Bulan puasa lepas, ayu ada bawa balik hasil kerja dia buat dekat tadika. Artwork yang kena tampal kacang atas tulisan 'Allah' dalam jawi. Macam biasalah, baru-baru sampai rumah, sibuk masing-masing. SR nak uruskan on mesin kainlah, itulah inilah... Jadi SR suruh ayu letak dulu atas meja komputer sebelum SR tampalkan di dinding.
Lepas maghrib, tiba-tiba SR dengar ayu menjerit. Masa tu dia tengah cakap telefon dengan nenek dia. Asalnya dia cerita tentang kerja sekolah dia tu lah.
"Mak! Mak!" Terjerit-jerit dia, bunyi dah macam menangis.
SR pun berlarilah pergi dekat dia. Taulah yang dia tengah duduk dekat kerusi di mejua komputer SR masa tu.
"Kenapa? Kenapa?" Cuak juga SR!
"Kerja sekolah ayu ada banyak semut!" Ayu dah meraung-raung.
Rupanya, semut dah serang. habis dia hurung kacang-kacang tu. Tak sangka pula semut berminat juga nak hurung kacang tanah. Terus SR sembur dengan Shieldtok. Serba-salah juga dengan semut-semut, tapi tindakan reflex terus rasa nak spray. Huu...
Lepas tu terus tampal dekat bilik ayu, seperti permintaan dia. 😊
+++
Pergi raya mana hari ni? SR pergi Giant aje dengan zaimi. Tapi hujan aje sepanjang hari. Lemau teroxx SR. Hahaha
12 Comments
Alamak, harap jangan ada pulak yg termakan kacang tu, hihihi.
ReplyDeleteAlah, comei pulk artwork kena serang dgn semut, hihi
ReplyDeletesemut2 tu lapar tu SR..hehe
ReplyDeletekacang sedap tu ayu sebab tu semut suka ;-)
ReplyDeleteDapat 5 bintang tu, well done Ayu!
ReplyDeletemusim hujan semut pun lapar
ReplyDeleteaduh semut ni punnn hahahha..
ReplyDeleteKalau pakai kacang goreng lagi ramai semut hurung
ReplyDeletesemut semua benda dia nak hurung. ulat sampah pun dia hurung hihu
ReplyDeleteSemut apa aje nak hurung kan...cuak kejap ye
ReplyDeletekacang pun manis ker? confius jab
ReplyDeleteskrg ni tengah musim panas lagi banyak askar2 semut berbaris buat kerja. nak siram dengan air kesian, nak spray kesian, cuba gak baca doa nabi sulaiman tu tapi sebab ilmu kurang didada macam tak menjadi. hmmmmm
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.