Cerpen ini adalah sambungan dari INI.
Baca Bahagian 1 dulu untuk history cerpen ini ya 😘
Panas Punggung - Bahagian 2
9.05 AM |
Ija
7,8...
Hmm, ada dekat 10 orang jugak nak interview sama dengan aku pagi ni rasanya.
Ija mula berdebar. Peluh mula merecik di dahi. Kedua tapak tangannya digosokkan kuat-kuat sebelum disembunyikan kembali ke bawah punggungnya.
Sejuk. Mungkin juga sebab dia pakai baju nipis? Tapi hati Ija kuat menyatakan bahawa dia sejuk melampau-lampau ini adalah sebab cuak.
Kalau fikir secara logik akal, peluang nak
dapat kerja posisi kolumnis tu agak tipis.
Gulp.
"Apa yang aku boleh offer pada syarikat
ni?", Ija mula risau.
"Khairaniya Batrisya Dato' Aidil",
panggil gadis yang Ija teka sebagai setiausaha bos kat situ. Ranggi, stilleto
merah dia buat Ija rasa nak pergi shopping kasut sekejap lagi, apatah lagi bila
terpandang kasut di kaki sendiri hanyalah Bata hitam yang dah kusam.
Seraya dengan itu, seorang gadis yang duduk di
penjuru sana bangun.
Rambut panjang paras bahu yang diwarna perang
gelap, kemeja dan seluar korporat rona ungu gelap yang amat elegan. Heels 7
inci, tirus dan hitam berkilat. Boleh nampak rantai emas putih halus di
lehernya. Sophisticated.
Itulah perkataan yang pop up dalam minda Ija
ketika mulutnya terlopong memandang gadis lawa itu mengepit fail sambil
berjalan masuk ke bilik penemuduga.
Wow, mati la nak!
"Mentos?", sapa gadis di sebelah Ija
tiba-tiba. Terkejut. Nasib baik tak melatah.
"Boleh juga, terima kasih", senyuman
bertukar dengan sebiji Mentos. Rasa epal, sedap. Ija tersenyum simpul. Kekok
pulak, macam mana ni? Apa nak diborakkan?
"Oh ya, saya ada air lebih, ambil la", gadis itu hulur sekotak air pula. Rezeki jangan ditolak kan?
"Terima kasih", Ija senyum lagi. Masih tak tau nak borak apa. Melihat Ija begitu, gadis itu pun berpaling ke kanan, dan berbual dengan seorang lagi calon di sebelahnya.
"Ok la tu, pergi borak sana. Selamat
aku", Ija ketawa dalam hati. Mulutnya laju menyedut air milo yang gadis tu
bagi tadi.
"Eh, tapi kenapa macam masam pulak milo
ni?"
++++++
12.30 PM | Lop
"Jadi,
kau setuju?", Zin Besi bertanya lagi sekali pada Lop. Panjang lebar dia
menerangkan syarat-syarat dan tanggungjawab ahli kumpulan, serta sedikit
sebanyak perihal kontrak bila Lop dah official jadi vokalis kumpulan mereka
nanti.
Lop sengih. Semua benda yang
keluar dari mulut Zin Besi masa dia membalik-balikkan daging-daging burger atas
kuali tadi, 80% Lop baru pertama kali dengar hari ni. Susah jugak ya nak masuk
dalam industri seni ni. Ingatkan bila suara kau sedap, muka pun ala-ala boleh
jual ni ha, boleh kawtim macam tu je. Rupanya berselirat maklumat nak kena
hadam.
Dahlah lapar, bau burger ni
punyalah sedap. Zin Besi ni pun kedekut tahap celaka. Sikit pun dia tak pelawa
aku nak ke tidak burger dia tu, Lop mengomel dalam hati sambil menelan paksa air
liur kosong.
"Abang kasi ke, saya fikir
dulu?", Lop takut-takut jugak nak tanya.
"Apasal, kau takut
dah?", Zin Besi senyum sinis sambil tangannya laju memicit botol sos dan
mayonis atas daging burger yang dia dah letak elok atas roti dan sayur bawang
semua.
"Benda baru bang, ingat tak
leceh macam ni, hehe"
"Haha, baru sikit Lop. Belum
bab payment, jadual, dengan lain-lain semua tu", Zin Besi menggeleng
mengenangkan betapa lemahnya semangat si Lop, baru cerita intro dah ketar
lutut.
Lop senyum kelat. Bukan tak boleh
nak cakap deal terus, tapi rasanya tak sedap pulak kalau tak tanya mak dulu.
Mak macam nak aku masuk UiTM. Aku macam malas. Arhh susah jugak ya jadi orang
besar ni.
"Macam ni lah Lop, apa kata
kau fikir dulu sambil-sambil kau tolong aku hantar burger ni kat tingkat 17.
Boleh? Karang aku belanja kau burger, amacam?", Zin Besi angkat kening.
"Cantek bang, mayonis lebih,
bawang lebih", Lop senyum lebar. Akhirnya!
"Burger, burger jugak. Aku
nak keputusan kau hari ni jugak tau", tegas Zin Besi sekali lagi.
++++++
9.10 AM | Fitri
"Fitri
asal Penang ke?", Syikin memula bicara bila kedua-dua mereka diam sahaja
ketika turun lif ke tingkat 3 untuk ke cafe.
Fitri tersengih macam orang tak
betul, kepala yang tak gatal digaru-garu. Fitri masih lagi terasa
terawang-awang, susah dia nak percaya yang dia sekarang sedang menuju ke satu
destinasi bersama dengan seorang gadis lawa baq hang macam si Syikin ni. Tak
kiralah destinasi tu cuma cafe pejabat, tapi sebelum ni jangan kata gadis lawa,
makcik tua pun tak pernah sudi jalan sama-sama macam ni.
Mungkin sebab aku dah mula
berjinak-jinak pakai deodoran, teka Fitri dalam hati. Tu la dulu aku tak rajin
nak pakai.. kah kah kah.
"Fitri?", Syikin senyum
herot. Pelik dengan reaksi Fitri yang tersengih-sengih bernafas laju, tapi tak
dijawab jugak soalan dia tadi.
"Aku tanya dia orang Penang ke je
kot", getus Syikin dalam hati.
"Eh maafkan saya, tadi rasa
macam dah jawab, rupanya jawab dalam hati", Fitri cuba berjenaka. Syikin
senyum sambil menekup mulut.
Aduh mak, cayaq nya ceq mak oii..
indahnya rupanya cinta mak oii..
"Saya orang Kedah, sebelah
Penang. Orang Loq Staq. Syikin orang mana, orang Penang apa? Hidung sama pesen
anak mami ni", Fitri cuba meneka. Manalah tau, rupanya sama-sama orang
utara. Senang nak atur balik raya.
"Kin orang Singapore, tapi
kalau tak silap Kin, moyang Kin dulu datang dari Penang", Syikin
menyeringai. Menyerlahkan lagi kecantikkan wajahnya yang dah buat Fitri tak
lena tidur malam tadi. Jantung, ha jantung ni, bukan main laju dia berdegup.
Macam bunyi gendang masa tarian singa tu rancaknya dum dum cang!
Ting!
Akhirnya sampai ke tingkat 3.
Syikin mendahului ke arah meja kosong yang terletak di tepi kanan sekali cafe
tersebut. Sambil berjalan, Fitri memerhatikan lauk pauk dan aneka makanan yang
ada tersusun di atas para bersebelahan kaunter bayaran.
Syok. Banyak jugak pilihan. Nasi
lemak daging rendang yang Fitri nampak atas meja seorang perempuan Cina tadi
nampak amat menyelerakan. Berdisko terus rasa perut Fitri. Confirm, aku nak
makan sama macam amoi ni, Fitri berkata dalam hati.
"Hai Elliot, lama tak nampak
you. Nampak sedih je?", kedengaran Syikin menegur amoi tadi masa berjalan
nak ambil makanan. Fitri malas nak singgah meja amoi tu, malas nak campur hal
orang perempuan. Kadang-kadang perempuan ni, senggugut sebab datang bulan pun
boleh menangis, kan?
"I kena kahwin next month. I
takut la Syikin, Adrian do not accept this well", gadis Cina yang Syikin
panggil Elliot tadi menekup muka sambil menangis teresak-esak sampai
terhenjut-henjut bahu.
Kacaulah hang ni amoi, tak dapat
aku makan dengan bakal marka aku. Mak oii pedas gila rendang daging ni!
++++++
2.45 PM
"Tak
boleh, kan aku dah bagitau tadi, cermin ni mesti tak boleh pecah", Lop
menggelengkan kepala selepas beberapa kali dia menghayunkan kerusi ke arah
tingkap yang menghadap bangunan sebelah, yang kononnya mereka nak lompat ke
sana.
Ija mundar- mandir berjalan, otak
karatnya perlu berfikir lagi, bagaimana nak pecahkan tingkap itu. Dia tetap
yakin, dia mampu lompat ke bangunan seberang. Yakin!
"Sudahlah, kita tunggu je
bomba buat kerja. Rilekslah. Bomba Malaysia tak bodoh ok?", Ad bersuara
dalam ketakutan. Ayat macam bagus, tapi ketar boleh tahan.
Ija menjeling tajam ke arah Ad. Meluat.
"Yang kau nak jeling aku apa
hal, pompuan?", Ad bersuara jengkel.
"Badan je sado, bapok.
Dahlah bapok, bodoh pulak", Ija berang.
"Arghhh! Hangpa sengap boleh
dak!! Aku tampaq dua-dua sat lagi!", jerit Fitri sambil menghempas
penindih kertas kristal yang ada atas meja tulis ke tingkap kaca yang Lop cuba
pecahkan tadi.
Tergamam Ija, Ad dan Lop
memandang Fitri yang tercungap-cungap naik angin. Tadi beria menangis tekup
muka, tiba-tiba jadi badang pulak mamat ni.
Suasana makin tegang. Panas makin
membahang. Tak pelik Fitri jadi tak tentu arah. Siapa je yang boleh kekal
rasional dalam keadaan macam ni. Siapa?
Syaz Eym | 2016
++++++
PS: Tidak dibenarkan untuk kongsi tanpa kredit kepada blog ini dan penulisnya. Tidak dibenarkan untuk mencetak atau mengeluarkan mana-mana bahagian dalam isi kandungan cerpen tanpa kebenaran penulis. Berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Semua gambar cover yang digunakan hanyalah hiasan dan imaginasi penulis semata-mata. Semua cerita adalah rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia.
omg nervous interview tu lama tak rasa ni hahaha
ReplyDeleteHehe.. taknak rasa dah nervous tu 😂
Deletefirst time baca..best!
ReplyDeleteTerima kaaih sudi baca dan komen 😘
Deletekeep it up!
ReplyDeleteInsyaallah
DeleteAduh.. sedapnya nasi lemak daging rendang...
ReplyDeletePerut sy pun turut berdisko jugak ni .
Hahaha jom carik!
Deletemoment interview dengan xde pengalaman dengan biasa-biasa saje pernah melaluinya. huhu
ReplyDeletecerita Fitri, Ad, Ija, Lop semuanya terkait. Best best best :)