Career Day Ayu

Assalamualaikum wbt


Beberapa minggu lepas, tadika ayu mengadakan Career Day. Jadi anak-anak boleh berpakaian ikut apa yang mereka cita-citakan bila dah dewasa nanti. Ayu ni sebenarnya masih berubah-ubah cita-cita dia. Kadang nak jadi doktor gigi, kadang nak jadi penjual aiskrim. Masa SR tanya dia, nanti ayu nak pakai baju apa (untuk Career Day) nanti?

Dia fikir punyalah lama. Lepas tu dia jawab.

"Mak, ayu kan sebenarnya nak jadi penjual aiskrim. Tapi kalau susah sangat nak jual aiskrim tu, ayu rasa ayu nak jadi doktor ajelah."

Haha!

Long story short, SR orderkan aje lab coat kanak-kanak dari shopee. Siap boleh add on stethoscope sekali. Haa senang kerja SR. Tak sampai beberapa hari, sampailah lab coat kanak-kanak si ayu.

Jadi pada Career Day tu, memang senang ajelah SR nak siapkan dia. Tak adalah susah kan. Setakat pakaikan lab coat tu aje sebelah luar.

 

 


Anak dara SR


 Yang penting ayu happy kan. 
SR pun tak pening.
Objektif tadika dia pun tercapai.

Gambar di bawah ni adalah dari Facebook tadika dia. SR simpan jugalah di sini sebagai kenang-kenangan.


Jadilah apa pun ayu, asalkan pekerjaan yang baik dan memberikan manfaat pada diri sendiri dan keluarga serta negara. SR memang akan galakkan anak SR walaupun perempuan untuk belajar dan mempunyai pekerjaan suatu hari nanti. Moga Allah permudahkan. AMinnn...

Post a Comment

6 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.