6.45 AM | Fitri
"Baik hang bangun sebelum
aku tampaq muka hang dengan selipar jamban aku ni laju-laju"
Ayat pertama yang Fitri dengar dari mulut teman sebiliknya, Hasan sebaik saja dia membuka mata pagi ini. Dengan mata yang dikecilkan sebelah dek silau telefon pintarnya, dia melihat jam yang tertera: 6.45 am.
"Tiap-tiap
malam hang kunci jam, tiap-tiap pagi jugak hang tak dengaq, tiap-tiap pagi aku
yang kejut hang, tiap-tiap pagi jugak aku rasa nak tolak hang jatuh katil.
Kalau manusia ada 9 nyawa macam kucing, aku nak tolak hang keluaq beranda tu
biaq pi hang jatuh dari tingkat 6 ni"
Hasan
membebel-bebel sambil membetulkan kembali bantal dan tempat tidurnya. Mana tak
bengang, dahlah baru pulang dari kerja shift malam pukul 6 tadi, baru nak
terlelap, jam loceng yang dikunci di telefon pintar Fitri pula berbunyi
nyaring. Yang buat hati makin panas, tuan telefon pintar tu baik punya
berdengkur tak sedar apa.
"Maaflah,
San. Aku tak dengaq. Bukan sengaja", Fitri tersengih sambil menggaru-garu
janggutnya. Miang miang pula rasa badan dia, mesti sebab semalam balik dari
kerja dia terus tidur, malas nak mandi.
"Sudahlah
hang. Lain kali baik hang tak payah kunci jam tu. Hang sah-sah tak dengaq, aku
pun tak terganggu tidoq, hati pun tak hangat", tempelak Hasan sebelum
menarik selimut menutup mukanya, malas mahu meneruskan perbualan dengan Fitri.
Fitri bangun mencapai tuala. Langkahnya ke bilik air terhenti ketika lalu di hadapan cermin panjang yang terlekat di dinding ruang tamu. Matanya memandang segenap inci tubuh yang terpapar di muka cermin itu. Gemuk. Penuh lemak, dari leher, sampailah ke buku lali.
Fitri melepaskan satu keluhan panjang. Tapi tersenyum simpul sejurus selepas teringat peristiwa dengan Encik Faiz, bos barunya semalam.
"Ini Encik Fitri ye semua, mulai hari ini, dia adalah ketua di jabatan ini. Harap semua boleh beri kerjasama. Tengok, siapa kata orang gemuk macam kami tak boleh berjaya, hahaha!", kata Encik Faiz sambil menepuk perutnya sendiri. Hampir tiada beza saiz badan mereka berdua, cuma Encik Faiz tinggi sedikit berbanding Fitri.
"Tapi,
Encik Fitri lagi cute dari Encik Faiz"
Fitri
mencari mana datangnya suara halus yang berjaya menarik perhatiannya dengan
mengatakan dia.. cute? Ini amat rare!
Di hujung kiri sana, ada seorang perempuan berhidung mancung tersenyum manis memandang Fitri. Rasa bagai nak terkeluar jantung Fitri melihat senyuman perempuan itu.
"Aduh manisnya. Jarang ada perempuan tersenyum begitu kat aku", hati kecil Fitri
mula berbunga.
"Ah Syikin, bodek la tu", Encik Faiz mencebik sebelum berlalu meninggalkan mereka yang turut mula bersurai ke work station masing-masing. Fitri tersengih sendirian mengenang hal semalam.
"Syikin..
dia kata aku comel lah. Dia suka aku ka?"
++++++
5.30 AM | Ad
Ehek
ehek ehek...uwaaaakkkk..
"Bi.. Alif menangis tu, nak susu la tu,
tadi turn I, sekarang turn you Bi..bangun please sayang..", Nita
menggerakkan bahu Ad sementelah anak mereka yang baru berusia 8 lapan bulan itu
menangis lagi.
Itulah rutin harian mereka suami isteri
semenjak bergelar ibubapa. Bergilir-gilir bangun apabila Alif terjaga dan
memerlukan perhatian.
"Ala Nita, I penat la. Lecehlah sejak ada
Alif ni. I selalu tak cukup tidur, nanti kat office, I selalu terlelap masa bos
briefing kat depan", Ad membebel sendirian. Memang kali ini dia tekad tak
nak bangun. Cukuplah pukul 12 tengah malam tadi dia dah bangun tolong tukarkan
pampers Alif. Penat. Penat tahu!
"Sampai hati you cakap perkataan leceh tu
Ad!", Nita membaling bantal ke muka Ad. Sakit pula hati dia dengar Ad
cakap begitu.
Ad buat tak tahu. Matanya dipejam rapat.
Pura-pura tidur.
"Ini anak you tau, hadiah dan amanah Allah
pada you, sampai hati you kata dia leceh. Nanti, kalau Allah ambil balik segala
nikmat ni, baru you tau!", Nita mengesat air mata. Alif diangkat, dan
pintu bilik dihempas sebaik sahaja dia dan bayinya itu keluar. Ke bilik sebelah
agaknya.
"Whatever lah.", Ad sambung tidur,
peduli apa dia. Dia memang dah sangat tak larat. Semalam di pejabat agak
hectic. Penat badan, penat otak. Projek baru yang syarikat dia kena handle agak
besar. Banyak yang perlu diuruskan.
Petang nantilah aku pujuk Nita tu.
++++++
11.56 AM | Lop
"Betul
kau nak join kumpulan aku ni? Aku tengok dah video kau, ok, aku suka. Memang range
suara yang sesuai dengan genre muzik kumpulan aku. Cuma aku harap kau bukanlah
jenis besar kepala atau hangat-hangat taik ayam, Lop. Aku serik jugak lepas
Dicky buat hal tinggalkan band aku macam tu je. Makan sorang!", panjang
lebar Zin Besi bercakap sambil tangannya meletakkan mentega atas kuali leper
empat segi yang dipanaskan sejak setengah jam lepas.
Daging burger dikeluarkan dari kotak gabus
berwarna putih dan diletakkan di atas mentega yang mencair tadi. Aroma yang
terbit apabila daging burger itu mula garing memang membuatkan Lop telan air
liur sendirian.
Dahlah lapar, sebutir nasi pun dia tak sempat jamah selepas bergegas datang dari Ayer Keroh sebab Zin Besi nak jumpa hari ini jugak. Rezeki jangan ditolak, maut jangan ditempah. Tak begitu?
"Betul bang, saya memang nak jadi penyanyi
pun. Cuma saya tak ada peluang lagi setakat ni", matanya masih lagi
terpaku memandang daging burger yang semakin bersusun atas kuali leper hitam
itu.
"Ada jugak orang makan burger tepi jalan
ni siang-siang ye bang?", soal Lop sambil mengikat rambutnya ke belakang.
Panas pulak rasanya duduk dekat dengan kuali leper ni.
"Ini KL la Lop, sedangkan nasik lemak pun
diorang bedal malam-malam", Zin besi ketawa. Lop ikut tersengih.
"Kau, nama betul kau apa sampai orang
panggil Lop? Kulop ke?", Zin Besi cuba meneka.
Lop ketawa besar.
"Taklah bang, nama saya ikut Ic Ismail
Khamus Bin Mat Din", terang Lop.
Zin besi menolak cermin mata hitamnya ke rambut
seperti memakai cekak. Boleh nampak keningnya berkerut. Pelik mungkin dengan
jawapan Lop tadi.
"Dah, kenapa Lop jadinya?"
"Gelaran kawan-kawan bagi masa sekolah
bang"
"Puncanya?"
"Lop, dari perkataan Lopez"
"Sebab kau suka makan kuih lopes?"
"Bukan lopes bang, Lopez. Macam Jennifer
Lopez"
"Sebab kau minat Jennifer Lopez?"
"Bukan, sebab masa minggu first saya masuk
asrama, senior paksa saya joget macam Jennifer Lopez lagu I Luh Ya Papi"
Berdekah-dekah Zin Besi menghamburkan gelak
sampai terduduk atas kerusi.
"Kau joget ke?"
"Terpaksa la bang, dari kena minum air
rendam spender. Hari tu baru saya tau, saya pandai menari ala J'Lo"
Mengekek Zin Besi.
++++++
7.30 AM | Ija
Ija
tersenyum-senyum seorang diri sambil berjalan menuju ke lobi bangunan tinggi
yang indah tersergam itu. Fail merah hati yang memuatkan segala sijil dan
transkrip akademik dikepit kemas ke dada. Berbunga benar hatinya bila mendapat
tawaran untuk hadir sesi temuduga di Syarikat Majalah Perempuan Kita, impian
Ija dari zaman sekolah menengah, untuk menjadi salah seorang ahli sidang
redaksi di Majalah tersohor tanahair itu.
Kelihatan
ada beberapa orang yang turut sama seperti dia, membawa fail. Ini mesti pesaing
aku dalam temuduga sekejap lagi, fikir Ija di dalam hati.
Ramai
manusia yang berjalan laju menuju ke lif, segak bergaya kesemuanya. Ada yang
bawa briefcase, ada yang membawa gulungan kertas putih yang besar, ada yang
bersolek setebal pelakon opera. Macam-macam jenis pekerja yang boleh dilihat
pagi ini di sini.
Ija
sempat mengerling kepada senarai syarikat yang ada beroperasi dalam satu
bangunan setinggi 28 tingkat ini.
Ada
syarikat pengiklanan, firma arkitek, syarikat animasi dan multimedia, majalah,
pelancongan, agensi peragaan dan bermacam lagi.
Patutlah
banyak ragam orang yang rushing nak pergi kerja.
"Selamat
pagi encik, saya Mas Aliza, ada temuduga dengan syarikat Majalah Perempuan
Kita. Tingkat berapa, dan ada pass ke yang saya kena pakai?", Ija bertanya
kepada petugas kaunter pertanyaan di lobi bangunan sebelum dihulur borang untuk
Ija isi sebagai pelawat. Ija perlu memakai pass khas sepanjang proses temuduga
berjalan nanti.
"Tingkat
18 ye cik", beritahu petugas kaunter kepada Ija.
Semoga
impian aku nak jadi kolumnis berjaya!
Brrtt...
terasa telefon bimbitnya bergetar di dalam beg tangan yang disangkut d i bahu
kanan.
Ada
Whatsapp masuk.
Good luck Ayang, abang doakan ayang dapat kerja tu. Boleh open
table! Hehe!
Ija
menguntum senyum membaca pesanan dari kekasihnya, Imran.
Insyaallah!
++++++
1.01 PM
"Kita berempat saja ke yang
tak sempat turun sebelum orang gila tu bakar tangga?", soal Ija, cemas.
"Aku rasa kita berempat je. Yang lain sempat turun rasanya", balas Ad. Mereka berempat saling berpandangan.
Kelakar,
di kala kejadian amuk oleh seorang lelaki tadi, tiga daripada mereka sedang
melepas hajat di tandas, manakala Ad pula sedang tidur di bawah meja sambil
telinganya disumbat earphone, mendengar muzik dengan volume paling tinggi
sampai tak dengar apa-apa yang lain selain lagu itu.
Apabila
penggera kebakaran dibunyikan, semua yang lain sempat melarikan diri menuruni
tangga dan lif, sehinggalah elektrik terputus akibat api yang marak di tingkat
15.
Tidak
cukup amukannya dengan membakar ruang pejabat, lelaki yang mengamuk itu juga
turut menyimbah minyak tanah di kawasan tangga kecemasan dan menyalakan api
hingga menyebabkan api turut marak di bahagian tangga dan menyekat laluan.
Nasib Ad, Ija, Fitri dan Lop tidak baik. Mereka tersangkut tidak boleh turun ke bawah. Ija, Fitri dan Lop bertemu di tangga kecemasan tingkat 17, di mana ketika itu mereka masing-masing tergesa-gesa berlari menuruni tangga, namun terbantut kerana api sangat marak.
Ad?
Mereka temui lelaki itu sedang asyik berdengkur di bawah meja ruang pejabat
tingkat 21. Itu pun ketika mereka bertiga kononnya mahu mencari pemadam api,
namun tidak dijumpai.
"Api ni makin merayap la, jom gerak naik", cadang Lop. Masing-masing muka dah cuak.
"Hangpa
rasa, bomba akan ambil masa berapa lama nak selamatkan kita?", Fitri
bersuara.
"Tak
tau. Entah bomba tau kita ada kat atas ni ke tak pun entah?", jawab Ija.
"Nanti aku bagitau brader burger seberang jalan ni, suruh dia bagitau bomba, yang kita empat orang ada kat atas ni. Pandai-pandai la bomba nak carik jalan selamatkan kita kan?", Lop memandang mereka bertiga silih berganti. Kesemuanya hanya mengangguk perlahan.
"Aku
pun akan update kat group whatsapp office ni. Kau pun. Kau kerja building ni
jugak kan?", Ad menepuk nahu Fitri. Fitri angguk, baru teringat yang pagi
tadi Syikin dah masukkan dia dalam group.
"Korang, aku dah bagitau abang burger tu. Dia Whatsapp gambar ni", Lop menayangkan skrin telefon pintarnya kepada mereka bertiga. Macam tak logik, tapi bangunan ini sedang dijilat api yang sangat marak mulai tingkat 15 ke atas. Kelihatan api terkeluar dari tingkat, asap pun sangat tebal. Boleh tahan kerja orang gila tadi.
"Kita
kena naik! Kalau tak, kalau bukan rentung, kita boleh mati sesak nafas",
Ad mendesak.
"Jom".
Syaz Eym | 2016
++++++
PS: Tidak dibenarkan untuk kongsi tanpa kredit kepada blog ini dan penulisnya. Tidak dibenarkan untuk mencetak atau mengeluarkan mana-mana bahagian dalam isi kandungan cerpen tanpa kebenaran penulis. Berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Semua gambar cover yang digunakan hanyalah hiasan dan imaginasi penulis semata-mata. Semua cerita adalah rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia.
Allah.. Terperangkap dalam bangunan terbakar memang menakutkan.. Apalah agaknya nasib mereka berempat.. Nice permulaan cerita Syaz..
ReplyDeletehihi terima kasih kak sha sudi baca dan komen :)
DeleteTAHNIAH SYAZ CERPEN MENARIK SGT
ReplyDeleteterima kasih kak PI ;)
Deletesuper pendek? tapi smpi 4 bahagian? hehehe
ReplyDelete3 je, yang ke4 tu angan-angan haha
Deletesimpan dulu, next time ade masa free br baca
ReplyDeletetenkiu afeezz :)
Deleteklu dah ada anak tu, masa tidur tu sila la korban kan, mindset siap2 hahaha
ReplyDeletehihi kan, apalah ad :P
DeleteNad Zainal memang terbaik kan?
ReplyDeletelove herrrr
Deleteaduhhh tak sabar nk baca sambungannya... mana ada ayat tak ok sedap je membaca
ReplyDeletecuma sapa muka laki yang pegang mikorop tu?
hihih sendiri baca rasa pelik ayat2 nya hahaha
Deleteoh itu kecik, dulu vokalis Hyper Act sekejap
Sila panjangkan kak.hihi..Lawak ah nama Lop tu. Terhibur membaca :)
ReplyDelete