Thursday, December 23, 2021

Reunion Dengan Adik di Semenyih Eco Majestic | Throwback Thursday

Cerita sebulan lepas ni. Masa ni SR ke rumah adik lelaki SR di Eco Majestic, Semenyih. Dia sekeluarga menyewa dekat sana sementara nak masuk rumah dia yang bakal siap nanti. Ini juga adalah kali pertama SR masuk ke kawasan Eco Majestic walaupun dulu mak dan abah SR memang duduk di Semenyih. Dan, ini juga adalah kali pertama SR jumpa adik lelaki SR ni tahun 2021 ni, selepas setahun tiga bulan kami tak dapat jumpa. 

Lama kan? Dah macam gaya duduk oversea pulak kan. Padahal duduk negeri yang sebelah-sebelah aje. Semua Covid-19 punya pasal.


Hari kejadian ni, dalam pukul 12.30 macam tu, kami bertolak ke sana. Kagum betul SR tengok sistem sekuriti berpagar dia tau. Sebab memang betul-betul menjaga siapa yang keluar masuk ke kawasan rumah ni. Memang tak senang-senanglah nak masuk. Kalau order Food Panda ke kan, nanti rider kena maklumkan nombor rumah yang beli. Lepas tu, security guard akan call land line setiap rumah untuk pastikan betul ke ada tuan rumah tu order.


Kami yang nak masuk pun, adik SR kena buatkan QR code dan send pada SR. Dan masa SR sampai dekat pagar utama, kena tunjuk QR code tu untuk security guard scan. Dia juga akan minta lesen untuk pengenalpastian tetamu ke situ.

Jadi, selesai urusan dengan security guard, sampailah kami ke rumah adik lelaki SR ni. Tujuan ke sini, selain untuk datang makan Oden, SR dan zaimi nak melawat makcik SR, Alang. Dia baru lepas pembedahan, jadi dia tumpang berehat dekat rumah adik lelaki SR ni. 

Budak-budak memang seronoklah, jumpa sepupu diorang yang dah lama tak jumpa ni, si Inas.
 

Inas ni lahir tahun yang sama dengan ayu, tapi dia awal sikit. Kiranya kalau sekolah, samalah tahunnya nanti ayu dan inas ni. Inas lagilah terpaling happy, sebab ada orang boleh ajak main. Adik SR pun rajin melayan. Siap set up kolam pulak haa.. Memang tak akan say no lah anak-anak SR tu ha!

 



Nasib baik anak-anak SR, kalau ke mana-mana, SR memang akan bawakan baju spare. Jadi bolehlah membasahkan baju masing-masing. Bukan setakat basahlah, kuyup siap!


Tak cukup dengan air, siap dipasangkan pulak mesin keluar buih sabun.
Ada-ada aje akal adik SR tu ha..


Aah, namanya Ifwat.  Macam yang tertulis belakang baju yang dia pakai tu.Tapi kami sekeluarga panggil dia Boi. Anak-anak SR pula panggil dia Uncle. Gigih pulak SR tulis 'adik lelaki' banyak-banyak kali kan? hahaha!

  

Dah siap mandi kolam, Uncle diorang suruh makan aiskrim pulak dulu. Lepas siap makan aiskrim, mandi, tukar baju, makan KFC dengan Air BubbleBee pulak. Bukan main semua ya! Mentang-mentang Uncle belanja macam-macam! Adam dengan amir, siap tak nak balik lagi masa ni. Sabau je lah.



Dua cucu emak dan abah yang berambut panjang.


Sebelum balik, sempatlah SR bergambar dengan Boi. Muka masing-masing dah stone sebab kekenyangan. SR makan Oden sampai 3 mangkuk dengan tanpa rasa bersalah. Hahahah! Pedas ke apa ke, tolak tepi, sebab sedap. Belum makan yang lain-lain lagi, ada kek la roti lah, bihun lah.

Semoga murah rezeki adik lelaki SR satu-satunya ni bersama isteri dan anak dia. Terima kasih juga untuk makcik SR tu. Dia pun join sama belanja macam-macam hari tu.

Seronok bila dapat berjumpa dan berborak macam-macam ni 💓

+++

9 comments:

  1. bahagia dapat bertemu saudara mara terdekat kan

    ReplyDelete
  2. Adik SR macam adik saya. Kalau dengan anak-anak saudara memang spoil habis-habisan

    ReplyDelete
  3. mama faham perasaan dpt jumpa tu mmg la sgt2 tak digambarkan .. seronok tgk semuanya happy

    ReplyDelete
  4. Sesekali berkumpul memang seronok kan...buat makan- makan ke...bbq ke...

    ReplyDelete
  5. Ada pool, lagilah anak2 sukakan...

    ReplyDelete
  6. Rasa macam nak join sekali la dalam pool tu🤣

    ReplyDelete
  7. bila dgn adik beradik, families ni, memang happening.
    seronok nyer lain mcm.
    tu yg jadik makan bertambah2. dari pagi ke mlm, makan aje la.
    borak aje la. anak2 triple happy la :)

    ReplyDelete
  8. Bila dah berjumpa, rasa berat hati nak melangkah balik. budak budak pun seronok dah ramai ramai. Uncle pulak melayan karenah semua. Bagus Eco ni, bukan senang senang dapat masuk.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot