Salam Aidiladha 2021


Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua!💖
Pakai baju yang mana ada je.
Boys bertema kasual je lah sonang.
Masa zaimi baca khutbah je diorang sarung baju melayu sekejap.


Ayu pulak sibuk betul nak pakai baju raya masa raya puasa haritu.

Tudung je la aku gayakan lain sikit hihi.


Mula-mula buat gaya tudung tiga dara pinggitan tu.
Mula-mula ok lagi.


Tapi tak sempat bergambar satu family, dah terkeluar habis rambut depan hahahaha.

Terus tukarkan gaya.
Buat gaya biasa je la.
Ala Vivy Yusof je la 😜



Anak-anak lelaki pulak tiba-tiba nampak dah besar sangat.
Abang-abang sangat haa..

Babyku dah besar 😭😘

Raya Haji kalini dalam PKPD.
Memang tak dapat ke mana-mana.


Mood pun tak berapa ada sebenarnya nak beraya.

Rindu sangat dah kat famili.

Tapi kalau tak masak nanti, rasa bersalah pulak.

Dan tak best lah pulak kan makan beshe beshe masa raya.

Jadi pagi-pagi gigihlah jugak buat nasi tomato, kari ayam dan telur rebus masak merah.

Buat lain sikit, sebab kalau buat ayam masak merah, budak-budak ni tak makan pulak.

Twist sikit la menu tu kan.

Rendang order je dengan lemang.

Sonang.

Yang penting ada rendang.

Aku dari kecik kalau raya, tak boleh kalau tak ada rendang.

Luckily la sekarang ada yang ambil order kan keh keh keh..

Qurban pulak kami ambil pakej yang Qurban Afrika tu je. Kebetulan di Negeri Sembilan tak dibenarkan Qurban katanya tahun ni.


Itu sajalah cerita raya haji kali ni.

Pengorbanan yang paling besar tahun ni adalah tak dapat jumpa dan tatap muka mak abah dah dekat 8 bulan dah..

Allahu..

Korang apa cerita raya haji kali ni?

Share la sikit hehe 😊

Post a Comment

17 Comments

  1. Raya macam tak rayalah tahun ni.
    Tapi juadah raya tetap ada.
    Raya makanlah manpaknya.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak. semoga happy selalu :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha.Kann..dah rindu sangat family lama tak jumpa. Ala kadar je lah raya kita diperantauan ni. Rendang tu wajib ada. Comelnya Ayu! Nampak dah abang abang sangat adam dan amir. Cerita raya hari dah up kat blog dah. Biasa biasa jugak :)

    ReplyDelete
  5. raya berlalu musim pkpd anak2 membesar depan mata

    ReplyDelete
  6. sama la..kali ni memang beraya bertiga je, pegi umah Ibu pun sensorang je...
    salam aidil adha yer

    ReplyDelete
  7. Salam Aidil Adha buat Syaz sekeluarga. Conel-comelnya buah hati bertiga tu!

    ReplyDelete
  8. Salam Aidiladha... juadah raya wajib ada :)

    ReplyDelete
  9. Salam aidiladha utk kak syaz sekeluarga…

    ReplyDelete
  10. selamat hariraya maaf zahir batin ye

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin juga dr wak yg jauh dimata.. ;p

    ReplyDelete
  12. slmt hari raya kak syaz.
    sama la, dah 7 bulan x balik kg ni..

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya kak syaz! Hehe comelnya ayu! Abang-abang pulak dah nampak macam abang-abang...

    ReplyDelete
  14. sabar ye syaz! Inshaa Allah satu hari nnti kita semua dapat pulang ke kampung melepaskan rindu memasing :)

    yang penting ayu comey..juadah sedap heheee..Salam Aidiladha syaz!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.