Assalamualaikum wbt
Raya kedua haritu, SR ikut emak, abah dan adik-adik ke dua lokasi. Yang pertama, ke rumah kakak sulung abah yang terletak di Puncak Alam. Itulah juga kali pertama SR sampai ke Puncak Alam. Barulah SR tau yang jauhnya perjalanan hendak ke sana kalau dari Semenyih. Ya, kami bertolak dari Semenyih. Gerak tiga kereta ke sana.
Kami dihidangkan dengan macam-macam makanan raya. SR paling sakan kayuh adalah lontong. Hahaha. Lama sebenarnya SR tak jumpa Mak Long SR ni. Alhamdulillah tahun ni ada rezeki untuk beraya bersama.
Abah dan kakaknya |
Selepas masing-masing kenyang, kami pun minta diri untuk balik. Jadi, teruskan konvoi (konvoilah sangat!) ke Semenyih semula.
Sebabnya, lokasi rumah yang kedua terletak di Semenyih saja. Tapi, tuan rumah ajak datang sebelah tengahari ke petang. Itu yang kami ke Puncak Alam dulu. Rumah kedua ni adalah rumah kawan abah dan emak. Meriah dan riuh mereka bersembang.
SR dan zaimi memang makan ajelah. Sedap juga nasi minyak yang makcik tu masak. Haha!
Adik SR, Boi dan Nana |
Terima kasih pada yang menjamu SR sekeluarga makan sedap-sedap. Ada rezeki bolehlah bertemu lagi. Insyaallah.
Selamat Hari Raya 2023!
6 Comments
Mesranya ayah SR dgn kakaknya tu, suka tengok ☺️
ReplyDeleteAkk ni mak² sedara, pak² sedara semua dah takde :(
Memang terasa jauhnya puncak alam. Pernah sekali hantar anak buah ke UITM sana.
ReplyDeletealhamdulillah..meriah nya raya dpt berkumpul ramai2 mcm ni kan..
ReplyDeletebest berhari raya ramai-ramai gini
ReplyDeleteseronokk semuanya beraya
ReplyDeleteSuka tengok keluarga besar SR...
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.