Penggodam Pembayang Mata

Assalamualaikum semua, insyaallah selesai dulu buat masa ni kerja yang menerbitkan anxiety attack pada aku tu.
Gila betul, sesak nafas macam kena kepit dengan apit G!

Kenapa stress beria pun entahlah.
Mungkin sebab WFH..

Berbalik pada topik.

Aku ni kadang ada tebiat suka collect alat make up ni walau tak pakai sangat pun.
Tapi ada seketul budak kecik tu, dia dah aim!

Buat harta!
Senyap-senyap masuk bilik aku, pergi ambik, nak pakai katanya.
Aduuhh..

Selamba dia jatuhkan pallete tu, yang oren tu dah terkeluar dar slot dia tu.
Sedeeehhh... Hahaha


Jadi disebabkan taknak lah dia korek-korek2 sendiri dengan kuku, jatuhkan la apalah..
Maka omak pun bila stress stress kerja, buat kerja rumah semua ni, kitorang akan main make up make up hahaha

Layanlah anak dara sorang ni..
Make up lah mata dia tu, lepas tu sibuk nak pakai lipstick..
Ha pakailah nak..

Kita enjoylah waktu yang Allah bagi sementara WFH ni.
Manalah tau, lepas keadaan kembali normal, entah bila dapat ulang moment duduk rumah dengan anak hari-hari macam ni kan 😄

Teh best part, bila sedih je, boleh terus gomol!



Masa ni bangun-bangun tidur dah sibuk nak make up.
Pampers pun tak sempat tukar hahah..

Lepas tu mandi, hilang habis make up!

Ini esoknya.. siap nak pakai headband.




Ini pulak saja je buat over kat mata dia tu, bila dah siap, 
dia kata dia make up macam zombi hahahah





Buat harta pulak dia dengan eyeshadow tu 
*tepuk dahi

Eh statcounter kat atas tu macam dah hampir, jangan lupa jeling tau 😁

Post a Comment

42 Comments

  1. comel je.. habisla tiap hari kena makeup nanti hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali aiman, hari2 nak la pulak sekarang hahaha

      Delete
  2. Comel je budak cantik tu main make up-make up :). Barang make up mak dia dah ada tu, apa lagi kannn. Peluang keemasan!

    ReplyDelete
  3. Cutenyaaa. makeup zombi pun cuteee. hehehee

    ReplyDelete
  4. Ayu.. ayu.. kecik² dah pandai nk bergaya eh.. hehehe

    ReplyDelete
  5. comel je... anak perempuan kan best ada anak perempuan boleh kongsi macam-macam...
    takpe kita seddekah la kat si comel tu eye shadow, emaknya beli baru nanti hehhehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh.. nak beli lain tu kena sorok, kalau tak dia kebas lagi hahaha

      Delete
  6. Anak Kak Syaz macam Ema waktu kecik, ceroboh masuk master bedroom.
    Main makeup mak.
    Lepas tu ambil gincu pink, merah and conteng almari.
    Sampai sekarang ada lagi "seni" Ema
    Ψ( ̄∀ ̄)Ψ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masa tu mak ema mesti bertabah je la..nak marah, anaknya cute kikiki

      Delete
  7. Takpelah dah besar boleh jadi MUA nih! hehehee...

    ReplyDelete
  8. Semua ini Ayu yang punya..hahahahaha.

    ReplyDelete
  9. Uncle suka gambar yg terbuka mulut tu... ada karektor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dia memang suka berlakon, lama sangat duduk rumah tengok tv agaknya, tiga2 beradik tu selalu main berlakon berlakon

      Delete
  10. cantik mama dia make-up..comel Ayu...girls just like to have fun..hehe..

    enjoy the moments, bonding time!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! lepas ni nak pasang lagu tu lah masa make up hahaha

      Delete
  11. Alololo....ada anak ppuan mmg gini la...seronok tgok dia melaram...anak dara akak pun sama gak la..baru ni dia rembat llipstik..siap menion mama umur dah 42 tahun x yah mekap sangat..natural beauty lagi baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh kemain dia buat rules untuk mama dia ya hahaha

      Delete
  12. anak dara ni suka pakai make-up gak. mcm anak bongsu sy la. nak pakai celak bagai. dulu pernah patahkan gincu mak dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah yang ni, herot2 gincu kita dibuatnya hahaha

      Delete
  13. Geram tgk kecomelan anak kak.. hehe

    ReplyDelete
  14. Yup.. entah bilalah dapat momen macam nie lagi..
    Sha tak boleh WFH sebab kuarters dengan tempat kerja satu kawsan, cuma balik pantau waktu tengahari jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. nsib baik juga boleh pantau tengahari tu kan 😊

      Delete
  15. alahai dia, syoknyaaaa dia dapat main make up make up.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Haha, comei je, pakai make-up mak. :D

    ReplyDelete
  17. Penggodam yang comel. Siapa lagi nak mewarisi kalau bukan si Ayu tu.. hihi..Okaylah enjoy masa bersama bila WFH ni. Ayu pun seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih betul tu fiza, seronok sangat dia mak dia tak kerja kat ofis. ceria je :)

      Delete
  18. Aciikkk geram betul dgn kamu ni si Ayu..haihhh

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.