Assalamualaikum semua, harini nak share berkenaan seorang wanita bernama Henrietta Lacks, yang mana dia masih 'hidup' walaupun dah lama meninggal dunia!
Di suatu pagi pada tahun 1951, seorang ibu yang berusia 31 tahun tergesa-gesa ke hospital kerana mendapati ada berlakunya pendarahan yang banyak dari vaginanya.
Seorang pakar sakit puan terus menjalankan pemeriksaan terhadap ibu tersebut dan mendapati dia sebenarnya mempunyai ketumbuhan malignan yang besar di serviks. Namun tiada siapa yang menyangka, penemuan tumor berkenaan akhirnya membawa kepada penemuan yang lebih hebat dan aneh!Ibu tersebut, Henrietta Lacks, adalah seorang warga Amerika yang berketurunan Afrika, dan pada era berkenaan, hanya sebahagian kecil sahaja hospital yang sudi menawarkan rawatan kepada golongan Afrika-Amerika ini, dan salah satunya adalah Hospital John Hopkins yang menjadi tempat pertemuan Henrietta dan pakar sakit puan tersebut, Dr Howard Jones.
Sejarah perubatan Henrietta
menunjukkan beliau menerima rawatan kepada kanser serviksnya secara radium.
Pada tahun 1951, rawatan radium adalah yang terbaik untuk melawan kanser yang
pastinya menyukarkan kehidupan sesiapa sahaja yang menghadapinya. Sel kanser
Henrietta diambil oleh Dr Jones untuk kajian rawatan dan diserahkan kepada
makmal ujikaji yang berdekatan dengan Hospital John Hopkins.
Sel Henrietta itu terus-menerus
membahagi tanpa henti sehinggalah empat hari kemudian, makmal Dr Gey telah
mempunyai begitu banyak sel kanser tersebut. Pasangan Dr Gey Bersama dengan
pembantu mereka, Mary Kubicek, terpaksa memindahkan kesemua sel-sel baru yang
banyak itu ke dalam beberapa tiub ujikaji, dan kesemua sel tersebut terus
membahagi tanpa henti di dalam tiub-tiub itu.
Sepertimana
pantasnya sel-sel kanser Henrietta berterusan membahagi tanpa gagal di makmal
Dr Gey, seperti itu jugalah yang berlaku kepada sel kanser di serviksnya. Hanya
setelah enam bulan beliau disahkan menghidap kanser, sel malignan mula
menyerang keseluruhan badan Henrietta lantas meragut nyawa ibu muda yang
berasal dari Baltimore itu.
Namun begitu, walaupun setelah
kematian Henrietta, sel beliau yang disimpan di makmal Dr Gey masih kekal
segar! Mereka menamakan sel Henrietta itu sebagai “HeLa” sempena suku kata
pertama nama Henrietta Lacks.
Walaupun Henrietta telah mati,
sel HeLa telah berjasa dengan begitu banyak sekali. Pasangan Dr Gey telah
menggunakan sel HeLa dalam pelbagai kajian yang melibatkan sel manusia;
antaranya kajian berkenaan kesan toksin dan hormone terhadap pertumbuhan sel
kanser, kesan radiasi dan penggunaan racun terhadap genom manusia dan
mengenalpasti virus yang menjadi punca penyakit polio.Selama berpuluh tahun,
Sel HeLa turut dikongsikan kepada penyelidik yang berada di serata dunia. Yang
lebih menakjubkan, sel HeLa juga pernah dibawa ke angkasa lepas untuk
dijalankan ujikaji ke atasnya!
Henrietta Lacks, seorang ibu
yang menderita kesakitan dek kanser serviks telah mati pada usia yang muda,
tetapi beberapa dekad telah berlalu, legasinya masih lagi wujud sehingga ke
hari ini, dan memberi impak yang sangat besar terhadap bidang kajian berkenaan
sel kanser, namun dia sendiri tidak pernah tahu jasanya sebesar ini, sehingga
abadi!
Kisah hidup Henrietta juga turut diadaptasi menjadi sebuah filem.
Dia sendiri pun tak tahu jasa dia kepada bidang perubatan. First time baca cerita ni. Nice lah
BalasPadamKan, dia sendiri tak tau jasa dia :D
PadamMati meninggalkan jasa...
BalasPadambetul tu uncle
PadamByk jasa HeLa dlm bidang perubatan...pertama kali baca kisah ni, thanks for sharing..
BalasPadamSama-sama :)
Padamitulah, dahlah sakit kan. Ada 1 artikel lain saya terbaca, famili dia tak begitu suka yang sel dia digunapakai lepas dia dah tak ada tu..
BalasPadamFirst time baca kisah Henritta ni. Kesian pada dia, sakit macam tu diusia muda. Begitu banyak jasa dia dalam bidang perubatan. Nice sharing
BalasPadamDah takdir dia sebegitu kan, rupanya ada hikmah pada dunia perubatan!
PadamMenarik kisahnya.
BalasPadamKisahnya unik dan lain dari yang lain kan? :)
Padamshida pun pertama kali baca ni jasa beliau yg sntiasa dikenang..tq sharing :)
BalasPadamWelcome shida ;)
PadamBeru tahu kisahnya. Pelik tapi benar. Kejadian yang berlaku ada sebabnya.
BalasPadambetul tu AMN, pelik, tapi benar2 berlaku
PadamDah lama..tapi masih org gunakan dia sebagai panduan kan.... MAY SHE REST IN PEACE
BalasPadamberjasa betul kan
Padamthank you atas info ni..baru ammi tau.
BalasPadamtapi bayangkan betapa aktifnya sel kanser dalam badan dia tu kan. Terpikir plak ammi siapalah yg jaga anak2 dia lepas dia meninggal (eh kesitu pulak)
Ahaha biasa tu, kekadang kita akan terfikir jauuuhh..
Padamtu la, mesti dia sakit sangat kan masa hayat dia huhu
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.