Pengasuh Anak di Kuala Pilah | Throwback Thursday

Gambar ni tak adalah throwback lama sangat, dalam minggu-minggu terakhir 2021. Masa ni, adalah good bye terakhir secara rasmi dari anak last SR yang SR hantar ke rumah ini. Dari anak sulung SR umur dua tahun setengah, SR dah berulang ke rumah ini untuk hantar dan jemput anak pada hari SR bekerja.

Dari adam, bawak ke amir, sampailah ayu. Semua hantar kat pengasuh yang sama ni, Kak Ima. Alhamdulillah, Kak Ima memang baik. Jaga anak-anak kami semua dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Anak-anak semua sayang pada Kak Ima.


Dulu masa mula-mula bersalinkan adam, kami cari pengasuh anak di Senawang. Tapi tak jumpa yang berkenan dan sesuai. Tanya sana-sini, last ada kawan yang rekomen Kak Ima. Tapi dia tanya kami balik, adakah kami ni, mencari khidmat pengasuh anak di Kuala Pilah? Sebab ye lah, selalu kan orang letak anak dekat dengan rumah. Bukan letak anak dekat dengan tempat kerja.

Tapi lepas bertaaruf dengan Kak Ima, tengok kondisi rumah dia yang bersih dan kemas walau kami datang mengejut, memang terus jatuh cinta lah kiranya.

Walaupun setiap pagi SR dan zaimi akan bawa anak-anak dari Senawang ke Pilah, kami sangat berpuas hati. Memang cabaran dia lain sikit bila bawa anak sekali ke tempat berdekatan tempat kerja ni. Antaranya, selalu kena mandi dengan muntah anak lah haha! Jenuh patah balik ke rumah kalau dah kena muntah.

Tapi mungkin sebab kami berdua, jadi zaimi boleh fokus driving, SR yang pangku anak dan uruskan anak masa dalam kereta.

Dari 2013, sampailah 2019, semua smooth. Tapi sejak Mac 2020, ayu pun pergi tak pergi je rumah Kak Ima ni. Sampailah hari terakhir ni, Kak Ima pun memang bagitahu yang dia pun dah nak pencen mengasuh budak. Nak fokus jaga cucu pulak. Bayangkan, kami hantar anak kat sini, dari anak dia sekolah menengah, sampai dah kahwin pulak anak dia.

Teringat juga masa awal-awal kami hantar adam ke sini dulu, masa tu ada seorang remaja perempuan tegur Kak Ima. Kak Ima kata, budak tu umur dia dah 18 tahun. Masa dia baby, Kak Ima la pengasuh dia. Antara anak asuhan yang awal-awal. Memang dah lama sangat Kak Ima mengasuh anak orang rupanya. Bayangkan pahala yang mengalir buat Kak Ima... Masha Allah 💓 


Suami Kak Ima pun baik. Memang budak-budak ni semua panggil dia Ayah Kim. Kadang-kadang kalau kami ada hal yang tak dapat dielakkan, Ayah Kim lah yang selalu tolong kami. Jemput anak kami dari tadika dan sebagainya. Kak Ima dan Abang Akim juga selalu tolong tengok-tengok anak kami kalau kami kena kerja weekend serentak, waktu kami pergi vaksin serentak,.. Memang banyak sangat jasa mereka berdua dalam membantu kami.

Maklumlah, kami berdua jauh dari saudara mara dekat sini. Syukur sangat-sangat.

Sekarang, kami dah on our own. Anak pun nasib baik dah besar dan boleh jaga diri sendiri kecuali ayu. 
Semoga Kak Ima dan keluarga sihat-sihat selalu, semoga dimurahkan rezeki, semoga diberkati Allah. Hanya Allah yang boleh membalas segala budi baik Kak Ima dan keluarga 💓

Post a Comment

18 Comments

  1. Kita sebaklah baca kisah Kak Ima ni. Dula, mak kita pun mengasuh jugak, anak asuhannya pun ada yg dah kahwin. Bila ada budak kecik dalam rumah, memang jadi perhatian dan keayangan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jumpa pengasuh yang jaga anak anak dengan baik. Dapat yang baik memang tak cari lain dah. Tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahannya. Sedihnya nak berpisah dengan orang yang baik. Semoga silaturahim tu terus kekal.

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak cari pengasuh yang motherly macam ni kan, anak anak pun serasi

    ReplyDelete
  4. mengasuh bkn mudah dan tak semua org boleh kan
    Alhamdulillah bertemu pengasuh baik.

    ReplyDelete
  5. perghhh bkn jauh ke somban-pilah??? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh memang jauh.
      tapi selesa dekat dgn tempat kerja, Ret.

      mcm aida jugak. anak2 sekolah dekat dgn ofis.
      senang anta amik.

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat pengasuh yang sangat baik dan jaga seperti darah daging sendiri. Bukan senangkan nak asuh anak orang ni.

    ReplyDelete
  7. dpt pengasuh yg baik...anak pun happy

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH REZKI SYAZ MENDAPAT KHIDMAT PENGASUH YG BAIK UTK ANAK2

    ReplyDelete
  9. Baca entr ini rasa sayu pula hati Kak Amie terkenang kebaikan pengasuh anak-anak Kak Amie. Anak-anak pun panggil mama dan abah. Tak dapat nak balas budi baik mereka. Marilah kita sama-sama sentiasa doakan yang baik-baik buat bekas pengasuh anak-anak kita ye Syaz.

    ReplyDelete
  10. bekas pengasuh anak-anak ammi pun Ya Allah baiknya. Sejenis yang kalau akak tu goreng mee..tp si B tak makan mee dia akan goreng mihun utk B.

    Anak-anak ammi kengkadang tu bila ammi guna kuasa veto paksa makan..dorang siap cakap.."kalau ibu, ibu buatkan ini..ibu buatkan itu"..ishhhh

    semoga dipermudahkan urusan SR dan suami dan menjaga anak2 tanpa pengasuh

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..susah nak cari org yg anak2 kita mcm jaga anak sendiri kan. bila dpt yg baik tu..syukur alhamdulillah sgt. Ayu pun masih baik dgn akak yg jaga Ian & Iris masa kecik dulu. dah mcm kakak dah. baik sgt. Ian & Iris dlu sampai nangis2 x nak balik la.. but now dah besar..masing2 malu....

    ReplyDelete
  12. Macam tu la perasaan sedihnya kalau anak- anak terpaksa berpisah dengan pengasuh kan...sebab masa anak- anak lebih dengan diorang so tak mustahil rasa sayang tu dah lebih...apapun...semoga dipermudahkan urusan Kak Ima

    ReplyDelete
  13. Salah satu rezeki juga tu dapat pengasuh yg baik , yg betul2 suka kan kanak2

    ReplyDelete
  14. lovely nyer citer ni.
    dgn pengasuh, anak2 kita da umpama mak angkat, kan.
    sayang, diasuh mcm anak dia sendiri.

    aida dan bbsitter anak2 masih rapat.
    mcm kakak. kebetulan asal usul memang sekampung, SR.
    masih lagi berhubung.
    anak2 aida panggil dia mama hingga hari ni.

    ReplyDelete
  15. Salam, boleh tau pengasuh ni masih ambil anak asuhan? Saya tengah mencari pengasuh di kuala pilah. Boleh ke share contact nombor kak ima? Terima kasih

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.