Kisah Raya Pertama SR 2023 | Team Hitam Premium | Team Raya Selangor

Assalamualaikum wbt



Orang lain dah habis dah cerita pasal raya, tapi SR baru nak update di blog pasal raya pertama. Haha! Tahun ni, SR dan zaimi memang bawa anak-anak beraya lebih dari kebiasaan, maksudnya lebih banyak rumah yang kami kunjungi lebih dari tahun-tahun sebelum. SR kalau diikutkan, masih bersedih dengan kehilangan nenek SR 11 April lalu. Mungkin dengan menziarahi rumah ke rumah saudara tu sebagai satu eskapisme buat SR.
Sikit sebanyak, SR tidak terlalu terbawa-bawa dengan kehibaan kehilangan nenek.
Hmm..

Untuk raya aidilfitri tahun 2023 ni, zaimi setuju untuk beraya di sebelah keluarga SR dahulu. Alhamdulillah. Setelah bincang dengan keluarga, semua bersetuju untuk sedondon warna hitam. Tak sangka pula warna hitam menjadi pilihan nombor satu untuk baju raya rakyat Malaysia tahun 2023!

SR dah shopping baju kami 5 beranak di Jakel pada awal bulan Mac okey! Haha! Tak apalah, bak kata pepatah orang barat, "Great Mind Think Alike." Gittew...

Jadi pagi raya pertama tu, kami ke masjid dan solat raya, bergambar dahulu di rumah sebelum pergi ke rumah Boi di Semenyih. Emak dan Abah SR serta adik perempuan SR semua dah berkumpul di sana. Kalau diikutkan, raya pertama tu nak berkumpul di Senawang. Tapi ada masalah aircond pula rumah SR ni. Sudahlah musim panas kan.

Rayalah di Semenyih. Seronok juga sebenarnya sebab kami memang familiar dengan Semenyih kan.



Bersalaman dahulu 5 beranak di rumah sendiri


Abaikanlah botol-botol tu ya haha!

Usai tangkap gambar apa yang patut, kami pun terus memecut ke Semenyih. Semua dah menunggu untuk bersalaman dan sambung raya ikut perancangan. Rasa bersalah juga sebab semua dah makan. Apa lagi, terus serbulah makanan yang dimasak oleh emak SR. Macam-macam ada, isi perut sampai kenyang!



Walaupun sedih kehilangan nenek, SR amat bersyukur dan gembira sebab masih dapat meraikan Syawal bersama emak dan abah. Alhamdulillah. Moga ALlah panjangkan rezeki yang tak ternilai ni buat kami tiga beradik.

Banyak juga gambar yang kami ambil di rumah Boi. Tengoklah sendiri, SR kongsikan sebahagian gambar-gambar tu di bawah ni. Simpan buat kenangan kami satu keluarga.

Bersama adik bongsu SR, Nana

Zaimi dan anak sulung Nana, Saniy

Emak abah dan menantu-menantu

Kami tiga beradik bersama emak dan abah


Emak abah bersama 6 orang cucu mereka setakat raya 2023




Habis bersalam dan bergambar, kami terus gerak ke rumah kenalan rapat keluarga di Beranang. Memang dah dijemut berulang-ulang kali, Andai kata kami tak pergi, memang cari pasal! Haha! Sampai di sana, kami dihidangkan dengan menu soto. Sedap! SR asyik minum air sahaja. Panas cuaca di raya pertama kan. Dahlah pakai serba hitam!

Bibit-bibit sesalan mula terasa ahahaha! Tapi kita redah ajelah, buikan selalu, raya kan setahun sekali!






Adam dan Adam

Dari Beranang, kami singgah solat di Masjid PGA Semenyih sebelum meneruskan lagi raya kami ke Gombak pula. Gombak ni adalah kawasan di mana berkumpulnya adik-beradik Arwah nenek SR. Kiranya rumah ibu-ibu saudara kepada emak SR. Lama betul kami tak ke sini. Sambutan memang hangat dan penuh kasih sayang pada kami semua. Terubat rindu pada nenek SR juga.






Moga murah rezeki kepada semua tuan rumah yang menyantuni kami di raya pertama 2023 yang lepas tu. Makanan semua sedap-sedap. Memang bulat perut kami semua. Balik rumah, kekenyangan! Mandi, terus tidur!

Sebab esoknya kami berhajat meneruskan lagi raya kami ke rumah-rumah lain pula. Itu nanti SR cerita di post yang lain. Hehe...

Apa yang boleh SR simpulkan, syukur atas ukhwah 😊💖

Pada blogger yang beraya dengan pakaian hitam juga, kot-kot ada buat entry, share lah link dekat bahagian komen 😎🖤🖤🖤

Post a Comment

5 Comments

  1. selamat hari raya SR&family

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya, SR. Meriah tengok. Memang best, raya tahun ni, dapat berkunjung ke rumah saudara-mara.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri SR. Tahun ni ramai team hitam premium. Tanya orang yang menjual katanya warna tu dah habis.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya, SR & family...Betul kagum sungguh yg pakai tema hitam tahun ni sebab raya pertama panas lit lit sangat...Tapi dah pakai pun tema tu, redah je lah kan..Bukan selalu...hehe...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.