Assalamualaikum semua, insyaallah selesai dulu buat masa ni kerja yang menerbitkan anxiety attack pada aku tu.
Gila betul, sesak nafas macam kena kepit dengan apit G!
Kenapa stress beria pun entahlah.
Mungkin sebab WFH..
Berbalik pada topik.
Aku ni kadang ada tebiat suka collect alat make up ni walau tak pakai sangat pun.
Tapi ada seketul budak kecik tu, dia dah aim!
Buat harta!
Senyap-senyap masuk bilik aku, pergi ambik, nak pakai katanya.
Aduuhh..
Selamba dia jatuhkan pallete tu, yang oren tu dah terkeluar dar slot dia tu.
Sedeeehhh... Hahaha
Jadi disebabkan taknak lah dia korek-korek2 sendiri dengan kuku, jatuhkan la apalah..
Maka omak pun bila stress stress kerja, buat kerja rumah semua ni, kitorang akan main make up make up hahaha
Layanlah anak dara sorang ni..
Make up lah mata dia tu, lepas tu sibuk nak pakai lipstick..
Ha pakailah nak..
Kita enjoylah waktu yang Allah bagi sementara WFH ni.
Manalah tau, lepas keadaan kembali normal, entah bila dapat ulang moment duduk rumah dengan anak hari-hari macam ni kan 😄
Teh best part, bila sedih je, boleh terus gomol!
Masa ni bangun-bangun tidur dah sibuk nak make up.
Pampers pun tak sempat tukar hahah..
Lepas tu mandi, hilang habis make up!
Ini esoknya.. siap nak pakai headband.
Ini pulak saja je buat over kat mata dia tu, bila dah siap,
dia kata dia make up macam zombi hahahah
Buat harta pulak dia dengan eyeshadow tu
*tepuk dahi
Eh statcounter kat atas tu macam dah hampir, jangan lupa jeling tau 😁
42 Comments
comel je.. habisla tiap hari kena makeup nanti hahaha
ReplyDeletetepat sekali aiman, hari2 nak la pulak sekarang hahaha
DeleteComel je budak cantik tu main make up-make up :). Barang make up mak dia dah ada tu, apa lagi kannn. Peluang keemasan!
ReplyDeleteitulah pasal! habis dibuat harta haha
DeleteCutenyaaa. makeup zombi pun cuteee. hehehee
ReplyDeleteahahaha!
Deleteamboi...kaki mekap ye..
ReplyDeletenak kena bendung dia ni hahaha
DeleteAyu.. ayu.. kecik² dah pandai nk bergaya eh.. hehehe
ReplyDeleteterpengaruh dengan siapa entah :P
Deletecomel je... anak perempuan kan best ada anak perempuan boleh kongsi macam-macam...
ReplyDeletetakpe kita seddekah la kat si comel tu eye shadow, emaknya beli baru nanti hehhehehe...
aduhh.. nak beli lain tu kena sorok, kalau tak dia kebas lagi hahaha
DeleteAnak Kak Syaz macam Ema waktu kecik, ceroboh masuk master bedroom.
ReplyDeleteMain makeup mak.
Lepas tu ambil gincu pink, merah and conteng almari.
Sampai sekarang ada lagi "seni" Ema
Ψ( ̄∀ ̄)Ψ
hahaha masa tu mak ema mesti bertabah je la..nak marah, anaknya cute kikiki
DeleteTakpelah dah besar boleh jadi MUA nih! hehehee...
ReplyDeletealamak! hahaha
DeleteAYU MMG AYU ADA IRAS PAPANYA
ReplyDeletehihi kan!
DeleteSemua ini Ayu yang punya..hahahahaha.
ReplyDeleteitulah pasal!
DeleteUncle suka gambar yg terbuka mulut tu... ada karektor!
ReplyDeletehahaha dia memang suka berlakon, lama sangat duduk rumah tengok tv agaknya, tiga2 beradik tu selalu main berlakon berlakon
Deletecantik mama dia make-up..comel Ayu...girls just like to have fun..hehe..
ReplyDeleteenjoy the moments, bonding time!!
betul! lepas ni nak pasang lagu tu lah masa make up hahaha
DeleteAlololo....ada anak ppuan mmg gini la...seronok tgok dia melaram...anak dara akak pun sama gak la..baru ni dia rembat llipstik..siap menion mama umur dah 42 tahun x yah mekap sangat..natural beauty lagi baik...
ReplyDeleteaduh kemain dia buat rules untuk mama dia ya hahaha
Deleteanak dara ni suka pakai make-up gak. mcm anak bongsu sy la. nak pakai celak bagai. dulu pernah patahkan gincu mak dia.
ReplyDeletesamalah yang ni, herot2 gincu kita dibuatnya hahaha
DeleteGeram tgk kecomelan anak kak.. hehe
ReplyDeletehihihi budak kecik semua comel :D
DeleteYup.. entah bilalah dapat momen macam nie lagi..
ReplyDeleteSha tak boleh WFH sebab kuarters dengan tempat kerja satu kawsan, cuma balik pantau waktu tengahari jelah..
Oo.. nsib baik juga boleh pantau tengahari tu kan 😊
Deletealahai dia, syoknyaaaa dia dapat main make up make up.. hehehe
ReplyDeleteMemang suka betul dia hehe
DeleteComelnya
ReplyDelete😁
DeleteHaha, comei je, pakai make-up mak. :D
ReplyDeleteHahaha 🤭
DeletePenggodam yang comel. Siapa lagi nak mewarisi kalau bukan si Ayu tu.. hihi..Okaylah enjoy masa bersama bila WFH ni. Ayu pun seronok :)
ReplyDeletehihih betul tu fiza, seronok sangat dia mak dia tak kerja kat ofis. ceria je :)
DeleteAciikkk geram betul dgn kamu ni si Ayu..haihhh
ReplyDeleteHihihihi ❤️❤️
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)