Sunday, January 3, 2021

Syazni 35!

 Ya ini entry lain.

Walau semalam aku cerita pasal birthday zaimi yang ke 35, hari ni aku nak cerita pasal birthday aku pulak yang ke 35 😂

Birthday aku dengan zaimi memang sangat dekat, walaupun pada tahun yang berlainan ahaha


Terima kasih zaimi untuk kek ini.
Sedap, dalam dia ada kacang-kacang!
Yums!


"Mak" je terus dia tulis haa..hahaha!



Love love love this cake!
Walaupun lepas setiap orang dapat pieces masing-masing, kena terus masuk peti ais.
Sebab macam dah nak cair je, risau aku menengoknya!



Mid 30s.
Waktu terus berputar, sedar-sedar dah pertengahan 30an.
Semoga masih ada umur untuk tengok anak-anak membina masa depan mereka.
Amiinn..


Pandai dia nyorok belakang daku kan, nampak dakulah gajah disini ahahaha
Nakal eh!


Posing lah dengan anak-anak jugak.
Nyawa mak tiga ketul ni.



Amir dengan pe'el anak nombor duanya memang tak dapat dipisahkan.
Ada je muka pelik nak dia buat!


See!



Suruh anak-anak berlakon 😂
Nampaklah semua kayu-kayu belaka ahahaha


Syukur alhamdulillah.

Lepas tu, sedang elok aku siap belah kek, tiba-tiba loceng rumah bunyi.
Ingatkan parcel sampai ke apa ke.

Rupanya, ada surprise delivery pulak 😂

Allahu tak sangka langsung haa..


Siap sorang satu pulak tu dapat!
Rupanya dari students kami.

Tak sangka langsung.
Terima kasih buat yang memberi, semoga murah rezeki kalian hendaknya, semoga mudah juga urusan kehidupan 💖


Nasib baik tengah pakai elok, kalau tengah berkain batik, tengah comot-comot berpeluh-peluh masak kat dapur?
Hahaha nasib baik timing dia mengena weh!

Ayu macam biasalah, sibuk nak belon haa! 
Abang-abang tengah layan kek kat dalam, keluar jenguk je, terus masuk balik.


Dah dapat bouquet kan, apa lagi, pose feeling-feeling diri tu lawa la kah kah kah!



Anak-anak haruslah join sekaki.
Sibuk tanya apa tu apa tu!



Dia ni dapat belon terus lupa kek dia.
Mak jugak kena habiskan.
Macam mana tak gumux.


Little zaimi.
Tiba-tiba dah besar.
Dah pandai bergaya.



Terima kasih ya anak-anak FYP!


Sir pun seronok sangat ha..
Tapi tak sampai sejam, cokelat tu habis!
Anak-anak sir awak macam piranha!


Kek pun tak habis makan, dapat pavlova pulak.
Syukur..
Sedap sangat, tapi disebabkan manis, madam makan sikit-sikit ye dearies.

Nasiblah anak-anak aku ada, sekejap je selesai topping nya haha!

Zaimi memang bukan jenis cayang cayang semua tu, dia jenis straight to the point.
Tu lah sebab kenapa aku suka dia jugak sebenarnya.

Jadi, lepas selesai makan makan, dia masuk bilik.
Lepas tu keluar bawak 1 kotak, terus hulur kat aku.

"Nah"

Simple, tepat dan cepat.

Balut?
Mestilah tak hahaha!

Sedangkan masa ajak kahwin dulu tak ada ayat sugar coating weh!
Ok tu nanti cerita lain.

Jadi tak payah pening-pening teka, terus nampak hadiah apa dia bagi 😂


Tadaa!

Dia bagi Wireless Headphones OPPO Enco W11.
Yeayy!

Terima kasih kamoo.


Headphones ni ada casing, jadi lepas guna, simpan dalam casing dia.
Ada lubang dekat casing tu, cucuk je dengan charger telefon, jadi dia akan caj headphone tu.



Letak je dalam tempat dia tu.
Nampak tak lubang kecik tu?
Itu adalah mic.

Mic dia duduk dekat telinga je masa guna, hehe..
Dan kalau nak naikkan volume ke, matikan call, play video, semua main touch je dekat sensor dia yang bawah mic tu.

Iolls is teruja!


Suka sangat!
Alhamdulillah!


Model.
Tolong posingkan.
Ahahah!

+++

Itulah sahaja cerita tentang hari lahirku yang ke 35.
Semoga aku semakin matang seiring dengan usia 😊

60 comments:

  1. Senang harijadi dekat-dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ada masa2 kami share kek je, tahun ni terasa nak asing2 :P

      Delete
  2. Happy birthday, Syaz.. semoga berbahagia & gembira selalu

    ReplyDelete
  3. Wahh comel je semua hehhe btw Happy Birthday Kak! semoga diberikan kesihatan yang baik 🥰

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Syaz. Semoga sentiasa berbahagia dan murah rezeki melimpah ruah :)

    ReplyDelete
  5. SANAH HELWAH SYAZ N ZAIMI SIHAT SEJAHTERA SUKSES DUNIA AKHIRAT SEDAPNYA KEK BESDAY

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinnn moga Allah makbulkan doa Kak PI ;)
      Sedap! hihi

      Delete
  6. Happy birthday! Eh? Kenapa gambar ngadap dinding tu!?

    ReplyDelete
  7. Happy birthday Syaz..wahh..dua2 January baby...

    meriah sambutan..ada surprise delivery..

    ReplyDelete
  8. bila birthday kak syaz? bestnya kan smbung birthday dgn org tersayang even hanya dgn satu kek saja

    ReplyDelete
  9. Congratulation. You are from the generation of my grandchildren. Enjoy the journey on the path of as you move on. I have been there and know that its not always sunshine. It like a graph, when the graph line is up and do it shows you are kicking and going some where. The life journey is a destiny and none of us know what the end is so enjoy the journey and move on.

    Have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, terima kasih Pak Idrus. Such as inspiring birthday wishes from the wisdom generation. Really appreciate it, love it. I pray that u will always be in a good health. Take care Pak Idrus, have a good year ahead ;)

      Delete
  10. hepi besdayyyy shaz
    semoga sehat dan sentiasa diberkati ....AAMINN
    kelahiran januari juga
    sama anak solong dan si bungsu sis
    januari je sibukkk minta hadiah he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn ya rabbal alamin kak 😁
      Hihi kenalah beli hadiah nampaknya

      Delete
  11. Happy Birthday Syaz! Seronoknya dapat macam-macam.

    Tersenyum sorang akak baca entry Syaz ni tau :D

    ReplyDelete
  12. Happy birthday!! 🎂🍰 semoga di kurniakan rezeki yang tidak di sangka2 & usia yang di berkati. Aamiiin.

    ReplyDelete
  13. hepi belated besday cik syazni tuuhh.. mugo dimurahkan rezeki senantiasa n maintain kurus.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih, semoga betul2 kurus

      Delete
    2. n maintain jeliter.. 😅😅😅

      Delete
    3. Saya aminnkan ye waklat 😂

      Delete
  14. Muda lagi dia.. happy birthday Syaz..

    ReplyDelete
  15. Happy belated birthday Syaz..
    Hahaha.. part anak no 2 tu memang setuju sangat..

    ReplyDelete
  16. Happy belated birthday Madam Syaz. Wahh banyaknya surprise. Rezeki birthday girl.
    Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Diberikan kesihatan yang baik. Aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin fiza, terima kasih atas doa-doa itu, akak doakan yang sama buat fiza sekeluarga :D

      Delete
  17. Style gambar pertama tu semua hadap dinding!

    Hepi belated besday kak syaz dan encik husben.. semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan dalam semua urusan. Ceria-ceria selalu ya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah tak ada idea nak posing macam mana ahahah

      Terima kasih cik TK, semoga dimurahkan rezeki buat semua kawan2 yang mendoakan juga :)

      Delete
  18. happy birthday kak syaz. semoga dimurahkan rezeki selalu :)

    ReplyDelete
  19. rasanya tak terlambat kot utk sy ucapkan selamat hari lahir ke 35...semoga sentiasa dimurahkan direzeki dan diberkati Ilahi...aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin terima kasih atas doanya sis ❤️

      Delete
  20. aku pun jenis tak pandai nak bagi hadiah2, nak surprise2 apatah lagi,kena belajar banyak lagi teknik beri hadiah secara subtle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan suami aku nampaknya, lebih mudah katanya 😂

      Delete
  21. happy belated birthday sisturrr.. semoga happy2 ceria selalu disamping keluarga tercinta =)

    ReplyDelete
  22. Kira syaz zaimi befday dalam bulan Januari la ye? sama la kiterr haaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaimi disember hehehe.. oh Shida pun baby Jan ye.. sep!

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ads