Salam Kemerdekaan Malaysia ke 65

Salam kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 65 dari SR sekeluarga buat semua.

Ini ayu bergaya sebelum ke tadika semalam. Kena pakai baju bertema kebangsaan atau kemerdekaan. SR pakaikan dia kebaya dengan tudung bawal bercorak jalur gemilang aje semalam.

Balik sekolah, dia mengadu, kawan-kawan ramai yang pakai baju cantik-cantik. Siap ada daun kilat dekat kepala. Haha! Memang SR ada nampak, ada kawan-kawan dia yang datang siap bersanggul lintang. Berdokoh. Bergaya sakan!

SR cakaplah, "Ayu kan dah comel, tak payah pakai daun kilat pun comel dah." Tapi dia cebik dan gelak-gelak.

Dan yang buat SR sedih, dia balik sekolah semalam, SR dah tak dapat nak pegang dan peluk cium dia buat sementara. Sebab SR, adam dan amir dijangkiti covid-19. Hanya ayu dan zaimi yang negative.

Harini, memang SR dengan anak-anak terperap aje dalam bilik di atas. Sesekali SR laung panggil nama ayu dan SR cakap SR rindu sangat dengan dia. Dia mesti balas, "Ayu lagilah rindu mak."

Sedih.

Tapi inilah dugaan buat kami.

Jadi merdeka tahun ni, kami sambut di rumah, lebih tepat, secara berasingan sebab kena isolasi.

Apa pun, semoga negara kita kekal aman dan makmur sejahtera sentosa selamanya!

Doakan SR dan anak-anak lekas sembuh ya! Harini badan lesu berbanding semalam. Adam dah ok, amir pula yang tak larat hari ni.

Take care semua!

Post a Comment

8 Comments

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan
    Semoga cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh SR & anak2...comel Ayu..

    ReplyDelete
  3. Syafakumullah SR & anak2 🤲
    Ala, dah cantik dah tu Ayu sayang 😘

    ReplyDelete
  4. salam merdeka moga syaz n anak2 segera sembuh

    ReplyDelete
  5. selamat hari merdeka..moga semuanya cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  6. Alahai sedih plak baca. semua SR sekeluarga akan merdeka dari virus covid ye

    ReplyDelete
  7. Lawanya ayu .. .semoga family SR cepat sembuh ya dari covid

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.