Buku Catatan Peti Pos | Peti Pos Notebook

Beberapa hari lepas, masa tengah scroll Facebook,  tiba-tiba lalu pos dari Pos Malaysia Berhad seperti di bawah ni ha 👇

Entry harini pun cadang nak taip pendek dan ringkas je, jadi izinkan diriku meluahkan rasa, Maafkanlah aku andai kau terasa, Biar kupaparkan apa yang terjadi, Moga engkau tak ulangi, Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah, Setelah lamanya menjalinkan cinta,Dalam diam-diam kau sudah berpunya.. (Eh terkarok pulak) terus straight to the point.

Jadi, aku yang mempunyai iman senipis kulit bawang ni, terus add to cart.
Allahu..

I just can't resist the cuteness!
Sambil order sambil marah "Apahal kau ni comel sangat ni, pang kang!"

Entah sapa aku nak pang pun aku tak tau.

Jadi, tengahari tadi, dia pun sampai.
Cepat gila kot, aku order dua hari lepas rasanya.

Adakah aku pang abang (adik rasanya) poslaju itu?
Tidak ya tuan tuan dan puan puan!


Sukanya sukanya!!


Agaknya sebab Pos Malaysia sendiri yang pos, maka cara dia bungkus memang A.
Terbaik!


Tadaaa!
Boleh dikatakan ini adalah self-reward lah kot.
Suka sangat ahhhhhh!!
Akhirnya aku dah memiliki Buku Nota / Buku Catatan / Notebook Peti Pos, plus dia punya penanda buku tu dalam betuk sepucuk surat yang ada setem pertama Malaysia 😄

Oh by the way, dalam dia hanya ada garis2 je.
Don't expect more on the inside kalau korang nak beli.

Jujur cakap aku beli sebab aku judge by it's cover 😂😂

Tu saja gais, stay safe!


By the way, ini bukan paid review!
😉

Post a Comment

32 Comments

  1. Pos cepat sebab Pos Laju yang hantar. Hehe.
    Kulit keras ya bahagian luar itu?

    ReplyDelete
  2. Wah cantiklah. Kalau mama saya tahu mesti dia nak beli juga, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh mama beli 1 untuk mama, 1 untuk redza ye hehe

      Delete
  3. lajunya dia pos.. Akak punya barang dekat seminggu tak sampai2 lagi.. Hahah.. Mentang2 barang sendiri laju je dia hantar ye..

    ReplyDelete
  4. Bila tengok cute tak mustahil sampai tahap nak pang ni..hehehehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Mungkin dia limited edition, jadi lebih sikit harga dia dari notebook biasa :D

      Delete
  6. this is cute !! hehe saya pun sejenis susah nak resist benda2 comey..

    ReplyDelete
  7. wow terus grab ya.. saya baru masuk wishlist saje hahaha..
    nak folo setem ni memang kena hati kering, laju sangat keluar siri

    ReplyDelete
  8. mujur x cantik di mata saya... huhu

    ReplyDelete
  9. Serius cantik & comel!
    Kita ni sama, pantang nampak benda comel laju je add to cart wakakaka 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak dapat kawal diri la kan hahaha

      Delete
  10. seriusly..mmg cute dgn wane merah makngah tu haaaa ^_^

    ReplyDelete
  11. comei sgt... rasa nak pang jugak.. he he he.
    ayu pun ada byk buku nota yg sayang nak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, sama sis, ada yang dari 2013 pun ada hahaha

      Delete
  12. Comelnya.. Adakah saya juga akan terpengaruh untuk membeli.. hahaha.. bahaya nie..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.