Sertai Perarakan Besar Akademik Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 Sidang 21 | Throwback Thursday

Cerita 26 Jun 2022 hari tu. SR mendapat arahan bertugas di hujung minggu. Tugas yang seronoklah juga, kena hadiri konvokesyen pelajar UiTM Negeri Sembilan di DATC UiTM Shah Alam. Ini adalah kali pertama SR sertai sebenarnya. 

Si ayu biasalah, dia memang selalu drama kalau SR nak pergi kerja di kala orang lain ada dekat rumah kan. Hahaha!

Sebenarnya ketua SR tanya, antara SR dan zaimi, siapa yang boleh hadiri konvo tu? SR bincang dengan zaimi. Sebab kami tak bolehlah dua-dua sekali nak pergi, nanti siapa nak jaga ayu kan. Bincang punya bincang, zaimi kata biar SR lah pergi. Sebab beberapa hari sebelum tu, dia dah volunteer sebagai petugas Program Selangkah ke Universiti.

Terus bagitahu dekat ketualah lepas tu.

Ayu tengok SR dah siap-siap, dia mulalah pelik dan bertanya. Tapi nasib baik drama dia tak lama. Sebab ayah dia janji nak bawak pergi main dekat taman. Sukalah dia!

SR dan rakan-rakan sejabatan kena hadir Sidang ke 21, iaitu sesi petang. Tapi, disebabkan kami bertolak dari Negeri Sembilan naik bas, pukul 9.30 SR dah gerak nak ke tempat naik bas.

 

Naik bas, adalah berhenti dekat RNR Dengkil untuk makan dulu. Masing-masing dah berumur tidak begitu remaja ni, kalau tak makan, nanti perut masuk angin, sakitnya melarat dua tiga hari! Haha. Kemudian bas teruskan perjalanan. 

Sidang 21 mula dalam pukul 2 lebih. Kami sampai hampir dekat pukul 1. Turun aje bas, mendaki pula DATC tu tiga tingkat. Dengan kaki yang dah melecet sebab kasut kerasnya. Rasa nak menangis hahaha! Kawan SR sorang siap kasut dia tercabut masa naik tangga. Keras perut kami gelak walau tengah mengah-mengah naik tangga hahah!

Bila sampai atas, tengok graduan dah ready nak masuk. Kami pensyarah tunggu dulu dekat luar sambil minum-minum dan siap-siap pakai jubah dan mortar board. Yang telah ada phd, pakai bonnet dan jubah dari Universiti yang mereka graduat dulu.

Bila tengok kawan-kawan yang dah ada phd pakai jubah sendiri tu, meluap-luap semangat SR nak cuti belajar. MogaAllah permudah urusan SR dan zaimi untuk cuti belajar nanti. 


Sebelah SR ni kak Lili. Dia pun tak lama lagi nak konvo phd juga tu. Happy for her!


Bila graduan semua dah masuk, kami pula beratur untuk masuk. Agak lama juga tunggu sebelum boleh masuk. Kaki SR turut 'menjerit' sama. Kami tak boleh masuk sebab tak mahu ada gap masa yang jauh dengan perarakan orang-orang besar bersama Vice Chancellor.

Dah ready semua dan dah dapat arahan, kami pun berarak masuk.

Masa tu kan, SR dan rakan-rakan rasa touching sangat tau sebab semua graduan dan ibubapa berdiri, diiringi pula dengan lagu yang syahdu gemalai. Sampai saja kami di atas pentas dan dah berdiri depan kerusi masing-masing, dan pandang pada semua yang ada dekat depan, memang meremang.

Rasa sangat dihargai.
Dan rasa besarnya amanah yang kami pikul.
Amanah untuk merealisasikan harapan mereka-mereka dekat depan ni, terutama para ibu bapa.


Itu yang kadang-kadang kami marah dan tegur anak-anak muda yang jadi pelajar kami ni. Jangan malas-malas, jangan meniru, jangan itu jangan ini... Kadang-kadang, mereka tak sedar, selain bahu kami, bahu mereka lagilah besar amanah yang terduduk.

Namun alhamdulillah, grad juga mereka. Moga terus sukses dan sentiasa dapat banggakan emak dan ayah masing-masing.


Sementara VC belum masuk, snaplah sekeping gambar atas pentas, buat kenangan. Hampir 2 jam juga kami di atas pentas. Cantik dan segak semua graduan, ada juga yang berkerusi roda... Macam-macam warna-warni dapat dilihat. 


Lepas selesai dan berarak keluar, kami bergambar dulu dengan VC dan orang-orang penting.

Terus naik bas untuk balik ke Senawang.

Ding dong ding dong berhenti solat itu ini, pukul 8.30 malam baru SR sampai rumah. 
Letih memang letih, tapi pengalaman ini memang berharga 💓

Ada rezeki bolehlah SR sertai lagi. 
Yang paling dimahukan adalah rezeki untuk SR konvo sekali lagi.
😁

Post a Comment

10 Comments

  1. Pengalaman yang sangat menarik ni Syaz.
    Semoga Allah permudahkan Syaz buat PhD.

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyer dpt gi konvo gambiran chuantek jelitterr semuanyer., aminn

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya.....pengalaman tu...ingat lagi masa grad dulu..kat dewan tu la..UiTM Shah Alam tahun 2000..memang meremang bulu roma sgt & terharu perasaan masa lagu UiTM tu...sama jugak masa mula2 lapor diri kat dewan tu...rasa semangat berkobar2 nak belajar... alhamdulillah grad jugak...

    ReplyDelete
  4. tahniah semua graduan berbangga dgn kejayaan mrk n berkongsi kegembiraan dgn pensyarah juga fmili

    ReplyDelete
  5. Diiringi dgn muzik time tu perasaan x dpt digambarkan. . Syukur. Rasa berlinang airmata kan.Syaz

    ReplyDelete
  6. Nampak besar dewan nya..
    Semoga dipermudahkan Syaz buat PHD nnt

    ReplyDelete
  7. bestnya...pengalaman manis ni, mengimbau kenangan jg..semoga dipermudahkan urusan PhD SR & suami...

    ReplyDelete
  8. Pengalaman indah kan....semua nya akan tersimpan kemas dalam kenangan

    ReplyDelete
  9. Seronoknya . Antara kenangan manis juga dapat sertai istiadat konvo

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.