Mood pun tak berapa ada sebenarnya nak beraya.
Rindu sangat dah kat famili.
Tapi kalau tak masak nanti, rasa bersalah pulak.
Dan tak best lah pulak kan makan beshe beshe masa raya.
Jadi pagi-pagi gigihlah jugak buat nasi tomato, kari ayam dan telur rebus masak merah.
Buat lain sikit, sebab kalau buat ayam masak merah, budak-budak ni tak makan pulak.
Twist sikit la menu tu kan.
Rendang order je dengan lemang.
Sonang.
Yang penting ada rendang.
Aku dari kecik kalau raya, tak boleh kalau tak ada rendang.
Luckily la sekarang ada yang ambil order kan keh keh keh..
Qurban pulak kami ambil pakej yang Qurban Afrika tu je. Kebetulan di Negeri Sembilan tak dibenarkan Qurban katanya tahun ni.
Itu sajalah cerita raya haji kali ni.
Pengorbanan yang paling besar tahun ni adalah tak dapat jumpa dan tatap muka mak abah dah dekat 8 bulan dah..
Allahu..
Korang apa cerita raya haji kali ni?
Share la sikit hehe 😊
17 Comments
Raya macam tak rayalah tahun ni.
ReplyDeleteTapi juadah raya tetap ada.
Raya makanlah manpaknya.
selamat hari raya kak. semoga happy selalu :)
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha.Kann..dah rindu sangat family lama tak jumpa. Ala kadar je lah raya kita diperantauan ni. Rendang tu wajib ada. Comelnya Ayu! Nampak dah abang abang sangat adam dan amir. Cerita raya hari dah up kat blog dah. Biasa biasa jugak :)
ReplyDeleteraya berlalu musim pkpd anak2 membesar depan mata
ReplyDeletesama la..kali ni memang beraya bertiga je, pegi umah Ibu pun sensorang je...
ReplyDeletesalam aidil adha yer
Salam aidiladha
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat Syaz sekeluarga. Conel-comelnya buah hati bertiga tu!
ReplyDeleteSalam Aidiladha... juadah raya wajib ada :)
ReplyDeleteSalam aidiladha utk kak syaz sekeluarga…
ReplyDeletesalam aidiladha!
ReplyDeleteselamat hariraya maaf zahir batin ye
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin juga dr wak yg jauh dimata.. ;p
ReplyDeleteselamat hari raya kak syaz :)
ReplyDeleteslmt hari raya kak syaz.
ReplyDeletesama la, dah 7 bulan x balik kg ni..
Selamat hari raya kak syaz! Hehe comelnya ayu! Abang-abang pulak dah nampak macam abang-abang...
ReplyDeletesabar ye syaz! Inshaa Allah satu hari nnti kita semua dapat pulang ke kampung melepaskan rindu memasing :)
ReplyDeleteyang penting ayu comey..juadah sedap heheee..Salam Aidiladha syaz!
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.