Supporter Nombor 1

Salam Ahad semua!
Sihat?
Tadi sempat juga jengah blog kawan-kawan blogger, tapi tak sempat nak tinggal jejak.

In the middle of processing carrymarks sekarang.

Student semester ni ramai juga.
Hopefully dah siap carrymarks nanti boleh bernafas tenang sikit di alam blog ni hehe.

So, quick update.
Nak cerita pasal supporter nombor 1 kepada seorang Syaz Eym.

Tadaa!
Yang pakai tudung hitam tu!

Siapa tu?
Hahaha..itulah omak den.

Saja letak gambar lama, masa adam umur 1 tahun.
Bagi dia nampak muda sikit dalam entry ni hehe..

Terima kasih mak sebab support dan selalu doakan anakmu ini.
Dulu masa kecik, cita-cita nak jadi penulis.
Mak tak bagi sekeras-kerasnya 😂

Jadi pendam je lah cita-cita tu.
Teruskan belajar dan belajar, sampai dapat kerja tetap.
Alhamdulillah.

Tapi sekarang, knowing yang aku menulis disamping mengajar, dia sokong dan selalu doakan yang baik-baik.
Terima kasih mak 💓

Aku menulis untuk kepuasan diri, sambil-sambil menghiburkan orang mungkin?
Aku masih bekerja tetap sebagai apa yang aku kerja sekarang.

Tapi mak tetap risau kalau orang taknak beli buku aku 😂

Haritu dia tanya, dah berapa banyak Life Baggage orang beli?
Haha!

Mak pun tolong-tolong promo kat Ig dan FB dia.
Terharu aku.. Allah.. Kau kurniakanlah kebaikan berganda-ganda buat emak.


Betullah kata orang, setua mana pun kita, emak masih tetap risaukan kita 😄

Have a good Sunday gais 💝

Post a Comment

24 Comments

  1. Sweet mak syaz tu, rasa baru first time jumpa dlm entri syaz, ke akk yg tak perasan tak taulah.
    Betullah tu, mak ni semarah2 dia, dia ttp risau kan anak2 dia..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..mak kita memang sentiasa support benda yang baik untuk kita kan...

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Walaupun kita dah ada keluarga sendiri, mak tetap risaukan kita.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..sampai bila bila akan jadi supporter No.1 dengan iringan doa dan restu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, moga panjang umurnyaa amiinn ❣️

      Delete
  5. Always no 1 kan? Yang lucunya mak suka jugak share di fb dia kalo ada sst berita gembira yg dipublish di medsos rasmi jabatan mengenai anaknya

    ReplyDelete
  6. Klu emk mmg mcmtu kn..ank² sntiasa diutamakn..tahniah syaz untuk 2nd karya..

    ReplyDelete
  7. Omak awak ke tu? Igtkan itu syaz... hahaha.. nampak muda omak

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar lama, plus mak memang nampak muda hehe

      Delete
  8. beruntung sesiapa yang masih ada emak
    sebab emak akan sentiasa doakan yang baik2 untuk kita

    ReplyDelete
  9. Ya.. janji ada kerja tetap... mak pun fikirkan masa depan anak anak... selagi namanya emak.. tua camana pun kita....mesti always risau dan doakan kita.. heh

    ReplyDelete
  10. Moga mak sihat-sihat saja.

    ReplyDelete
  11. betul, setua mana pun kita., mak tetap akan risau akan anaknya kan

    ReplyDelete
  12. Seorang mak akan tetap risaukan anaknya tidak kira berapa pun umur anaknya...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.