36 Sudah

 Salam Jumaat semua!
Semoga semua sihat-sihat sahaja hendaknya walau di mana pembaca blog ini berada. Hari ni baru sempat nak up cerita tentang birthday SR yang ke 36 awal Januari hari tu. Ye, birthday SR sangatlah awal tahun uolls!

Syukur masih diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk merasai umur yang baru. Makin besar umur SR ni. Nyatanya, semakin besar umur, semakin sikit baki yang tinggal. Namun semua itu rahsia Allah kan. Selagi ada hayat, SR memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, SR masih boleh bersama suami dan anak-anak SR lagi. Harapan SR untuk umur baru ni, SR semakin matang dan semakin baik. Moga kesihatan SR pun kekal mantap, begitu juga dengan orang-orang di sekeliling SR. AMiin!

Masa ni, memang sambut kecil-kecil je dengan anak-anak. Ingat nak repeat beli kek untuk birthday zaimi hujung 2021 hari tu, tapi zaimi kata tak payahlah. Sebab beberapa hari lepas tu, dah birthday SR pulak kan. Dah tua-tua ni, kurang-kurangkan lah makan manis haa!


Inilah rupa kek SR, zaimi belikan kek coklat dari Secret Recipe. Manis leting! Selain kek Secret Recipe ni, dia belikan juga sate untuk kami makan. SR memang cuti memasaklah kiranya hari tu. Hihi!



Susun kek atas meja, pakat duduk ambil gambar untuk merakam kenangan. Anak-anak macam biasalah, memang teruja kalau ada kek. Tambah ada sate pulak. Memang semua tak sabar-sabar tunggu nak ngap! 




Itu sajalah rasanya cerita tentang birthday SR untuk 2022 ni. Bye gais!

Post a Comment

17 Comments

  1. happy birthday syaz, sama la kita baby awal tahun. semoga panjang umo dan murah rezeki

    ReplyDelete
  2. HB SR, moga sentiasa dalam peliharaan Nya....

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Jadi Syaz. May you be blessed with many more happy years.

    ReplyDelete
  4. happy birthday Syaz..moga sentiasa dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday Syaz...semoga yang indah- indah buat Syaz and family tahun ni ye...

    ReplyDelete
  6. sanah helwah. semoga Allah permudahkan selalu segala urusan . aamiin :)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday, SR. Another great year is waiting for you!

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir, Syaz. Semoga masih banyak lagi usia yg akan Allah swt pinjamkan untuk Syaz agar dapat melihat anak2 mengecap kejayaan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiiinnn.

    ReplyDelete
  9. happy birthday syaz...moga dpt hadiah yg best2 kali ni...

    ReplyDelete
  10. Selamat hari lahir. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan.Aaminn...
    ye, betul tu dah tua tua ni kurangkan manis jaga kesihatan. Yang penting lebihkan manis dalam senyuman. Bila tiba hari lahir semua pun seronok dapat makan kek dan makan sedap sedap :)

    ReplyDelete
  11. sanah helwah syaz sht sjhtra murah rezki sukses dunia akhirat amiin

    ReplyDelete
  12. Semoga terus berjaya dalam semua lapangan ya. Selamat ulangtahun kelahiran tau.

    ReplyDelete
  13. Alaaa... baru 36!

    Semoga diberkati!

    ReplyDelete
  14. Happy belated birthday Syaz....Semoga dilimpahkan rezeki dan dibdiberkati Allah..
    Kek SR untuk SR🤭🎂🍰

    ReplyDelete
  15. Happy belated bufday syaz . Semoga dalam lindungan allah taala

    ReplyDelete
  16. Happy Birthday Syaz. Moga sentiasa sihat, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah & sentiasa happy dengan family tersayang. Kita sama, Syaz birthday bulan yang sama. hehe..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.