Rindu sangat.
Sejak mengandung, banyak sangat tentangan dari orang sekeliling tak kasi aku bela dia.
OK, aku hargai. Tapi bila tengok balik gambar-gambar dia sekarang aku rindu.
Aku tak buang dia. Gila kau? Buang dia macam buang anak ok!
Aku letak dia kat rumah mak. Aku bagi duit extra untuk makanan dia.
Balik je rumah mak, nampak yang dia dah membesar.
Dah malas main. Rindu zaman lincah dia.
Rindu pulak tiap kali balik kerja dia tunggu depan pintu ngiau ngiau manja.
Rindu pulak tiap-tiap pagi bila aku snooze alarm handphone, dia akan panjat dan gigit-gigit kaki.
Rindu pulak time dia teman aku iron baju, masak, golek sama-sama...
Memey.. akak rindu Memey..
Oh kenapa akak?
Sebab mak aku jenis bahasakan diri dengan kucing-kucing 'emak'. So, aku 'akak' lah. Kan?
Memang dari kecik kenot lagi aku bahasakan diri akak dekat kucing. Hmm..
Sekarang dia happy je duduk Semenyih. Ada Teteh, ada Etot. Tu geng dia lah tu.
Elin? Oh tu musuh. Dia suka serang hendap kucing tua tu. Haha.. Kesian Elin..
Memey.. Rindu!!
Kenapa Manusia Boleh Rindukan Kucing?
:: Sebab Kucing Best dan Wangi. Yang tak suka kucing mesti tak faham kan? Tak faham tak apa. Tak paksa::
Rindu Memey.. :(
636 - Ku Ching (Episod 31 - 35) Kisah Wira & 4 Sahabat Di Tawan Kucing Hitam
-
Nota Kaki : Lagi 11 episod akan habis. Glurp!! storyline dia pun dah
berubah berbanding dari yang asal. Tak apalah buat jadi kenangan. Ada juga
k...
Sejam yang lalu
.jpg)

















