Lai Chi Kang Godang di Senawang


Assalamualaikum wbt...

Salam Jumaat buat semua 😊


Pada yang tak familiar dengan dialek Negeri Sembilan, 'godang' membawa maksud BESAR. Jadi seperti yang kalian nampak dalam gambar di atas, ada sebuah minuman yang dimuatkan dalam cawan yang saiznya amatlah besar! Haha! Bertepatanlah dengan nama dia Lai Chi Kang Godang.

SR dengan zaimi pula tersalah bajet pula saiz dia sebesar itu. Sebab kami bayangkan saiz dia lebih pendek dari tu. Maksud SR cawan dia tu. Sebab masa dekat kedainya, kami nampaklah cawan tu dia stacked sebelum dia ambil dan cedok isi Lai Chi Kang tu. Cuma tak sangka langsung segodang itu!

Memang puas hati sebab berbaloi dengan harganya RM5 secawan.


Lenguh tangan SR bawa dua cawan Lai Chi Kang Godang ni berjalan balik ke kereta. Risau plastik dia tu putus pun ada juga, sebab berat! Tapi memang penjual guna plastik yang kuat. Tak putus gais. Selamat sampai ke kereta, malah dah sampai rumah pun dia masih utuh.


Rasanya?

Pada tekak dan  lidah SR dan zaimi, rasanya sedap! Isinya banyak, gulanya okey. Sedap minum masa panas-panas tolak trolley keluar dari Zemart Senawang ni. Jadi pada yang berada di Senawang ke Seremban ke, kot-kot mencari Lai Chi Kang sebab teringin ke apa kan, bolehlah ke Zemart Senawang. Kedai dia berhadapan dengan kedai jual tudung, dekat-dekat dengan saloon gunting rambut. Kalau dari pintu masuk ke pasaraya dia tu, memang tak jauh dan tak susah pun nak cari.

Nak makan isi dia terus dalam kereta pun boleh, sebab dia ada bagi sekali sudu plastik. Bagus kan?

Ini bukan paid review, tapi benda sedap kita promote. Tak gitu? 😁 

Post a Comment

12 Comments

  1. wah puas hati minum tu hilang dahaga

    ReplyDelete
  2. besar sgh mau ulang2 minum ni..disini hujan sejuk dapat laici kang panas pun sedap ni

    ReplyDelete
  3. Ada nampak hari tu masa singgah tapi x beli plak...hehehe...ada satu tempat lagi yang area belakang Giant tu...SA ada beli donut susu tu...x sedap...pas tu beli air green tea..masa dia bagi tu SA amik..tiber tali plastik tu putus...kena la orang tu ganti balik...dah la mahal RM7 lebih..syg betul jatuh...kalau x ganti balik masa tu x tau la kata apa...orang ramai viralkan makanan kat belakang Giant tu...tp SA dah rasa...so- so je...

    ReplyDelete
  4. Murah harga. Teringin pula.

    ReplyDelete
  5. Memang besar gedabak tu.. panas2 kat luar confirm habis..
    Balik umah terus ke toilet sbb minum banyak..hehe

    ReplyDelete
  6. Suka juga makan laicikang sekali sekala

    ReplyDelete
  7. Besar betul tu. Puas hati minum.

    ReplyDelete
  8. Memang puas hati tengok saiz dia tu.. berbaloi baloi dan melegakan tekak..

    ReplyDelete
  9. Besar sggh memang puas minum berbaloi dengan harganya ;)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.