Booked Family ATV Pantai Batu Hitam, Kuantan

Kisah hujung 2021 hari tu, masa SR balik Kuantan. Sempatlah kami melawat tapak niaga adik dan adik ipar SR di Pantai Batu Hitam tu. Diorang ada buat bisnes sewa ATV untuk main dekat tepian Pantai Batu Hitam tu.

Rate sewa ATV yang adik dan adik ipar SR kenakan pada pelanggan memang standard macam yang lain-lain juga:

30 minit - RM45
1 jam - RM85

Jika terlebih masa, akan ditambah caj sebanyak 30 minit punya caj.

Weekend memang ramai yang akan menyewa ATV ni tau. Sebab, ATV ni kena bawa sendiri. Bukan ada orang bawakan. Jadi memang lagi gembiralah kan! Naik ATV tanpa orang asing kan.

Kalau takut ramai, dan rasa nak booked dulu ke, boleh hubungi:

Family ATV Pantai Batu Hitam
014-3893242
012-9524510


Anak-anak memang suka sangat naik ATV ni, pusing-pusing tepi pantai. Lokasi ATV adik SR ni, betul-betul belakang balai raya. Dekat sini, orang tak ramai sangat macam yang betul-betul di dataran parking Pantai Batu Hitam tu. Dekat situ pun ada ATV juga, tapi banyakkkk sangat sampai bersimpang-siur. Kalau tak hati-hati, bimbang terlanggar pengunjung lain.

Sebab tu adik SR pilih lokasi yang jauh sedikit dari ramai-ramai tu. Lebih lenang dan nak bawak ATV pun lebih lapang, tak berselisih dengan ATV lain!

SR pun ada naik hari tu, zaimi bawak. SR memang tak pandai sangat. Takut lepas ke laut pulak hahaha! Berikut adalah gambar-gambar ketika kami main ATV dekat sana. 




Anak-anak SR, tokey yang bawakkan sendiri. Haha! Rajin adik ipar SR ni melayan anak buahnya.


Memang tak ramai sangat orang dekat sini. Selesa nak naik ATV.



Adik SR yang pakai tudung grey.














Pada yang berkesempatan berkunjung ke Pantai Batu Hitam, Kuantan, bolehlah try ATV ride dekat situ ya! Seronok!

+++

Trivia:
An all-terrain vehicle, also known as a light utility vehicle, a quad bike, or simply a quad, as defined by the American National Standards Institute; is a vehicle that travels on low-pressure tires, with a seat that is straddled by the operator, along with handlebars for steering control.

Post a Comment

19 Comments

  1. best nya, anak2 mesti suka naik jalan2 ^_^

    ReplyDelete
  2. wah boleh angkut satu famili naik ATV ya sonoknya ronda2 pantai

    ReplyDelete
  3. Hari tu singgah Pantai Batu Hitam ni, nampaklah tempat nak sewa ATV ni. Tak tahu adik SR punya atau bukan, dorang duduk bawah khemah kecik.

    ReplyDelete
  4. nice! seronok bukan main anak2 hehe. bagus juga leh ronda mcm ni. ambil angin dan cipta kenangan baru

    ReplyDelete
  5. Seronok dan puas hati ni sebab boleh pusing-pusing dan ambil angin petang tepi pantai.

    ReplyDelete
  6. Naik atv ni , pasir2 terpercik tak kat belakang kita?

    ReplyDelete
  7. Menarik.

    Cici tak pernah naik ATV. Teringin, tapi takut hahaha

    ReplyDelete
  8. seronok budak-budak naik atv. pusing-pusing sepanjang pantai BH. saya pun belum pun pernah cuba walaupun sepanjang pantai di tempat saya banyak tempat sewa. Pantai BH ni sebenarnya dekat la sangat dengan tempat saya..

    ReplyDelete
  9. Seronoklah family ada bisnes ATV. Boleh ber ATV puas puas. Saya pun jenis kurang berani nak bawak. Kalau jadi pembonceng saya okay :)

    Mungkin boleh juga cuba ATV tepi pantai ni sebab dia tak selasak macam off road lain kan.

    ReplyDelete
  10. Cantik pantainya
    Memang sesuai untuk berATV

    ReplyDelete
  11. naik atv sambil layan angin pantai, bestnya

    ReplyDelete
  12. Samalah kita.. Naik ok. Nk bawak takut. Haha. Tapi tak pernah naik di pantai

    ReplyDelete
  13. Permah bawak atv.. rasanya macam takut takut tapi best.. Hahhahaa

    ReplyDelete
  14. Nicee adik and adik ipar akak ada business ni... ramai jugak yang suka main ATV ni.. Kan

    ReplyDelete
  15. amboi kemain happy ayu naik ATV tu ye. Tak pernah try lagi naik ATV ni, not bad la harga dia untuk tempoh masa sekian sekian

    ReplyDelete
  16. Sha tak pernah naik.. Ada rezeki ke sini bolehlah cuba.. tak ramai orang memang syoklah nak main..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.