Kebaikan Broccoli Sebagai Makanan

Serius, broccoli ini adalah antara sayur yang aku sangat suka makan.
Sedaplah woi!



Memang kalau ada broccoli ni, lajulah suap.. sikit tak cukup.

Selain sedap, broccoli ni memang ada khasiatnya tau.
Antara khasiat broccoli adalah:

  1. Menguatkan rambut sebab banyak Vitamin A, Vitamin C dan juga kalsium.
  2. Kulit awet muda dan lebih bermaya sebab ada glucoraphanin, Vitamin B, Vitamin E dan juga beta karotene.
  3. Pelindung UV, dengan menyapukan extrak broccoli pada kulit.
  4. Mengurangkan risiko kanser kerana mengandungi myrosinase, iaitu sejenis anti-kanser, tapi ianya boleh hilang jika broccoli terlebih masak.
  5. Agen nyahtoksik, kerana mengandungi glucoraphanin, gluconasturtiin and glucobrassicin yang berfungsi untuk menyingkirkan toksik yang ada dalam badan.
  6. Mencegah serangan jantung dan strok kerana mengandungi fiber yang boleh mengurangkan kolestrol dalam badan.
  7. Membantu menurunkan berat badan kerana mempunyai sejenis fiber yang boleh mengekalkan kandungan gula yang seimbang dalam badan.
  8. Boleh mencegah osteoporosis kerana broccoli kaya dengan kalsium.
  9. Membantu mengurangkan alahan dan alergik kerana mempunyai kaempferol dan asid lemak Omega-3.
  10. Mengekalkan penglihatan mata yang baik dengan mengandungi Vitamin A yang banyak.
  11. Sebagai antioksidant, mewah dengan Vitamin C selain dapat mengurangkan kemungkinan terkena penyakit Alzheimer. SUMBER
Haa.. maka rugilah barang siapa yang asingkan broccoli di tepi pinggan itu..
Terutamanya laki akulah..
Mesti tak makan punyalah broccoli dia..kekeke..
Rugilah.. lepas ni makan tau!

Untuk baby pun elok bagi broccoli ni untuk bagi baby suka makan sayur, jangan bagi sawi kat baby.. nanti bila dia rasa pahit, dia akan set kat otak dia bahwa sayur ni pahit dan tak sedap, so no need to eat.. ha takmo lah macam tu kan..

Eh tapi bila baby dah 8 bulan ke atas lah paling sesuai bagi broccoli ni.. sebelum tu tak digalakkan tau!


Post a Comment

0 Comments