Borong Pelitup Muka: Kemestian Masa Kini

Sekarang, memang kena masukkan pembelian pelitup muka dalam belanjawan keluarga. Manakan tidak, jika hari bekerja dan bersekolah, sekurang-kurangnya 5 keping pelitup muka kami sekeluarga akan pakai. Itu sekurang-kurangnya. Kalau kata putus, atau ikut peraturan sebenar yang lepas pakai sekali, buang dan pakai yang baru? 

T_T

Jadi kalau ikut perkiraan kasar, memang setiap hari dalam 10 keping jugalah pelitup muka yang kami anak-beranak akan pakai dan buang. Bak kata kawan SR, kan bagus kalau pembelian pelitup muka dapat pelepasan cukai. Kan? Sebab memang banyak betul beli pelitup muka sekarang. Haha..

SR selalu beli banyak terus. Borong terus dari shopee. 


Bila dah ada banyak-banyak, kena fikir tempat nak simpan pula dekat rumah ni. Jadi zaimi kata, letaklah dalam kotak, dan kotak tu letak dalam stor. Kalau yang paket dalam kereta dah habis, baru ambil dari dalam stor. 

Ya, kami memang letak juga paket-paket tu dalam laci kereta. Senang. Tak payahlah korek stor hari-hari. Jadi bila ada masa nak pergi ambil dari stor, kadang satu masalah pula, nak tahu bungkusan tu mask jenis mana satu.

Dewasa atau kanak-kanak tu, senang sikit. Tapi nak bezakan jenis headloop atau earloop tu, dah kena bukak pula satu persatu.

Adoi, bukan sahaja memerlukan peruntukan kewangan yang lebih, kehadiran pelitup muka di zaman sekarang ni turut memerlukan kita fikir benda-benda remeh macam ni kan. Haha!

SR dengan ayu akan pakai yang jenis headloop. Ayu pakai masa dia bertudung ke tadika. Kalau tak, waktu dia free hair, waktu jalan-jalan, dia akan pakai earloop macam abang-abang dia. Jadi SR labellah setiap paket tu sebelum masuk dalam kotak untuk disimpan di stor. Supaya tak leceh nak check satu persatu setiap kali nak ambil dari stor. 


Sekotak ni tahanlah dalam dua bulan kalau anak-anak bersekolah sepenuhnya. Hari tu waktu jadi close contact, tak ke mana, tak adalah laju sangat jalannya pelitup muka ni. Tapi baiklah laju dia habis, dari kena kuarantin dekat rumah sebab jadi close contact. Huhu..

+++

Dah beli pelitup muka?

Post a Comment

11 Comments

  1. Betullah, Syaz, memang laju jer pelitup muka ni habis, nak2 sekarang ni, hari2 keluar. Masa pkp dulu, tak luak2 pelitup muka tu. SK suka yang ear loop, sebab guna extender lagi mudah la bagi SK. Tapi budak2 bertudung, lagi senang kot kan guna headloop.

    ReplyDelete
  2. Benda wajib ada dan paling suka KF94 TU...Kadang borong kat kedai RM2...beli banyak- banyak....

    ReplyDelete
  3. betul sgt... selalu gak beli wat stok byk2..senang

    ReplyDelete
  4. Kan..dah jadi macam benda wajib beli tiap kali order barang. Pastu nak label lagi..siap punya, earloop ke headloop ke.

    ReplyDelete
  5. betul tu.. terpaksa borong.. hehe

    ReplyDelete
  6. Wah byk btul stok dia hehee.. Satu lg stok rt kit pun rs wajib ada gak tu.. Yg ni cpt btul abis stok kt kedai

    ReplyDelete
  7. Kena ada ruangan nak simpan face mask dan self test kit. Beginilah gaya hidup zaman covid…

    ReplyDelete
  8. kehidupan new normal..suka mask yg kaler lembut..

    ReplyDelete
  9. Benda wajib ada sekarang. Berkotak kotak dan berjenis jenis. Yang lama lama pun belum habis lagi. Sebab rajin dok tambah yang fesyen baru lebih selesa. Senang juga melabel macam ni. Senang terus ambil tanpa check satu satu.

    ReplyDelete
  10. Rumah ada anak-anak macam gitu lah kan. Tka boleh beli one size fits all. Macam ayah saya pulak tak suka headloop,so untuk dia belikan earloop

    ReplyDelete
  11. facemash dah jadi kemestian. macam2 jenis ada tu utk satu family

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.