Buku Resepi Emak

Emak aku memang ada 1 buku kulit tebal yang dia tulis tangan segala resepi yang ada dalam tu.
Maka semalam, terdetiklah dalam hati aku untuk pinjam..hahaha

Konon nak try lah buat masakan yang ada terkandung dan tertulis dalam tu.. hiks

Buke resepi emak. Bermula 1988.

Bila belek buku ni, memang terserlahlah kerajinan emak aku, handwritten kot semua resepi.
Dahlah tulisan dia lawa.

Buku memang nampak buruk dan uzur dah, tapi ini dikira arkib keluarga ni. hehe..

Sebagai seorang isteri dan ibu sekarang ni (haktuih), maka aku pun memasang azam bahawa aku nak try lah buat sebanyak mungkin resepi yang mak aku tulis ni. Aku pun akan compile la resepi2 yang aku akan dan dah buat dalam buku resepi aku sendiri pulak nanti.

Harapnya lah kan.
Harapnya bukan hangat-hangat taik ayam sajok..keh3

Dan aku akan share jugaklah resepi2 tu kat blog mana yang aku rasa menarik.

Tak takut ke terkongsi resepi rahsia keluarga?

Ewah..

Takde maknanya..

Buat apa nak rahsia2.. aku bukan tokey catering.
:D

Sebagai permulaan, mehlah nak share resepi pertama yang emak aku tulis dalam buku ni.

Jeng jeng jeng!

RESEPI KEK KUKUS *sedap kot.. emak selalu buat!*

Bahan-bahannya:

5 biji telur
1 kilo tepung gandum
1 kotak kismis
2 cawan gula halus
1 cawan gula (untuk gula hangus)
1 1/2 ketul butter
3 sudu teh serbuk bikarbonat
2 sudu teh krim tar tar

Cara-caranya:

Pukul butter dan gula halus hingga sebati.
Pukul telur hingga berbuih.
Ayak tepung gandum bersama serbuk bikarbonat dan krim tartar.
Masukkan telur tadi secara berselang-seli ke dalam adunan butter dan gula yang telah dipukul, dan gaulkan bersama kismis.
Buatkan gula hangus, dan dalam keadaan masih panas masukkan ke dalam adunan tadi, dan gaul hingga rata.

Sapukan sedikit marjerin pada loyang dan lapiskan dengan kertas minyak, dan tuanglah adunan tadi untuk siap sedia dikukus.

Letakkan loyang pada pengukus, dan kukuslah selama 5 - 6 jam, dan pastikan air tidak kering sepanjang tempoh kukusan.

Untuk hasil terbaik, gunakan dapur minyak berbanding dapur gas biasa.

Haihla..
sendiri taip, sendiri terliur ni.

Jom sama2 buat!

p/s: korang masih dalam mood raya ke?

Post a Comment

0 Comments