Enam Dari Lapan Sepupu | Throwback Thursday

Gambar hujung tahun lepas ni. Masa birthday zaimi tu. Waktu ni, adik zaimi yang nombor tiga pun ada balik ke kampung juga. Maka dapatlah berjumpa mereka berenam sepupu ni.

Diorang enam orang ni, langsung tak ada yang lahir pada tahun yang sama!


Mula dari adam di kiri;
2013, 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

Haha!


Sebenarnya, cucu mertua dah ada lapan orang. Tapi yang lagi dua orang tu, tak balik sekali sama-sama waktu ni. Seorang sebaya amir 2015, dan seorang lagi sebaya ayu 2018.


Bila dah balik sama-sama, mestilah riuh rumah tokma dan tok ayoh. Memang main lah!
Tapi masa ni, sepupu yang tiga orang tu hanya ada dan dapat main sama-sama satu malam aje. Sebab diorang dah balik lama, jadi masa SR sampai, diorang dah tinggal satu hari je nak balik rumah.




Cucu sulung dan cucu bongsu (for now).


Budak-budak ni pun asyik tanya bila nak dapat main dengan sepupu tu lagi. ENtahlah anak-anak, ada rezeki kita akan jumpa lagi. Musim-musim macam ni, nak jumpa tu susah nak ramal kan, bila, boleh ke? Dan sebagainya. Banyak faktor nak kena ambil kira.

Semoga sihat-sihat belaka anak-anak sedara semua :)

Post a Comment

11 Comments

  1. Kita merasa benda ni doploh tahun lepas. Memasing berjimba bila berjumpa.

    ReplyDelete
  2. masa kecik la seronok nak main sesama. Nanti dah bujang dara. masing² buat hal sendiri

    ReplyDelete
  3. Besar2 camni seronok berkumpul riuhrendahh, teringatt zaman ank2 ciknur kecik2 dgn sepupu2. Bila blk kg. skrg Besqr2 belaka jarang jumpa pun sepupu sepapat masing2 jauh, bila tgk gambar blk rinduuu rasa.nak lg opah tokki dah xda payah nk dpt kumpul cam dulu2 lg

    ReplyDelete
  4. meeriah laaa rumah kat kg bila budak2 balik ye.. seronok la atuk ngan nenek diornag :D

    ReplyDelete
  5. Seronok mereka bila dapat berjumpa sepupu sepapat.
    Simpan gambar 6 sebaris tu
    10 r 20 tahun akan datang, buat posing yang sama.

    ReplyDelete
  6. SERONOKNYA AN AK2 SYAZ BERTEMU SEPUPU MRK MERIUHKAN RUMAH MAKTOK N TOKAYOH MRK

    ReplyDelete
  7. Comelnya gambar 6 orang sebaris tu. Macam tangga. Meriah rumah atuk nenek.

    ReplyDelete
  8. Ada juga peluang mereka berjumpa. Seronok bila dah jumpa, mainlah apa lagi. Memang riuh rumah dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. Meriah bila berkumpul ramai-ramai.. Macam tangga susunannya..

    ReplyDelete
  10. alololo...comel- comel semuanya....nanti dah besar suruh diorang amik gambar macam dalam gambar pertama tu.....mesti seronok...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.