Marshmallow Tsum Tsum

Assalamualaikum!
Apa khabar semua?

Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya.
Semoga minggu ini lebih baik dari minggu lepas.

Scroll draft di blog ni, rupanya ada banyak yang SR belum update dan publish. Selain tak ada masa, SR juga memang tak berapa larat nak hadap blog beberapa minggu kebelakangan ni... Mungkin faktor usia. Huhuk...

Okey berbalik pada tajuk dan gambar, ada suatu hari ni, SR singgah di Gedung Minang dekat Gentam, Kuala Pilah. Singgah waktu tengahari, nak beli barang sikit. Masa nak bayar, SR pun ternampaklah marshmallow yang comel-comel.


Ada macam-macam watak kartun untuk bentuk marshmallow tu. Terus teringat dekat anak dara yang sorang tu kan. Terus SR capai satu, yang bentuk Winnie the Pooh. 


Marshmallow tu keluaran Tsum Tsum kalau tak silap. SR lupa pula nak belek dan hafal. Sebab lagi teruja tengok ayu yang sangat excited masa SR hulurkan dekat dia, masa SR ambil dia balik dari tadika pada waktu petangnya.

Sejak hari tu, hampir tiap-tiap hari ayu akan tanya pada SR, "Mak tak ada singgah kedai ke? Ada belikan ayu pipop (lollypop) tak?"

Kalau benda manis tu memanglah suka sangat kan, tak padan pernah pergi tampal gigi dekat klinik!

Post a Comment

6 Comments

  1. ala tomeinya...mak mak memang mcm tu kan, bila kuar tu mesti beli apa2 utk anak...

    ReplyDelete
  2. Sayang la pulak nak makan! Comel sangat!

    ReplyDelete
  3. Nampak comel mashmellow berbentuk kartun tu .

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Comelnya marshmallow dia..

    ReplyDelete
  5. Comelnya marshmallow winnie the pooh. Comel pelat pelat ayu. hehehe...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.