Berebut Vitagen Hijau

 Dekat rumah ni, kalau beli vitagen, selalunya akan beli yang pek berkembar. Yang ada 10 botol, perisa rawak. Yang campur-campur tu.

Dalam 10 botol tu, kadang yang warna hijau ada 1 atau 2. Warna oren pun sama. Yang banyak atau mesti ada adalah yang putih dan ungu kan.

Jadi, SR mesti selalunya 'berebut' yang warna hijau ni dengan ayu. Haha.

Abang-abang ayu memang suka ungu dan putih tu, jadi jarang dia orang berebut yang hijau dan oren. Ayu kebetulan selera sama pula dengan SR kan. Hehe.

Pagi ni, Ayu dengan zaimi pula dah positive covid 19. Jadi, tak perlulah SR, adam dan amir duduk isolate di atas lagi. Dah boleh duduk sama-sama di bawah.

Teringat ada vitagen yang beli Ahad lepas, minumlah sama-sama dengan ayu yang warna hijau ni.

Kalian suka vitagen warna apa?
+++

Ps: Terima kasih pada yang mendoakan SR sekeluarga 🤍

Post a Comment

12 Comments

  1. kalau beli vitagen kat rumah ni... uncle selalu dapat yang orang lain tak nak... huhu

    ReplyDelete
  2. kalau kat rumah..yg jadi rebutan..anggur & oren. yg hijau & putih selalu last sekali baru habis

    ReplyDelete
  3. samalah, suka hijau. kedua purple. ketiga oren. putih tu kalau dah terdesak. haha

    ReplyDelete
  4. Meriahnya rebut-rebut vitagen anak dan ibu.

    ReplyDelete
  5. Semua suka.. paling suka yang purple..

    ReplyDelete
  6. nampaknya dah satu rumah kena kobit
    Harap2 cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  7. bru semalam beli vitagen.. busyra suka ungu

    ReplyDelete
  8. ada je yg paket kaler hijau wak selalu beli gak., ;p

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak minum vitagen ni . Ccl paling suka vitagen hijau & purple .. Bila baca entri ni auto terus nk gi cari vitagen

    ReplyDelete
  10. minum berebut2 ni yang seronok.. heheh SS dulu suka warna hijau.. untung juga sbb ramai yang suka rebut purple and orange.. tapi skrang SS dah tukar selera ke vitagen putih. heheheh

    ReplyDelete
  11. saya sekeluarga pun sukakan vitagen. Masa abam kie kena covid thn lps, isteri n anak2 x kena...Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.