Tuesday, December 22, 2020

Sepagi di Rumah Tok Ma

 Gambar pagi rabu lepas.

Masing-masing belum mandi.

Sebabnya, balik KB kali ni sejuk sangat!

Suhu 26°C je!

Sebab hujan je sepanjang hari.

Rumah mertua aku ni pulak, jenis yang guna air boreng.

Mandi dalam baldi tadah pulak, bayangkan sejuk dia hahaha!






The cousins.

Ada satu pagi tu, aku dengan zaimi pergi dobi layan diri sebab nak keringkan baju.

Basuh je kat rumah, keringkan di dobi.
Sebab musim tengkujuh macam ni, memang susah baju nak kering.

Plus kat rumah mertua kan, segan pulak aku nak sangkut dan sidai baju aku sekeluarga kat merata rat dan lama lama..hehe


Lepas selesai keringkan, round sekitar kampung.
Singgah sekejap dekat tepi Sungai Kelantan.
Air punyalah tinggi dan deras!

Nauzubillah, tapi aku imagine kalau aku terjatuh dalam tu, memang tak jumpa dah aku hidup hidup rasanya wuwu..


Berhenti tu betul betul depan kedai Box 26 yang jadi lokasi penggambaran Mael Totey The Movie tu.

Siapa dah tengok, rasanya boleh cam tempat ni.
Hehe..

Aku?
Aku pun tengok tak habis cerita tu haritu, dia macam tak berapa nak feel masa tengok tu.
Insyaallah akan habiskan bila mood itu sampai.

Haritu masa dalam perjalanan balik semula ke Negeri Sembilan, memang semua sungai yang ditemui, tinggi dan deras!

Semoga tak berlaku banjir.

Stay safe semua!

27 comments:

  1. musim2 hujan ni mmg risau air naik di area2 pantai timur.

    ReplyDelete
  2. ok..dapat bayangkan dia punya sejuk. teringat rumah arwah atok dulu yang guna air bukit. sampai biru bibir menahan sejuk

    ReplyDelete
  3. Ooh memey sejuk terlajok kt kelate teganu musim2 ujey ni, kalu nok mandi gak raso tok sanggup weylah..pah berapo lamo kelik kelate aritu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh, sejukkkkk!! πŸ˜†
      Kelik 5 hari kak, tak puas zaimi manja ngan mak dia πŸ˜‚

      Delete
  4. Ceria mood pagi masing masing. Ada geng seronok lah semua. bila balik ramai ramai memang ke dobi lah. Tak muat nak sidai..huhu

    pantai timur banyak tempat banjir..tapi haritu balik selatan..johor pun air naik gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo johor pun naik air ye, semoga selamat semuanya.

      Itulah, nasib sekarang dah ada dobi layan diri kan 😊

      Delete
  5. Sekarang musim hujan. Harap tak banjir lah..

    ReplyDelete
  6. omggg dah biasa dimanjakan mandi air panas tiap hari then nak mandi air sejuk ni ..huhuhuhu susah betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..dia punya brrr brr brrr tu memang over the limit lah ahahah

      Delete
  7. air boreng tu macam mana ek? macam air kolah ke? kalo kat rumah mertua ciksun, konsep air kolah tu..mandi bersimbah pakai gayung gitu ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air yang diorang pam dari bawah tanah, kiranya diorang tak guna air dari syarikat air hehe

      Delete
    2. Oh itu ke air boreng? Faham faham..

      Delete
  8. harap tak banjir lah rumah syaz..

    ReplyDelete
  9. pehh dpt bayangkan betapa sejuknya air dari baldi tadah tu

    ReplyDelete
  10. Musim-musim hujan ini memang kena ke dobi keringkan baju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3.. sejukkk je kain kalau tak dobikan πŸ˜‚

      Delete
  11. First time baca air boreng.. wow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kat kelantan ni mostly diorang guna air boreng

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot