Pashmina Dari Oman

Salam Jumaat!

Teringat pula SR, bulan ramadhan lepas, ada seorang pelajar SR datang ke office. Nak jumpa katanya. SR pun kata, datanglah. Sebab sejak pandemik Covid-19, lama dah pelajar tak datang jumpa secara face to face ni. Selalunya, pelajar akan ajak jumpa di Google Meet. 

SR pun sebenarnya dah jadi kekok masa pelajar tu sampai. Mesti dia pun rasa kenapalah madam aku ni awkward sangat haha!

Kisahnya, dia datang sebab nak bagi buah tangan pada SR. Dia dan famili dia baru balik dari bercuti di Oman. Jadi, dia ada belikan beberapa hadiah untuk pensyarah-pensyarah dia. Fuh, moga murah rezeki pelajar ini dan keluarga dia!

Dia bagi SR keychain dan sehelai pashmina.
Meriah betul baru-batu dekat pashmina tu!


Cantik, alhamdulillah. Nak pakai bila, itu yang SR risau ni. Haha! Sebab SR memang tak reti pakai shawl, pashmina dan yang sekeluarga dengan tudung-tudung tu. SR memang bawal aje dalam event apa pun. Pernah cuba-cuba nak pakai dulu, tapi give up sebab tak reti dan rasa leher terbelit dan panas.

 

Tapi nanti, SR carilah juga waktu dan ketika untuk pakai. Mana tahu kan, tiba-tiba ada kena pergi majlis apa-apa ke kan, yang ada orang pulak tolong pakaikan. Hihi..

SR juga siap buat pengisytiharan masa pelajar tu bagi ni, SR kata "Saya terima hadiah ni sebagai tanda ingatan dari awak, dan hadiah ini adalah semata-mata hadiah, dan tidak akan menjejaskan hubungan profesional antara kita."

Agitchew...

SR memang akan selalu cakap macam tu, supaya tidak berlaku salah faham apa-apa.

Pernah ada kes, colleague SR (biarlah rahsia, cerita pun dah 10 tahun berlalu) dapat hadiah dari pelajar. Bila lepas peperiksaan, pelajar tersebut tak puas hati dengan keputusan yang dia dapat. Sebab rupanya, dia berhajat agar pensyarah beri dia markah lebih atas hadiah yang dia pernah bagi. Jadi dia sentap. Semester depan tu, dia merajuk. Hahaha!

Dan sebenarnya penjawat awam memang berat sikit bab-bab terima sesuatu dari orang ni. Sebab tu SR buat disclaimer tersebut.

Eh korang pandai pakai shawl atau pashmina? Ada idea tak, macam mana nak pusing dan lilitkan pashmina berbatu-batu ni supaya SR nampak cantik macam bidadari? Ahahahah

Post a Comment

13 Comments

  1. Wah! cantik la pashmina tu..ala SR boleh belajar tutorial kat youtube macam mana nak gayakan shawl..yang simple, susah, rolot2..semua ada.

    ReplyDelete
  2. ooo dapat yg sejenis "what i give I want back" letihlah kan..

    ammi lagi hauk bab pakai shawl...bawal pun fail jugak.

    ReplyDelete
  3. Wah.... ada gaya jadi model ni!

    ReplyDelete
  4. murah rezeki SR dpt hadiah drp pelajar. Sy ni plak ntah dpt ke idok hadiah sempena hari guru nanti.

    ReplyDelete
  5. Agaknya pashmina tu nama ikan kat sana ek
    kat sini pakai nama ikan bawal

    ReplyDelete
  6. Cantik Pashmina.. dah lama Aini tak pakai.. ada certain years duk trend pakai pashmina.. Klau nk dijadikan sebagai part of outfit pun nice.. mcm zaman dulu letak di bahu bergaya dgn baju kebaya atau baju kurung.. cantik juga.. (^_^)

    ReplyDelete
  7. cantik design pashmina tu. lilit2 aje siap syaz. tgk tutorial kat youtube hihi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..rezeki dari souvenir dari oman. Jauh tu. Baguslah awal awal dah bagi disclaimer macam tu. risau jugak kan kalau yang memberi mengharapkan sesuatu. Pakai macam biasa pin tengah, satu pin depan dan satu lagi lilit atas kepala pun okay je kalau rimas nak lilit tang leher. boleh tengok youtube ada banyak tutorial, pakai ikut yang mana selesa, sesuai dan nampak cantik :)

    ReplyDelete
  9. cantik pashminanya... pandai dia pilih utk pensyarahnya

    ReplyDelete
  10. cantikkk sangattt pashmina tu!

    ReplyDelete
  11. pashmina ni tak payah lilit beria sebab takut tak jadi since batu dia banyak. Pandai betul student kak syaz pilih

    ReplyDelete
  12. SA pun ada dapat Pashmina dari Bahrain dan fridge magnet dari Oman...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.