Raya 2023 Dalam Musim Panas

Assalamualaikum wbt

Ayu pun kerap minum air masa beraya

Panas betul kan sejak kebelakangan ni. Membahang. Suhu tengahari, memang main sekitar 33 - 35 darjah Celsius. Dari raya pertama memang tak habis-habis lagi. Ada SR terbaca, katanya panas ni sampai ke bulan Ogos 2023. Perghh...
SR pula sekeluarga bertema hitam pakaian raya kami. Masa raya belah SR di Selangor, memang dah pakai hitam ni pergi beraya sana-sini. Macam okey lagi. Kami repeat pula busana hitam kami lagi sekali untuk beraya di Kota Bharu.

Lepas beraya di tiga rumah, malam tu kepala SR migrain.

Memang panas sangat, rasa kering habis semua fluid dalam badan, walaupun setiap rumah yang kami pergi, SR minum air agak banyak juga. Agaknya sebab minum air manis, bukan air kosong kan.

Banyak-banyaklah minum air ya, semua! Walaupun tema hitam memang dalam musim raya kali ni, dahlah tu. Cukuplah pakai baju hitam ni. Tak mampu dah nak menangkap bahang panas di badan. Haha!

Siapa tema hitam juga raya ni? Sila komen dekat bawah! Kalau bukan hitam, kalian pakai tema apa? Jom share!

Post a Comment

10 Comments

  1. Saya pakai pink! Hehe..Back to my favourite colour ❤️ Sekarang memang musim panass lit litt...Memang bawak botol air Masak sepanjang Jalan beraya.. Huhu....

    ReplyDelete
  2. yes betul..panas sgt
    MA memang dah kurang sgt minum air manis la kan... dah la rata gi beraya diaorang kuar kan air gas..MA siap request plain water lagi but nak sejuk...aci tak?
    MA color green..hitam, dah pernah dah 2 or 3 tahun lepas kalu x silap

    ReplyDelete
  3. Yey, kita geng #teamblack. Tapi, cuaca di Johor tak panas sangat, jadi, taklah terserap sangat haba dari baju hitam kita.

    ReplyDelete
  4. ayu pun dahaga kepanasan tuuh., hehe

    ReplyDelete
  5. meme kelate panas ceng ceng dari pagi sampai ke mlm! at least di lembah klang turun gak hujan pd sebelah ptg. sabarlah dek non ye...

    ReplyDelete
  6. ramai yg tema hitam tahun ni...di kpg, ada sekali hujan turun...hari lain memang panas membahang..

    ReplyDelete
  7. Purple and green
    Mujurlah pasang aircond . Sebelum tetamu dtg pasang aircond dh tuan rumah . Huhu. Naik la bil sikit nnti . Mmg panas betul . kena bykkan air kosong .

    ReplyDelete
  8. Memang! Alasan uncle untuk 'gogok' air manis!

    ReplyDelete
  9. ramai juga tema hitam tahun ni.. black is elegance..

    Cuaca panas sungguh. walaupun KL hujan di petang hari, tetap rasa bahang juga.. Macam dalam sauna 😅

    Salam Aidilfitri SR..
    Taqabbalallahu minna waminkum..

    ReplyDelete
  10. Kami sekeluarga guna baju raya hitam tahun ini dan sayangnya kena pada musim panas dan kemarau....panas lit-lit usah kata lagi la

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.