Housemate UMT | Throwback Thursday


Assalamualaikum wbt


Aduh tergelak-gelak SR sendirian bila tengok gambar ni. Gelak sebab tengok yang housemate SR dua orang yang pegang penyapu tu 😂 Bila dah jumpa gambar lama ni, teringatlah pula kenangan-kenangan masa kami tinggal serumah. 

Aaah... Golden years masa tu. Zaman yang best, penuh dengan tenaga dan masa untuk buat aktiviti dengan kawan-kawan. Kekangan zaman tu cumalah tak ada duit sendiri sahaja. 

Zaman golden years SR ni circa 2006-2008 macam tu. Pertama kali duduk sendiri di rumah sewa. Pergh dia punya feel, seronok! Memang antara pengalaman yang turut membentuk SR pada hari ini. Kawan-kawan SR ni semua orang yang baik-baik, alhamdulillah. Tak terjebaklah SR dengan masalah sosial ke apa ke walaupun duduk sendiri tanpa pengawasan sesiapa.

Sekali-sekala (ke selalu? 😂) aje SR terlajak tidur sampai termissed kelas pagi, dan kelas pukul 2 petang. Aaahh zaman tu SR burung hantu berjadual kuntilanak. Malam aje segar, malam aje otak cergas. Siang mengantuk tak sudah. Sebab tu jangan tanya SR tempat sarapan sedap di Gong Badak. Sebab SR tak pernah sempat bersarapan! Bangun terus rush ke kelas, habis kelas makan dalam kampus ajelah. Itu pun kadang terus lunch.

Effa, SR, Annie (rumah lain tapi geng), Wa dan Cuna

Masa ni kalau tak silap SR, umur SR baru 20 tahun. Tapi entahlah, terasa dewasa habislah masa tu! Sekarang ni, kalau SR tengok balik SR yang umur 20 tahun ni, SR nak pesan supaya dia teruskan sahaja apa yang dia tengah belajar tu. Gigih sikit. Ubah perangai suka burn kelas.

Sebab ada ketikanya dulu pada zaman ni, SR rasa macam SR salah bidang dan SR tak minat. Tapi Allah tu sebenarnya lebih tahu apa yang Dia aturkan.

Gittew.

Semoga ukhwah kami berkekalan sehingga ke syurga. Semoga kami semua ni terus sukses dalam apa jua bidang yang kami ceburi. Amiinn!

Post a Comment

9 Comments

  1. tengok gambar ni teringat zaman kolej dulu. zaman gila-gila remaja..haha

    ReplyDelete
  2. Harap ada memori indah2 di UMT ye. Dan harap duduk Tganu ada kenangan yang indah2 belaka masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jujurnya saya sangat happy di Terengganu masa tu :D

      Delete
  3. Tergelak SA tengok diorang pegang penyapu...hehehe...kenangan masa belajar memang seronok...SA x banyak gambar dengan kawan- kawan...,masa tu x macam sekarang kan..masa tu kalau guna kamera pun kamera kodak...jenuh simpan duit nak beli kodak dan cuci kat kedai...dah la mahal kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul SA, gambar2 yang dari kodak tu banyak, kalau kerajinan datang, saya scan hehe

      Delete
  4. kenangan di kampus memang sentiasa dalam ingatan. TESL UM 91-97....

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.