Tiga Orang Anak Esah | 1998 | Throwback

Assalamualaikum wbt



Geli sungguh hati SR tengok gambar kami tiga beradik ni. SR terjumpa sewaktu scroll gambar-gambar lama yang SR dah scan semuanya dan letak di Google Drive. Terus SR share di Whatsapp Group famili. Emak SR reply "Tiga orang anak Esah." Esah tu nama emak SR, panggilan dari Nenek dan Arwah Atok SR pada dia.

Tak sangka kan, gambar yang sesaja tangkap belakang rumah Pakcik SR masa ni, dah jadi gambar yang level klasik. Rasa nostalgik sangat tengok gambar ni. Tak ingat bilan berapa, tapi SR tahu yang gambar ni pada tahun 1998.

SR darjah 6, adik lelaki SR, Boi, darjah 2 dan adik bongsu SR, Nana, baru tiga tahun. Nana tersenyum sampai hilang mata, SR pula macam nak cari gaduh. Tapi, sumpah SR cakap, masa gambar ni diambil, SR rasa SR dah buat muka yang biasa-biasa. Bukanlah tengah buat muka masam ke apa. Cuma rupanya, 'muka biasa' SR tu default settingnya adalah 'muka masam' lah.

Silap betul. Patut SR senyumlah kan!

Haha!

Masa ni, tak pandai lagi nak senyum untuk bergambar. Sekarang, SR dah sedar dah muka biasa SR berbentuk masam dan kelat, jadi setiap kali ambil gambar, SR pun akan senyum selebar yang boleh walau hasilnya masih macam senyum sikitt je.

Semua yang dalam gambar ni dah jadi mak dan bapak orang dah. Nanti kalau berkumpul lagi tiga beradik, nak repeat dan remake lah gambar-gambar lama yang ada. Macam seronok juga kan? Hehehe...


Baca juga:

Kenangan SiiNurul bersama Nuffnang


Throwback Mummy Ayu anak masuk sekolah


SA hantar anak masuk kolej

Post a Comment

9 Comments

  1. Budak 12 tahun mmg tak suka senyum bila bergambar kan. Saya perasan anak sulung saya pun mcm tu. Muka mcm nak ajak gaduh padahal ambik gambar je pun :P

    ReplyDelete
  2. Geramnya kat pipi adik SR tu, rasa nak cubit! Haha
    Menarik ni buat remake.

    ReplyDelete
  3. akak ketawa dulu masa tengok gambar semasa SR kecik ni. Memang nampak gangster gitu,akak rasa gambar akak masa kecik2 pun gini jugak jenis masam tak reti senyum . Itu orang selalu kata akak sombong hhahahah

    ReplyDelete
  4. Anak sy dlu umur 12 dh mula bergambar x pandai senyum, tp sy x kisah sbb dlu ms sekolah pn sy x pandai senyum bila bergambar.. hahaha... 1998 syaz darjah 6, sy pulak form 5... hahaha

    ReplyDelete
  5. wah pic klasik menggamit kenangan tu

    ReplyDelete
  6. hhahahahha.... dah besar kemain lebar senyuman nya ye :p

    ReplyDelete
  7. 1998 bukan masa PM skrg kene pecat dan kene tumbuk smpi lebam mata.. hahaha 😅

    ReplyDelete
  8. Best juga kalau remake balik gambar-gambar lama.. Kenangan dan nostalgik sangat gambarnya..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.