungkin Unaysah sanggup lamar you untuk jadi madu sebab dia tak rela tengok suami dia asyik terfikir-fikir fasal you. Jadi mungkin Unaysah tu memang sifatnya baik hati, jadi dia kata ‘why not’ bersaudara dengan you secara halal”, kata-kata Qayyum ketika dalam perjalanan pulang ke rumah siang tadi masih terngiang-ngiang di telinga Sarihah.

BIP BIP

Telefon bimbit di tangan Sarihah memberikan isyarat bahawa ada kiriman Whatsapp yang masuk.

“Kak Sarihah, saya dan Borhan sangat mengharapkan lamaran kami diterima. Terimalah Borhan sebagai suami Kak Sarihah. Saya tiada masalah untuk bergilir dengan Kak Sarihah. Marilah halalkan hubungan dan bersaudara bersama”.

‘Bersungguh betul Unaysah dengan Borhan ni’, getus hati kecil Sarihah, lantas nombor telefon Qayyum didailnya.

You rasa tak sebenarnya Unaysah tu beria-ia nak ajak I bermadu sebab dia muda dan tak matang lagi? Macam mana kalau suatu hari nanti tiba-tiba dia nak balik suami dia tu secara total dan tak nak berkongsi lagi dengan I? Umur 22 tu masih dikira mentah kan? ‘Right’ Qayyum? You setuju dengan I kan?”, macam peluru Sarihah berkata-kata sebaik sahaja kedengaran suara Qayyum menjawab ‘Hello’ di hujung talian sana.

Qayyum kedengaran hanya ketawa terkekek-kekek. Sarihah mendecit mendengar respon dari Qayyum sebegitu.

You tanya I ni sebab…?”, soal Qayyum sambil geli hatinya masih bersisa.

“Sebab you je yang tahu kisah I sekarang ni”, balas Sarihah ringkas sebelum diam membatu.

I jenis orang yang ikut kata hati. Kalau you rasa memang Borhan tu jodoh you, terpulang. Bukan senang orang yang nak kebas suami orang ni ‘smooth’ je macam kes you ni”, ujar Qayyum memberikan pendapatnya. “Selalunya ‘there must be a price to pay’ kalau berkaitan isu sensitif ini”, sambungnya lagi, kali ini bernada lebih serius.

Serentak dengan itu, Sarihah lantas menarik nafas sedalam mungkin sambil memejamkan kedua-dua matanya rapat-rapat.

++++++

Abah dan emak tidak banyak bicara sepanjang urusan hari ini berlangsung. Sejurus selesai upacara pernikahan Sarihah dan Borhan di masjid, kedua orang tua Sarihah terus segera pulang ke rumah meninggalkan Sarihah terkontang-kanting bersama suaminya. Alasan mereka, untuk bersiap-siap menerima rombongan pengantin lelaki yang akan hadir untuk acara makan-makan pula sebentar lagi.

Sarihah tahu abah dan emak tidak begitu setuju dengan pilihan hatinya. Tidak sedap hati melepaskan Sarihah kepada Borhan kata mereka. Namun mereka menuruti jua permintaan Sarihah dengan syarat Sarihah hanya boleh melangsungkan kenduri pernikahan sahaja, tiada bersanding. Sarihah faham dan boleh lihat perbezaan abah dan emak meraikan pernikahan dia hari ini dengan pernikahan kakak-kakaknya sebelum ini. Tiada senyuman, tiada tawa riang. Abah dan emak tidak mendakap dia lama dan penuh kasih, Sarihah boleh rasakan semua itu.

 “Jom sayang kita bergambar dengan Unaysah dan Amani”, ujar Borhan sambil menggenggam erat tangan isteri mudanya. Senyuman manis yang menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipi wajah Borhan sedikit sebanyak menyedapkan sedikit hatinya. Sarihah tersenyum pahit seraya menuruti sahaja dengan pasrah untuk bergambar bersama madu dan anak tirinya. Tiada gambar kenangan hari pernikahannya bersama abah dan emak, mengenangkan itu hati Sarihah seperti disagat-sagat.

++++++

Hari-hari yang dilalui semenjak perkahwinannya dengan Borhan yang sudah hampir menjangkau usia dua bulan ini kelihatan tenang sahaja. Boleh dilihat yang Borhan mengambil berat dan sayang kepada Sarihah, tapi tidak setanding dengan Unaysah. Sarihah bukannya tidak sedar, tapi adakalanya, ada detik-detik yang begitu jelas sekali kasih yang Borhan curahkan terhadap Unaysah lebih dari apa yang Borhan berikan kepadanya. Ada juga ketikanya Sarihah sedar yang Borhan seperti tidak begitu peka dengan apa yang sedang dia rasai. Rajuknya, sakit peningnya..

Namun Sarihah lekas-lekas memujuk hati agar selalu bersangka baik dengan Borhan. Sarihah tidak patut berasa iri kepada Unaysah. Wanita muda itu dengan rela berkongsi kasih tanpa sebarang pertikaian, apa lagi yang Sarihah mahu? Tak malu?

++++++

Terasa seperti dejavu, perasaan berdebar-debar yang Sarihah rasai pada pagi ini saling tidak ubah ketika pertama kali mendapat panggilan dari Unaysah dahulu. Ringkas sahaja pesan Borhan selepas bersalam dengan Sarihah pagi tadi, “Pukul dua belas nanti abang dengan Unaysah nak bincang sesuatu dengan sayang. Penting”.

Gelisah sungguh rasa di hati Sarihah ketika ini. Tidak senang duduk dibuatnya. Apalah perkara yang penting benar sehingga perlu untuk bertemu enam mata? Sebaik sahaja Sarihah melangkah masuk ke kedai makan yang diberitahu oleh Borhan, suami dan madunya itu sudah sedia menanti. Wajah mereka kelihatan ceria dan berseri-seri sekali, menambah rasa gemuruh dan tertanya-tanya pada Sarihah ketika itu.

“Duduk dulu sayang. Sayang nak makan apa, abang boleh pesankan”, Borhan lantas bangun dan menarikkan kerusi untuk Sarihah duduk. Sarihah hanya menurut walau hati penuh curiga.

“Cantiknya warna gincu Kak Sarihah hari ni”, sapa Unaysah berbasa-basi memulakan bicara. Sarihah masih tersenyum dalam diam seribu bahasa. Masih tidak dapat meneka apa agenda mereka berdua sampai perlu bertemu sekarang.

“Abang, Unaysah, ada apa sebenarnya kelam-kabut nak berjumpa tiba-tiba ya?”, soal Sarihah kerana sudah tidak mampu menahan debar tertanya-tanya di dada. Sekilas, Sarihah lihat Borhan dan Unaysah bertukar pandangan, seperti sedang melakukan perbualan telepati.

‘Hai bercakap dengan mata pula!’

Borhan memegang tangan Sarihah sambil tersenyum manis ketika Unaysah terkial-kial mengeluarkan sekeping sampul surat bersaiz A4 dari beg tangannya yang memang bersaiz besar. Memang Sarihah cam betul beg itu kerana dia yang belikan untuk Unaysah ketika madunya itu mengadu beg tangan lamanya telah uzur dan lusuh. Sarihah mengerutkan dahi ketika melihat sampul surat berwarna putih itu diletakkan di hadapannya.

“Saya tak faham”, ujar Sarihah perlahan sambil memandang wajah Borhan yang masih lagi setia menggenggam tangannya.

“Abang lah cakap”, buntang mata Unaysah tersenyum menanti Borhan untuk meneruskan agenda mereka. Borhan menghela nafas yang panjang sambil tangannya pantas mengeluarkan dokumen dari sampul bersaiz A4 tadi sebelum diletakkan semula di hadapan Sarihah.

'Megahrium Holding Properties', Sarihah membaca sepintas lalu nama di logo yang tertera atas kepala surat di hadapannya itu.

“Sayang, abang dengan Unaysah nak minta tolong sikit. Harap sayang boleh bantu. Kami berdua nak beli rumah ni. Tapi kami buat permohonan ‘loan’ tak lepas. Sayang kan kerja ‘gomen’, boleh kan kami pinjam nama sayang?”, semakin dalam lekuk di lesung pipit Borhan sewaktu menuturkan kata-kata bernada manis bak gula itu kepada Sarihah yang tercengang. Unaysah di sebelah turut terangguk-angguk penuh semangat.

‘Kenapa aku ikut nasihat Qayyum hah?’

 

Syazni Rahim | 06112020


Terima kasih pada yang sudi singgah dan baca cerpen aku, untuk membaca cerpen-cerpen aku yang lain, boleh klik di SINI 😙

PS: Semua gambar cover yang digunakan hanyalah hiasan dan imaginasi penulis semata-mata. Semua cerita adalah rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia.

44 comments:

  1. Replies
    1. Hihihi udang besar!
      Terima kasih sudi baca 😊

      Delete
  2. Haa tu lah, bila cakap dalam hati terus tertunai hajat. Kesian Sarihah. Macam ada something je ni, Borhan dan Unaysah macam ada perancangan untuk gunakan Sarihah je. Kesiannya dua kali kat Sarihah. Baik mulanya melamar tu macam ada makna pulak. Qayyum macam ada sukakan Sarihah. Nasihat Qayyum pun macam tak boleh pakai. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi nasib badan Sarihah..
      Terima kasih fizah sudi baca 😊

      Delete
  3. Punyalah banyak bunyi notifikasi wasap... bip bip je yg Sarihah pilih? (hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nanti saya suruh Sarihah tukar lagu Wings 😝

      Delete
  4. Hhhaaha..Rasakan..Nak sangat. Masa jatuh longkang tu patut nya dia dah sedar benda tak elok akan jadi. Ni tak sedar2 .Nak diketuk bagi sedar cemana lagi entah..

    Emosi pulak baca cerita nih.. Geram nya..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borhan tu cute sangat kot senyum nya, sayang nak lepas 😝
      Terima kasih kak sudi baca dan menghayati 😁

      Delete
  5. apa yg kita semai..itulah hasil yg akan kita tuai..

    ReplyDelete
  6. Ada niat lain rupanya nih, tapi tak tau juga kan mungkin ada agenda lain..jangan lah Sarihah setuju pula ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Sarihah akan buat keputusan yang betul :D

      Delete
  7. Ingatkan dia tolak lamaran tu. kawen juga rupanya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta mati kikiki
      Terima kasih sudi baca 😊

      Delete
  8. teruskan berkarya, dulu masa sekolah memang suka menulis, sekarang hanya menulis di blog sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, sekarang selalu menulis di blog juga 😊

      Delete
  9. kesian Sarihah...geram lak..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. nasib badan Sarihah
      Terima kasih sebab sudi baca 😁

      Delete
  10. Borhan dengan unaysah ni mesti dah plan lama ni. Kesian sarihah, kenapa la terburu-buru buat keputusan padahal hubungan dia dengan Borhan tu masih lagi dalam frasa perkenalan hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terburu-buru kan?
      Hehe terima kasih sudi baca :)

      Delete
  11. Sebenarnya resru ibu bapa itu penting.
    Aduh tahu sudah apa sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, firasat hai mak ayah.. :)
      Terima kasih sudi baca :D

      Delete
  12. ‘Kagum pun ada, nak terajang pun ada!’.. haha
    apapun pandai syaz mengarang. ada bakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi
      Terima kasih mamapp, masih belajar menulis lagi ni 😁

      Delete
  13. Lelaki kalau dah pernah menipu dengan bini nya, baik bakal bini muda jangan percaya kang karma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye jugak kan 😊
      Terima kasih TK sudi baca 😊

      Delete
  14. waaaaaaaaaaaaa!!!! this is first time baca cerita mcm ni.. terlopong jap...

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Ahaha 😝
      Terima kasih sudi baca 😊

      Delete
  16. Kurang ajarnya... Menggunakan perasaan seorang wanita untuk kepentingan diri..
    Yang si Sarihah pun kenapalah pergi ikut hati.. Aduhai..
    tq syaz.. great story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih kak sha sudi baca dan menghayati 😊

      Delete
  17. Aduhai, kekadang bukan udang je kat sebalik mee, ade lagi ayam, sayur, sotong hahaha 😂🤭

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me